Prolog

6.1K 113 2
                                    

Perth, Australia.

Afiq Naufal termenung jauh dibalkoni. Esok dia akan pulang ke Malaysia. Setelah 3 tahun dia tak pulang ke Malaysia. Dulu kerap juga dia pulang ke Malaysia. Sekarang dia semakin jarang pulang. Bukan sengaja dia tak mahu pulang ke tanah air. Cuma ada sesuatu yang membuatkan dia berat hati nak pulang ke Malaysia.

Nak kata tak rindu pada keluarga, memang tipulah. Dia rindukan keluarganya. Tapi kalau dia balik Malaysia, siapa yang akan menjaga kekasihnya, Lydia? Lydia Qairina, nama seindah tuan punya badan. Sudah 3 tahun dia dan Lydia bercinta. Tapi tiada seorang pun ahli keluarganya yang tahu hubungan dia dan Lydia. Yang tahu hanyalah kawan baik dia, Eriq Haiyan.

“Kau punya barang-barang ni takkan kemas sendiri, Afiq. Kau tak kesian ke dekat dia? Menangis dia tunggu untuk dikemas,” tegur Eriq Haiyan. Eriq ni Anak sulung aunty Hanan. Kawan baik umi dia.

“Kau ni kacau daun betul. Aku tengah syok  termenung tadi,” balas Afiq sebelum dia melangkah masuk. Sofa pula menjadi tempat dia melabuhkan punggung.

“Kau tu, bila nak kemas? Nanti adalah yang tertinggal,” bebel Eriq.

“Bisinglah kau. Suka hati aku lah. Yang kau sibuk apa hal? Kau dah macam umi aku bila membebel.”

Eriq ketawa kecil. Dia membebel pun membawa faedah.

“Kau fikirkan Lydia ke?” soal Eriq.

“Hmm,” balas Afiq ringkas.

“Siang tadikan kau dah jumpa dia. Buat apa fikirkan dia lagi?” soal Eriq.

“Haish bukan itu masalah dia. Tapi entahlah, Riq. Sejak aku bercinta dengan Lydia tu, memang berat hati aku nak tinggalkan dia. Siapalah nak tengokkan dia dekat sini?”

“Alah kau ni. Bukannya kau dah tak balik sini lagi. Nanti bila dah sampai Malaysia, kau bagitahu umi dengan abah kau pasal Lydia. Kau minta restu dengan umi abah kau. Kau kahwin dengan dia. Senang sikit kau nak bawa dia ke mana-mana.” Eriq memberi cadangan. Afiq pandang Eriq sekilas.

“Dah cantik kau punya idea tu. Tapi yang melaluinya aku. Kau cakap tu memang senang. Tapi aku nak buat tu susah. Lagi pun Lydia tengah banyak komitmen lagi. Biarlah dulu. Aku taknak dia terbeban. Nak uruskan diri lagi, mama dia lagi, aku lagi. Nantilah aku fikir kemudian,”

“Kalau melepas, kau yang rugi.”

“Aku anggap tak ada jodoh,”

“Suka hati kau lah. Kata tak boleh nak berpisah dengan Lydia. Tapi orang suruh kahwin taknak pula." Eriq sambung membebel lagi. Kalau susah hati sangat, lebih baik halalkan je hubungan diorang.

“Pergilah kemas barang kau tu. Esok kalut.” Sengaja Eriq mengingatkan. Takut Afiq lupa lagi.

“Ya, ya aku tahu,” balas Afiq. Kemudian dia termenung lagi. Memang berat hatinya kali ni untuk meninggalkan Lydia.

Eriq hanya perhatikan Afiq dari jauh sebelum dia melepaskan keluhan kecil. Bukan dia tak tahu Afiq sedang susah hati.  Itulah sebab dia tak suka bercinta. Menyusahkan! Nak tinggal jauh pun susah.




Kuala Lumpur, Malaysia.

Tengku Farahani sedang ralit merenung barang-barang hantarannya. Dalam masa satu bulan lagi dia akan berkahwin dengan Azri. Setelah 8 bulan dia menjadi tunang lelaki itu. Bibir dia tak lekang mengukir senyuman. Dia memang tak sabar nak kahwin dengan Azri.

“Tak habis lagi ke tenung barang hantaran tu, Fara?” soal Tengku Fahmi sambil berpeluk tubuh didepan pintu biliknya.

Fara tolak biji matanya ke atas. Sibuk jelah abang dia ni.

“Nak apa?” soal Fara semula.

“Nak panggil makan. Ibu dengan ayah dah lama tunggu dekat bawah. Fara pula sibuk berangan dekat bilik,” jawab Tengku Fahmi.

“Sorry tak perasan. Fayyadh dah balik ke?” soal Fara lagi.

“Dah. Fara yang berangan. Mana nak sedar dia dah balik.”

“Sorrylah." Fara bangun dari duduknya lalu dia berlari anak mengikuti langkah abangnya.

"Abang tunggulah Fara,” Lengan Tengku Fahmi dia paut sebelum mereka berjalan beriringan menuju ke meja makan.

Sampai saja dimeja makan. Fara melabuhkan punggung di sebelah ibunya, Puan Fazlin.

“Fara buat apa lama-lama dekat atas?” soal Tengku Fahrin pada anak gadisnya itu.

“Dia tengah tenung barang hantaran dia, ayah. Dah tak sabar-sabar agaknya nak kahwin,” perli Tengku Fahmi.

“Diamlah, abang. Dah tahu single tu diam,” bidas Fara.

“Mentang-mentang dia nak kahwin. Dia cakap macam tu dekat yang kita yang geng single ni,” kata Tengku Fayyadh pula.

“Sudahlah tu, jangan gaduh lagi. Makan dulu. Kalau dah habis makan, nak gaduh pun pergilah. Tak ada yang nak halang,” ujar Puan Fazlin. Malas dia nak melayan anak-anak dia kalau bergaduh.

Mereka hanya akur. Ada masa lagi. Nanti boleh sambung gaduh lagi. Sekarang tambah tenaga dulu.

“Ibu, tadi Fayyadh singgah rumah aunty Bella. Aunty Bella cakap esok abang Afiq balik Malaysia.” Tengku Fayyadh bersuara.

“Seriuslah?” laju Fara menyoal. Fayyadh angguk kepala memberi jawapan.

“Lama ke dia balik Malaysia?” soal Fara lagi.

“Tak tahu. Kakak tanyalah dia.”

“Malaslah. Dia selalu tak reply mesej kakak. Dia dah lupakan kakak agaknya,” suaranya kedengaran seperti

“Tanya nanti dia baliklah. Bukannya Yadh suruh tanya dekat chat,” 

“Kalau jumpa,” jawab Fara perlahan. Risau pula dia kalau Afiq dah tak mahu berjumpa dengan dia. Maklumlah dah tiga tahun Afiq dekat sana. Mereka pun jarang bertanya khabar.

Dulu dia memang rapat dengan Afiq. Berkepit je sana sini. Sampaikan orang ingat mereka tu kembar. Tapi dia orang memang kembar. Kembar tarikh lahir. Ibu Afiq dengan Ibu dia bersalin pada hari yang sama. Aunty Hanan suka sangat bercerita tentang kisah kelahiran diorang. Waktu kecil, uncle Hafiz memang suka memanggil mereka berdua dengan gelaran ‘Baby made in Langkawi’. Dulu dia tak faham. Sekarang dia dah faham apa maksudnya.

“Hei! Termenung pula dia. Rindukan Afiq ke?” Tegur Puan Fazlin apabila dia melihat Fara hanya tenung saja nasi dalam pinggan.

“Fara boleh jujur tak?” soal Fara. Tak menunggu jawapan dari ibu. Fara lebih pantas menjawab.

“Ya, Fara rindukan Afiq. Dah lama tak jumpa dia. Teringat pula waktu kecil-kecil dulu,” jujur Fara. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Sungguh dia rindukan momen dimana mereka berdua selalu bersama.

“Fara rindu Afiq, ingat sikit yang Fara dah ada tunang," saja Tengku Fahmi mengingatkan adiknya itu.

“Ini rindu lainlah, abang. Afiq dengan Azri tu lain. Afiq kawan baik Fara. Azri tu tunang Fara. Fara rindukan Afiq sebagai kawan je. Mana boleh samakan,” jelas Fara. Tak mahu orang lain salah faham dengan apa yang dikatakannya tadi.

“Nanti Fara dah kahwin, Fara dah tak boleh rindukan Afiq lagi tau. Walaupun Fara rindukan Afiq sebagai kawan, tapi mesti suami Fara nanti akan cemburu,” nasihat Tengku Fahrin pada anaknya.

“Jangan risau, Ayah. Fara akan rindukan suami Fara je nanti. Fara takkan rindukan lelaki lain,”

“Yadh ni lelaki. Adik akak. Akak kena rindu Yadh,” celah Tengku Fayyadh pula. Walaupun kakaknya sudah menjadi isteri nanti, kakak dia perlukan sayangkan dia. Tak boleh kurangkan kasih sayang yang pernah diberi.

“Yalah. Dikecualikan lelaki yang bernama Tengku Fahmi dan Tengku Fayyadh. Dan tak lupa, ayah tercinta. Tengku Fahrin. Puas hati?” Fara menyoal. Terlepas tawa mereka bila melihat wajah menyampah Tengku Farahani.

Puan Fazlin menggelengkan kepala melihat suami serta anak-anaknya. Suka sangat mereka mengusik Fara. Fara pula jenis cepat mengalah kalau dengan keluarga.
















Hohoho dah update😭author pun tak sabar nak publish cerita ni hihihi. Here we go!!!!

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now