Aireen berdiri di depan sebuah kedai alatan ganti kereta. Kalau ikutkan alamat yang tertera pada kad itu memang betul itu lokasinya. Tapi tiada signboard yang tertulis nama agensi penyiasatan di situ.
Kemudian, Aireen melihat ada satu anak tangga di tepi kedai tersebut dan di situ baru lah dia melihat ada lukisan anak panah yang membawa dia ke tempat yang ingin dia tuju.
Tiba di depan pintu, Aireen mengetuk pintu tersebut. Ketukan pertama tiada respon dari dalam. Begitu juga dengan ketukan kedua dan ketiga. Aireen hampa. Dia berhasrat untuk pulang ke rumah semula.
Klak!
"Puan cari siapa?"
Aireen memutarkan tubuh ke arah pintu semula. Dia lihat seorang lelaki berkaca mata, bertopeng muka hitam dan di atas kepalanya pula dipakai beanie sedang merenungnya.
"Err... I cari Mr. Nick. Dia ada?"
"Dia tak ada."
"You siapa?"soal Aireen.
"Aku assistant dia. Nama aku Mike."
'Apahal dua-dua nama macam mat saleh. Tapi pandai bahasa melayu. Mat saleh celup ke?'bisik Aireen dalam hati.
"Kalau macam tu boleh I masuk? I ada nak tanyakan sesuatu."
"Boleh. Silakan."
Aireen melabuhkan duduk di atas sofa. Mike duduk di sofa arah bertentangan dengannya.
"Sebenarnya tujuan I datang ni..."
"Sebab nak cari seseorang?"pintas Mike.
"Macam mana you tahu?" Kening Aireen bertaut. Macam mana lelaki itu boleh tahu? Dia jumpa bomoh ke penyiasat?
"Aku kenal kau siapa. Dan kau datang sini sebab nak cari suami kau kan?Dia hilang dalam kejadian Mercedes tenggelam tu. Betul tak?"duga Mike.
"Ya. I nak cari suami I. Dia hilang dah tiga minggu. Business card ni pula I jumpa dalam office dia. Jadi I syak dia pernah datang ke sini. Betul ke?"
Mike tidak menjawab soalan Aireen. Dia bingkas bangun dari sofa dan menuju ke arah sebuah rak kayu. Di rak itu tersusun banyak fail bermula dari tahun 1990-an lagi. Ini bermakna agensi penyiasatan ini telah lama wujud cuma hanya sesetengah orang sahaja yang tahu kewujudannya.
"Ini rekod siasatan yang kami pernah buat sebelum ni. Tapi fail ini sulit. Aku tak boleh bagi kau tengok sesuka hati."
"Habis tu kalau dah tak boleh tengok, buat apa tunjuk?" Aireen menjeling tajam.
"Aku cuma nak kau tahu sesuatu."
"Tahu apa?"
"Aku nak kau tahu yang Azriq Isyraf ada kena mengena dengan kemalangan tu."
Terbeliak mata Aireen mendengar.
"A-apa maksud you?"
"Mungkin dia yang merancang kemalangan tu. Tapi buat masa sekarang kami tak punya bukti lagi."
"Macam mana boleh Azriq jadi suspek dalam kes kemalangan tu?"soal Aireen lagi.
"Kalau kau nak tahu selama ni suami kau siasat tentang aktiviti jahat Azriq selama ni. Dia nak bongkarkan kerja kotor Azriq di mahkamah. Tapi dia tak sempat untuk bawa semua bukti tu pada pihak polis. Tak tahu macam mana Azriq dapat tahu hal ni. Azriq upah seseorang untuk langgar kereta suami kau sampai jatuh ke dalam tasik."
"You pasti kemalangan tu satu pembunuhan yang dirancang?"
"Sangat pasti."
"Macam mana you begitu pasti?"
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024