Sweet

4.3K 203 6
                                    

Pada cuti hujung minggu, Dean dan Aireen keluar ke supermarket untuk membeli barangan dapur.

"Darling, beli udang nak? I teringin lah nak makan sambal udang. You masakkan boleh?" Dean berdiri rapat di sisi Aireen.

"Hm. Pergi ambilkan plastik, I pilihkan." Pelik dia apabila Dean berdiri rapat di sisinya. Dah tak nak lancarkan perang dingin lagi ke?

Sedang Aireen menunduk memilih udang, rambut Aireen yang panjang tidak berikat itu jatuh mengurai. Aireen selitkan rambutnya ke belakang telinga. Dia lupa pula nak ikatkan rambutnya tadi.

"Sekejap. Mari sini I ikat rambut you." Dean keluarkan scrunchie dari pergelangan tangan Aireen lalu dia ikatkan rambut Aireen.

"Ada getah rambut tapi letak kat tangan." Bebel Dean sambil mengikat rambut Aireen gaya messy bun.

Aireen perasan ada dua pasang mata yang sedang memerhatikan mereka berdua. Alina dan Alisa yang berada di dalam troli sedang tersengih memerhatikan papa mereka yang sedang mengikat rambut mama mereka.

"Papa... ikat yambut Nana puyak boyeh?"

"Caca pun nak jugak!"

"Tak payah nak gedik lah... rambut kau orang memang dah berikat. Nak ikat apa lagi?"

Alina dan Alisa ketawa geli hati dapat mengusik papa mereka.

Ketika menuju ke kaunter pembayaran, mereka ditegur seseorang.

"Aireen... Dean..."

"Coach Kiki??" jerit Aireen penuh teruja. Sudah empat tahun mereka tidak bertemu.

"You guys buat apa kat sini?"

"Beli barang dapur lah... takkan beli kapal selam pula."jawab Aireen dengan loyar buruknya.

"Ish, tak berubah lagi you ni kan. Ada aje nak cari pasal dengan I." Coach Kiki ketawa.

"Sekejap, bukan ke you guys dah berpisah ke sebelum ni?"soal Coach Kiki dengan dahi berkerut. Adakah Aireen dan Dean sudah berbaik semula?

Aireen dan Dean saling berbalas pandang seketika.

"Alhamdulillah, kami masih lagi berjodoh. Allah satukan kami sekali lagi." Dean tersenyum sambil tangannya memeluk bahu Aireen agar berdiri lebih rapat dengannya.

Aireen mengetap bibir. Padahal Dean berkahwin dengannya kerana ada muslihatnya yang tersendiri.

"Alhamdulillah, syukurlah. Eh, ni anak kau orang ke?"

"Haah. Yang ini Caca dan yang ini Nana. Caca... Nana... Salam Uncle Kiki."pinta Aireen.

Alisa dan Alina mencium tangan Coach Kiki.

"Ya Allah, tak sangka dah besar anak you. I aje lah ni yang tak ada anak lagi. Anak tekak aje la yang ada."

"You kena lah kahwin kalau macam tu,"ujar Aireen.

"Insyallah, hujung bulan ni majlis kahwin I. Jemputlah datang. Ni kad jemputan kahwin I." Coach kiki menghulurkan sekeping sampul surat ke arah Dean.

"Seriously? Syukur... Alhamdulillah. Akhirnya bertemu jodoh juga coach I yang garang ni." Aireen ketawa kecil.

"Tahniah. Insyallah, kalau tiada halangan kami datang,"jawab Dean pula.

.

Dean ingin membantu Aireen memasak di dapur tetapi Aireen menghalangnya. Aireen tak selesa berduaan dengan Dean sejak perang dingin yang dilancarkan baru-baru ini.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now