Mendengar loceng rumah ditekan beberapa kali membuatkan Lydia melajukan langkahnya. Itu pasti Afiq dan Fara. Dia diberitahu bahawa Afiq dan Fara akan pulang hari ini setelah 3 hari di Langkawi. Buka saja pintu, bibir Lydia tersenyum lebar. Tangan Afiq dia sambut terlebih dahulu sebelum dikucup.
"Macam mana honeymoon? Seronok tak?" soal Lydia kemudian mereka bertiga melabuhkan punggung disofa.
"Seronok apanya? Asyik kena duduk dalam bilik je. Bosan," luah Fara sambil menjeling Afiq disebelah.
"Laaa kenapa pula?"
"Afiq ni, tiba-tiba pula dia punya alahan tu datang balik. Asyik pening kepala dan muntah je. Nak bangun pun tak larat," kata Fara.
"Sekarang macam mana? Dah okay ke?"
"Okay sikit. Hari last dekat sana barulah dia okay sikit. Tak sempat nak jalan-jalan," kata Fara lagi.
"Tapi kak, honeymoon bukan ke kena stay dalam bilik je ke? Layan suami," soal Lydia dalam nada mengusik Fara. Afiq pula cuba sembunyikan senyum.
"Eh Lydia ni, ke situ pula. Tapi Afiq ni, nak bangun mandi pun tak larat. Tak ada maknanya nak melebih."
"Manalah aku tahu dia nak datang balik. Bukannya aku minta. Tapi serius aku cakap, penat gila. Dengan peningnya, jalan pun tak betul."
"Mengada je lebih. Baru seorang. Nanti kalau Lydia mengandung, hadaplah kau lagi sekali."
"Lydia...awak jangan mengandung lagi," kata Afiq pada Lydia.
"Kenapa? Awak memang taknak anak dengan saya ke?" soal Lydia membuatkan Afiq dan Fara saling berpandangan. Afiq berdehem kemudian membetulkan duduknya.
"Bukan itu maksud saya. Maksud saya, jangan sekarang. Tunggulah Fara bersalin dulu. Cuba awak bayangkan, kalau awak dan Fara mengandung serentak. Lepas tu saya yang kena alahan tu. Double kill. Awak tak kesian dekat saya ke?"
"Ouh. Saya ingatkan awak memang taknak anak yang lahir dari rahim saya," kata Lydia perlahan.
"Taklah, bukan macam tu. Kalau dah rezeki, saya terima je. Tadi saja je saya cakap macam tu," kata Afiq memujuk. Lydia sekadar mengukir senyuman tawar.
'Memang saya takkan mengandunglah jawabnya. Sebab awak pun tak pernah sentuh saya, Afiq. Kalau tak sudi tu cakap sajalah. Nak juga berselindung lagi,' kata Lydia dalam hati.
Entah kenapa semakin hari semakin dia rasakan yang perkahwinan dia dengan Afiq hanya sebuah lakonan. Berpura-pura bahagia didepan Fara. Dia sendiri tak faham dengan Afiq. Dia akui bahawa Afiq memang selalu ambil berat tentang dia. Tapi sikap prihatin Afiq tu sekadar layanan sesama manusia. Bukan sebagai pasangan isteri dan suami.
"Oh lupa nak cakap," suara Fara itu membuatkan Lydia dari lamunan.
"Sebenarnya saya nak hadiahkan package honeymoon dekat korang berdua," kata Fara membuatkan Lydia dan Afiq pula saling berpandangan.
"Honeymoon?" Lydia menyoal.
"Sebenarnya, bukan package honeymoon juga. Tapi holiday. Kak Fara nak Lydia dan Afiq bercuti bersama. Luangkan masa bersama,"
"Dekat mana kak?" soal Lydia lagi.
"Jeli, Kelantan. Hari tu Lydia ada cakap dekat akak yang Lydia teringin nak pergi air terjun. Dekat Jeli tu akak tengok banyak juga tempat air terjun yang menarik. Kak Fara dah tempahkan siap-siap bilik dekat Lalang's Resort. Tempat tu pun cantik."
"Wah, menariknya! Kita pergi eh awak. Please...saya nak pergi dekat air terjun tu." Lydia merengek seperti anak kecil.
"Bila tarikh kau tempah tu?" soal Afiq pada Fara.
"Minggu depan, aku tempah tarikh hujung minggu. Sebab aku tahu kau dah ambik cuti untuk ke Langkawi. Tapi rushing sikitlah sebab balik dari sana nanti kau kena kerja terus,"
"Hmm tengoklah kalau aku dapat apply cuti lagi. Sekurang dapat rehat sehari," kata Afiq pula.
"Kita jadi pergi ke awak?" soal Lydia teruja.
"Hmm,"
"Yeay! Terima kasih awak," ujar Lydia dengan gembira.
Afiq menjeling Fara sekilas. Suka sangat rancang tanpa berbincang dengan dia. bila melihat Lydia yang begitu teruja, dia tak sampai hati nak menolak.
BUNYI GELAS yang berlaga dengan meja kaca menyentakkan Fara dari merenung Lydia yang sedang berkejaran dengan Arjuna. Kepala menoleh memandang Afiq yang sedang melabuhkan punggung disebelahnya.
"Kau tenung Lydia melebihi kau tenung aku. Sampai tersenyum-senyum. Sayang betul kau dekat Lydia. Jaranglah aku jumpa orang macam kau. Sayang madu melebihi diri sendri," perli Afiq.
"Kau tak payah nak perli aku, Afiq. Aku anggap Lydia tu melebihi seorang madu. Aku dah anggap dia macam adik sendiri," kata Fara.
"Kenapa kau sayang sangat dengan dia?" soal Afiq pula.
"Habis kau tak sayang dia ke?" Soalan dibalas soalan. Yang kelu lidah nak menjawabnya adalah Afiq.
"Tak kisahlah aku sayang dia ke tidak. Yang penting aku sayangkan kau melebihi segala-galanya," jawab Afiq.
"Kau bahagia dengan Lydia?" soal Fara lagi.
"Aku lebih bahagia dengan kau," jawab Afiq jujur. Fara mengecilkan mata melihat wajah Afiq yang tanpa perasaan.
"Aku tahu aku ni adalah orang yang paling kau sayang. Tapi Afiq, Lydia pun isteri kau. Banyak kali dah aku ingatkan kau benda ni. Sayanglah dia macam mana kau sayangkan aku. Cuba cintakan dia macam mana kau cintakan aku,"
"Kenapa eh, kau beria sangat nak aku cintakan dia? Kau tak cemburu ke kalau suatu hari nanti suami kau ni akan mencintai orang lain melebihi dia mencintai kau?"
"Kalau dah takdir aku macam tu, cemburu macam mana sekali pun. Aku kena terima."
"Tapi apa yang berlaku sekarang ni bukanlah takdir yang tertulis. Tapi takdir kemahuan kau."
"Kau juga yang pernah cakap, kalau kita boleh mengubah takdir dengan doa. Aku selalu berdoa untuk takdir aku dimasa hadapan. Tapi Allah yang susunkan macam ni. Jika Allah tak izinkan aku mengubah takdir aku, aku tetap terima. Sebab aku percaya, setiap yang berlaku tu adalah yang terbaik untuk aku."
"Jadi kau sedang aturkan takdir hidup kau, dan ianya berkait dengan takdir hidup aku? Macam tu?" Fara tersenyum mendengar soalan Afiq.
"Afiq, aku ni cuma hamba. Bukan tugas aku nak mengatur takdir hidup hamba yang lain. Kan aku dah cakap tadi yang aku cuma berdoa untuk takdir aku. Aku tak tahu apa yang sebenarnya Allah takdirkan untuk aku. Apa yang sedang berlaku sekarang aku cuma mampu mensyukuri. Mungkin apa yang kau lihat sekarang ni, kau tak dapat melihat kebaikannya. Tapi aku harap satu hari nanti, kau akan faham kenapa aku buat semua ni."
"Sampai bila-bila aku takkan faham, Fara. Kau boleh je suruh aku buat benda lain. Bukannya cara yang macam ni."
"Afiq, kau dah kahwin pun dengan Lydia tu. Boleh tak kau cuba buka hati kau untuk dia? Kau pernah bercinta dengan dia. takkanlah kau tak boleh nak sayangkan dia?"
"Kau tahukan kenapa aku bercinta dengan dia? Dan aku rasa kau pun tahu apa jawapan aku, Fara."
"Tapi takkanlah tak ada sikit pun cinta kau dekat dia? Sekurangnya kau cubalah,"
"Malaslah aku cakap dengan kau. Setiap kali aku bercakap dengan kau, topik sama yang kau bahaskan. Naik muaklah aku," kata Afiq sebelum dia bangun meninggalkan Fara. Fara menghela nafas berat sebelum menggeleng perlahan. Tak tahu macam mana lagi dia nak nasihatkan Afiq. Dia cuma mahu Afiq berlaku adil.
YOU ARE READING
Takdir Yang Istimewa
Romance1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yan...