BAB 40

1.6K 56 14
                                    

PERINGATAN: MATURE


Bibir Lydia tersenyum manis saat melihat Afiq sedang mengeringkan rambutnya. Lelaki itu baru lepas mandi. Dia majukan langkah kemudian memeluk Afiq dari belakang.

Afiq bagai tersentak apabila Lydia tiba-tiba memeluknya dari belakang. Pusing saja badan, hampir longlai dia apabila melihat pakaian yang dikenakan oleh Lydia. Memang menguji keimanan. Seksi sangat.

"Dah kenapa pula awak pakai macam ni malam ni?" soal Afiq. Mata pula sedaya upaya dialihkan dari memandang Lydia.

"Kalau saya jawab saya nak goda awak, awak terima tak jawapan tu?" jawab Lydia sambil tersenyum nakal. 

Liur ditelan kesat. Iman cuba dikukuhkan.

"Jangan mengarut Lydia. Saya tak ada masa nak main-main," kata Afiq lagi sebelum dia duduk dibirai katil.

"Siapa cakap saya main-main?" Lydia pula menyoal kemudian dia duduk disebelah Afiq. Kaki disilangkan. Dada pula dia rapatkan ke lengan Afiq. Dia nekad. Dia mahu goda Afiq. Dia mahu Afiq jalankan tanggungjawab dia ke atasnya.

"Lydia, jangan macam-macam boleh tak?" kedengaran agak tegas suara Afiq menyoal.

"Apa yang macam-macamnya? Tak salah pun kan saya nak goda suami saya sendiri?"

Afiq menghela nafas berat. Kalau ikutkan nafsu dia, memang dah lama dia terkam Lydia tu. Tapi bila dia teringatkan Fara, dia tak boleh. Dia tak sanggup nak menduakan Fara. Cukuplah dia dah duakan dengan perkahwinan ini.

"Lydia, saya tahu apa yang awak nak. Saya tahu awak nak tuntut hak awak sebagai seorang isteri. Awak nak saya beri nafkah batin dekat awak. Saya tahu semua tu. Tapi saya minta maaf. Saya tak boleh."

"Tapi kenapa?" Perlahan suara Lydia menyoal.

"Sa...saya tak boleh nak duakan Fara. Saya tak cintakan awak macam saya cintakan Fara. Saya tahu apa saya cakap ni akan melukakan hati awak. Tapi saya tak boleh tipu lagi."

"Tapi takkanlah langsung awak tak boleh jalankan tanggungjawab awak? Saya bukannya minta sebab nafsu saya. Saya cuma nak jadi isteri awak yang sebetulnya, Afiq. Sepanjang kita kahwin, awak sekali pun tak pernah sentuh saya."

"Saya minta maaf, Lydia. Tapi saya..."

"Awak langsung tak ada nafsu dekat saya? Ke awak rasa badan saya ni tak cantik? Tak cukup menggoda untuk awak? Hm?" soalan itu juga yang Lydia tanyakan pada Afiq.

"Lydia, jangan tanya saya soalan pelik-pelik boleh tak? Saya tak ada jawapan untuk soalan awak tu. Saya malas nak gaduh dengan awak. Jadi jangan mulakan."

Lydia pandang Afiq tak puas hati. Sampai macam tu sekali Afiq tak sudi sentuh dia. Ke dia tu memang nampak jijik di mata Afiq? Dadanya berombak laju. Tangan dikepal kemas. Mata mencerlung tajam memandang Afiq. Dia tak kira. Dia tak kisah untuk buat kerja gila malam ni.

Afiq ditolak agar rebah ke katil. Lydia pula naik memanjat tubuh Afiq. Baju yang tersarung pada tubuh Lydia buka dan hanya meninggalkan pakaian dalamnya. Terbutang mata Afiq bila Lydia sudah berada di atas tubuhnya. Terkejut dengan tindakan berani Lydia itu.

"Lydia...awak nak buat apa?" dada Afiq berdegup makin laju.

"Tak kisahlah awak nak cakap saya rogol awak sekali pun. Saya tetap nak tuntut hak saya," kata Lydia yakin.

"Jangan...jangan buat kerja gila Lydia," takut-takut Afiq nak berkata.

"I don't care!" Keluar saja ayat itu dari mulut Lydia, bibir Afiq dia ragut dengan rakus.

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now