Naughty

7K 282 32
                                    

Malam itu, Dean tidak tidur sendirian kerana ditemani dua orang anak kembarnya. Alina berbaring di sebelah kirinya dan Alisa pula di sebelah kanan.

"Nana dan Caca betul ni tak kencing tilam waktu malam?" soal Dean untuk pastikan sekali lagi. Kedua-dua anaknya itu sudah bebas dari memakai lampin pakai buang.

Alina dan Alisa mengangguk serentak dalam keadaan masih berbaring.

"Bila last you guys pakai pampers?"soal Dean lagi.

"Lama cangat tak pakai dah,"jawab Alina.

"Nana Caca tak pakai pampers dah. Tapi momeh pakai yagi. Papa pun pakai pampers yugak ke?"soal Alisa.

Dean tersedak air liur. Apa punya soalan lah budak kecil ini. Macam mana nak jawab ya?

"Err... Papa kan dah besar. Mana pakai pampers lagi."

"Tapi momeh pun dah becar. Kenapa pakai pampers?"soal Alina pula.

Dean menggaru dahi. Tak mudah untuk dia menjawab soalan cepumas mereka.

"Nanti you dah besar, you tahu lah. Dah... Tidurlah. Dah lewat ni." Dean mengerling jam di dinding. Jam sudah menunjukkan angka 11 malam.

"Papa..." Alisa memanggil.

"Hm... Apa lagi princess? Tak nak tidur lagi ke? Papa dah mengantuk ni." Dean menguap kecil.

"Boyeh tak Wikiwiki tidur cekali?"soal Alisa.

"Wikiwiki? Siapa pula tu?"

"Ni...Tawan baru Caca. Caca yumpa dekat dapur papa." Alisa meletakkan seekor lipas di atas badan Dean.

"Arrrrgghhh...." Menggelupur Dean di atas katil kerana terlalu geli apabila serangga itu merayap di atas badannya. Sehingga akhirnya serangga itu terpelanting jatuh ke lantai.

"Ayamakk... Wikiwiki!" Alisa mengejar lipas yang sedang berlari di atas lantai bilik itu.

"Caca, stop kejar lipas tu. You pergi basuh tangan sekarang! Kotor tahu tak binatang tu," arah Dean dengan tegas.

"Hehe... Cowi papa." Alisa masuk ke dalam bilik air untuk membasuh tangan. Sebelum ini dia sudah biasa dimarahi mommynya kerana bermain dengan binatang kecil itu. Tapi dia mana pernah serik.

"Bahaya ke papa binatang tu?"soal Alina di sebelah.

"Yes. Bahaya. Kalau yang berjalan macam ni namanya lipas. Tapi kalau sayap dia dah buka, automatik namanya bertukar."

"Bertukar jadi apa?"

"Jadi babi."

"Tak baik mencayut... Nana bagi tahu momeh."

Membulat mata Dean. Alamak... Dia nak mengadu kat mommy dia lah pula.

"Eh, mana ada papa mencarut. Itu contoh. Dah lah, baring sini. Papa dodoikan you." Pening Dean melayan kerenah anak-anaknya. Baru sehari dah macam-macam perangai dia kena hadap.

.

Dean sibuk membuat roti telur di dapur. Dia perlu pastikan roti telurnya sedap agar anaknya bangga mempunyai ayah yang pandai memasak.

Sedang dia sibuk di dapur, telefon bimbitnya di ruang tamu berbunyi. Tetapi yang mengangkat panggilan itu adalah si Alisa.

"Heyyo, cape ni?"

"Ni Caca. Cari Papa Kucai ke? Papa macak kat dapur."

Belum sempat Alisa berbual lama dengan orang di talian, Dean lantas mengambil telefon di tangan Alisa.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now