BAB 13

1.5K 69 1
                                    

Eriq menerjah pintu bilik tidur Afiq. Setelah diberitahu mamanya tentang keputusan Afiq, terus dia datang ke rumah Afiq. Dia perlu berbincang dengan sahabatnya itu. Tak mungkin Afiq buat keputusan untuk berkahwin dengan Fara.

Afiq yang terkejut apabila biliknya diterjah masuk itu terus menoleh. Dia melihat Eriq yang sedang berjalan menghampirinya. Tahulah dia apa yang akan dikatakan oleh Eriq.

"Betul ke kau nak kahwin dengan Fara?" soal Eriq.

"Hmm"

"Kau tak main-mainkan?" soal Eriq lagi.

"Kau nampak aku main-main ke?" soal Afiq semula
.
"Habis tu Lydia?" Afiq bagai tersentak dengan soalan yang diajukan. Bagaimana dia boleh lupa tentang Lydia?

Afiq kemudian berjalan dan menutup rapat pintu biliknya. Tak mahu ada yang mendengar perbualan antara dia dan Eriq.

"Nantilah aku bagitahu dia," jawab Afiq Naufal.

"Bila Afiq? Bila kau akan bagitahu dia?"

"Bila aku dah bersedia," jawab Afiq tenang.

"Habis, kau nak cakap apa pada dia? Kau nak cakap yang kau dah ada orang lain. Lepas tu terpaksa putuskan hubungan kau dengan dia. Macam tu ke?" soal Eriq tak puas hati.

"Nantilah aku fikir balik. Alasan apa yang patut aku bagitahu Lydia."

"Kau dah tak sayangkan Lydia ke?"

"Aku sayangkan dia."

"Jadi kenapa kau buat dia macam ni? Afiq, tolonglah. Aku merayu dengan kau. Fikir balik apa yang kau buat ni. Kau akan sakitkan hati Lydia."

"Aku tetap dengan keputusan aku,"

"Afiq! Kau tak kesian dengan Lydia ke? Kau dah lupa ke janji kau pada Lydia? Kau dah lupa apa yang kau dah janji dengan mama dia? Depan aku, Afiq. Depan aku, kau janji yang kau akan jaga Lydia. Sekarang apa kau buat, Afiq? Kau nak tinggalkan Lydia pula."

"Aku terpaksa, Eriq. Aku bersalah pada Fara. Aku dah buat dia lumpuh. Tunang dia tinggalkan dia sebab aku. Semuanya berpunca dari aku. Kau nak ke aku hidup dalam rasa bersalah?"

"Habis kau tak rasa bersalah pada Lydia ke?"

Afiq diam. Tak mampu nak menjawab pertanyaan Eriq.

"Tapi Fara kawan baik aku. Kawan kita, Riq. Dia dah macam keluarga aku."

"Bagaimana dengan Lydia? Siapa pula dia pada kau?"

"Aku membesar dengan Fara, Riq. Dah macam keluarga sendiri. Selama 24 tahun aku membesar bersama Fara. Sedih, sakit dan gembira dia semua aku rasa. Lydia? Aku baru kenal 3 tahun, Riq. Kalau kau dekat tempat aku, mana kau akan pilih?"

Kali ni Eriq pula yang terdia. Ada betulnya apa yang dikatakan Afiq itu.

"Lagipun, aku rasa bersalah pada uncle Fahrin dan aunty Lin. Anak diorang lumpuh sebab aku."

"Tapi Fara dah bencikan kau. Kau masih nak jadikan dia isteri kau?" Eriq masih menyoal. Hanya untuk memastikan Afiq yakin dengan keputusan yang telah dibuat.

"Benci? boleh ke dia bencikan aku? Tak, dia tak bencikan aku. Dia cuma marahkan aku."

"Tapi betul ke cinta kau masih ada untuk Fara?"

Afiq tersenyum nipis. Satu rahsia yang dia simpan selama ini. Hanya Eriq yang tahu tentang ni.

"Cinta aku pada Fara tak pernah pudar, Riq. Aku cuba untuk buang rasa cinta tu tapi aku tak boleh. Aku fikir bila aku bersama Lydia, hati aku akan berubah. Rupanya masih sama. Rasa cinta tu aku tak boleh padam dalam hati aku. Disebabkan itu juga, aku yakin untuk jadikan dia isteri dia. Aku sanggup buat apa saja untu Fara."

"Jadi kau bersama Lydia selama ni, tanpa rasa cinta?" soal Eriq.

"Aku sayang dia. Tapi aku tak cintakan dia macam mana aku cintakan Fara," jawab Afiq jujur.

"Tapi Fara boleh ke cintakan kau?" soal Eriq lagi.

"Hubungan yang halal ni hubungan yang direstui Allah, Riq. Aku percaya bila aku kahwin dengan Fara nanti, rasa sayang dan cinta tu akan hadir. Aku dengan Fara boleh bercinta selepas nikah. Aku percaya pada takdir Allah."

"Kalau kau cakap macam tu, aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk kau. Aku harap kau bahagia walaupun bukan dengan Lydia."

"Kau doakanlah untuk Lydia juga. Doakan supaya dia berjumpa lelaki yang jauh lebih baik daripada aku,"

Eriq mengeluh perlahan sebelum dia menarik Afiq ke dalam pelukan. Dia tahu Afiq tu banyak beban yang ditanggung. Cuba untuk kuat walaupun fikiran sedang bertarung sendiri.






TENGKU FAHMI menghampiri Tengku Farahani yang sedang jauh termenung ditepi kolam.

"Fara..." sapa Tengku Fahmi pada adiknya itu. Fara menoleh memandang abangnya.

"Fara buat apa dekat sini? Kalau terjatuh dalam kolam ni macam mana?" soal Tengku Fahmi.

"Fara tengok suasana je, abang. Fara bukannya nak terjun kolam pun,"

"Manalah tahu Fara berniat nak bunuh diri dalam kolam ni. Lepas tu Fara terjun ke dalam kolam ni," tuduh Tengku Fahmi.
Berkerut kening Fara mendengarnya. Boleh pula abang dia fikir begitu.

"Fara waras lagilah," kata Fara membuatkan Tengku Fahmi tergelak kecil.

"Kenapa redup semacam je muka tu? Fikirkan majlis perkahwinan Fara lagi ke?" teka Tengku Fahmi. Fara mengangguk perlahan.

"Kenapa semua orang nak Fara kahwin dengan Afiq?" soal Fara.

"Fara sendiri tahu jawapannya. Afiq tu lelaki yang baik, Fara. Nak dibandingkan dengan Azri, jauh bezanya."

"Apa maksud abang? Kenapa pula nak samakan dengan Azri?" soal Fara lagi. Kali ni lebih serius.

"Fara, semua orang dah tahu yang Azri tu bukan lelaki yang baik. Dan abang rasa Fara sendiri pun tahu. Abang tak faham kenapa Fara masih bertahan dengan Azri selama ni."

"Azri memang lelaki yang baiklah, abang. Abang je yang tak tahu,"

"Apa yang abang tak tahu? Fara, jangan ingat abang tak tahu apa yang berlaku antara Fara dengan Azri. Azri pernah pukul Fara kan?" soal Tengku Fahmi membuatkan Fara terkejut mendengarnya.

"Ma...mana ada," jawab Fara.

"Jangan tipu abang, Fara. Semua orang dah tahulah. Tak payah nak sorokkan daripada abang lagi."

"Jadi sebab tulah semua orang tak sukakan Azri? Sampai nak kahwinkan Fara dengan Afiq,"

"Fara...lelaki yang baik, dia takkan pernah naikkan tangan pada perempuan. Azri tu belum jadi suami Fara. Tapi dia dah berani naikkan tangan pada Fara,"

"Habis tu Afiq? Mana abang tahu yang dia takkan naikkan tangan Fara. Manusia boleh berubah, abang." Fara pantas membalas percakapan abangnya.

"Manusia boleh berubah. Jadi apa salahnya kalau yang Fara ubah hati Fara untuk Afiq?"

"Hati kalau dah benci, mana boleh nak ubah lagi."

"Belum cuba belum tahu, Fara. Apa kata Fara cuba maafkan Afiq? Buka hati Fara untuk Afiq."

"Kalau Fara tak bahagia dengan Afiq macam mana? Kalau Fara terseksa hidup dengan Afiq, apa yang abang boleh buat?"

"Abang sendiri yang akan minta Afiq lepaskan Fara."

Berkerut kening Fara mendengarnya. Nampak gaya macam abang dia tu yakin dengan kata-kata itu.

Kalau abangnya berkata begitu, dia akan cuba. Cuba untuk memaafkan dan memerima Afiq.

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now