Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik Lydia diketuk perlahan. Tak lama menunggu, pintu itu terbuka dari dalam.
"Kenapa kak? Akak dah nak bersalin ke?" soal Lydia. Terlepas tawa Fara mendengar soalan Lydia. Risau betul Lydia pada dia.
"Belumlah, Lydia. Lydia tengah buat apa? Akak kacau Lydia ke?"
"Taklah. Lydia baru siap lipat baju tadi. Tengah susun dalam almari. Kenapa kak?"
"Boleh akak masuk?" Pinta Fara.
"Masuklah, kak."
Fara melangkah masuk ke dalam bilik itu kemudian melabuhkan punggung dibirai katil.
"Kak Fara ada sesuatu nak cakap dengan Lydia ke?" soal Lydia.
"Kak Fara nak bagi ni dekat Lydia," shawl warna blueblack itu diserahkan kepada Lydia.
"Kenapa kak Fara bagi pada Lydia?" soal Lydia lagi.
"Sekarangkan Lydia tengah belajar untuk pakai tudung. Tudung ni pula akak dah lama beli. Tapi tak pernah pakai. Jadi akak hadiahkan dekat Lydia,"
Tudung itu dipandang lama sebelum mata Lydia beralih memandang Fara. Matanya juga berkaca. Serta merta tubuh Fara dipeluk erat.
"Kak Fara...Lydia rasa nak menangis disebabkan akak. Lydia terharu. Terima kasih, kak. Lydia sayangkan Kak Fara,"
Pelukan itu Fara leraikan. Bibir merah jambunya mengukir senyuman manis.
"Lydia, terima kasih. Sebab Lydia selalu terima setiap teguran akak. Alhamdulillah, sekarang Lydia dah menutup aurat."
"Itu kewajipan, kak. Lydia je yang selalu mengabaikan perintah Allah. Mungkin inilah hikmah Lydia mengenali akak. Kak Fara ni ibaratkan seseorang yang Allah hantar untuk Lydia agar berubah ke jalan yang benar."
"Kak Fara tak buat apa-apa pun, Lydia. Kak Fara cuma memberi nasihat mana yang patut."
"Terima kasih, kak. "
Fara merenung lama setiap inci wajah Lydia. Bibirnya pula tersenyum lebar. Hati dia rasa tenang setiap kali melihat wajah Lydia. Dia memilih orang yang betul untuk menjaga anaknya nanti.
"Kenapa akak tenung wajah Lydia? Cantik sangat ke Lydia ni?" soal Lydia sebelum dia ketawa kecil. Fara turut tertawa sama.
"Lydia memang cantik. Cantik sangat."
"Hmm Lydia dah tahu kak. Ramai orang puji Lydia." Lydia ketawa lagi.
"Lydia..."
"Ya, kak."
"Kalau akak dah tak ada nanti, Lydia jaga anak akak ya? Jaga Afiq juga," ujar Fara.
"Kak, tak payahlah cakap macam tu. Lydia percaya akak ni kuat. Akak kena bertahan demi anak akak dan Afiq. Anak akak nanti perlukan mama dia."
"Lydia kan ada. Lydia pun mak dia juga."
"Tapi tak sama, kak. Kak Fara ni ibu kandung dia. Dia lahir dari rahim kak Fara. Lydia ni cuma mak tiri je."
Fara sekadar membalas dengan senyuman. Kalau dia sambung lagi, Lydia mesti ulang ayat sama je.
"Kak Fara, malam nanti kak Fara tidur dengan Lydia boleh?"
"Kenapa? Lydia takut?"
"Lydia takut terjadi sesuatu dekat kak Fara. Walaupun bilik kita ni depan-depan je, tapi Lydia tetap risau. Kalau kak Fara tidur dengan Lydia, senang lah akak nak kejutkan Lydia," jelas Lydia.
Fara ketawa kecil. Risau betul Lydia pada dia. Fara mengangguk saja menandakan dia setuju untuk tidur di bilik Lydia. Kalau dia tak setuju, Lydia akan merayu juga pada dia nanti.
Malam itu, Fara sendirian di bilik. Dia baru saja selesai solat maghrib. Baru saja dia melabuhkan puggung disofa didalam biliknya, tiba-tiba perutnya terasa sakit. Bibirnya dikemam menahan sakit. Dari petang tadi dia rasa sakit, tapi sekarang makin kuat rasa sakit tu. Dia gagahkan diri untuk bangun untuk memanggil Lydia. Baru saja dia nak menarik daun pintu, Lydia terlebih dahulu menolak pintu itu dari luar.
"Lydia, tolong akak. Sakit..." kata Fara.
"Ya Allah, kak. Kita ke hospital sekarang," kata Lydia sebelum dia berlari keluar.
Terkebil-kebil Fara memandang Lydia yang berlari keluar. Kalau Lydia dah pergi dulu, dia pula macam mana?
"Maaf, kak. Lydia tertinggal akak," kata Lydia sambil berlari ke arah Fara semula.
"Ya Allah, Lydia. Kak Fara tengah sakit, boleh pula Lydia buat lawak macam ni," kata Fara sambil menahan diri untuk tidak ketawa. Lydia punya gelabah lagi teruk.
"Lydia lupa, kak. Kak Fara boleh jalan tak ni? Lydia parking kereta dekat depan pintu. Akak boleh jalan sampai depan pintu tak?" Fara mengangguk mengiyakannya. Perlahan-lahan Lydia membantu Fara untuk berjalan ke pintu utama.
Lydia pula membantu Fara untuk masuk ke dalam perut kereta. Masuk saja Lydia ke tempat pemandu, Fara memandangnya dari atas ke bawah.
"Kenapa kak?" Soal Lydia polos.
"Tudung Lydia mana? Lepas tu Lydia memang nak pergi hospital dengan pakai baju tidur paras betis macam ni ke?" soal Fara. Dia masih ingat lagi keadaan Lydia sebelum keluar rumah tadi.
"Eh astaghfirullahalazim! Lupa kak. Kak Fara tahan dulu sekejap. Lydia tukar baju dengan pakai tudung. Jangan bersalin lagi kak," kata Lydia sebelum dia cepat-cepat keluar dari kereta dan masuk semula ke dalam rumah.
Fara memggeleng kecil melihat Lydia yang berlari masuk ke dalam rumah. Rasa yang sakit tadi pun boleh hilang dengan Lydia ni. Dia punya kalut tu lain macam.
Sampai saja dihospital, Fara terus dimasukkan ke dalam labour room kerana telah mengalami tanda-tanda untuk bersalin. Lydia pula sibuk menelefon Afiq. Tapi satu panggilan pun diangkat. Bukan setakat nak angkat, call pun tak dapat.
'Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan'"Ish! Mana awak pergi ni? Call tak dapat," ujar Lydia sendirian sambil bermundar-mandir di depan labour room.
"Ya Allah, dia nikan. Dah cakap jangan pergi Pahang tu, nak juga pergi. Isteri dah nak bersalin, dia pula call tak dapat. Nak maki tapi suami sendiri. Geramnyaaaaa....." Bebel Lydia sendirian.
"Afiq...tolonglah on telefon awak tu. Angkat call saya ni. Chat dekat WhatsApp pun satu tick je. Mana dia pergi eh?"
Sekarang ni, Afiq pula dia risaukan. Telefon pun dimatikan. Risau kalau sesuatu berlaku pada Afiq dekat sana.
Sedangkan Fara, hanya mampu berdoa pada Allah untuk keselamatan anaknya dan dirinya juga.
"Ya Allah, Engkau selamatkanlah anak aku dan panjangkanlah umurku. Sekurangnya agar aku dapat susukan anak aku. Sekali pun jadilah," doa Fara dalam hati.
"Puan, saya kira sampai tiga...puan teran ya?"
Fara mengangguk lemah.
"Baik,puan...satu dua tiga, teran puan..."
"Hmmph..." Dengan sekuat tenaga Fara teran. Setelah beberapa kali dia cuba teran, akhirnya keluarlah seorang bayi perempuan seberat 2.89kg.
Bibir Fara mengukir senyuman. Matanya pula memandang bayinya yang sedang digendong oleh jururawat. Alhamdulillah, hingga ke saat ini...dia mampu menghadapi setiap ujian.
'Ya Allah, izinkan aku mengucup anakku. Aku mohon ya Allah,' doa itu hanya mampu diucapkan di dalam hati sebelum matanya perlahan tertutup rapat.
YOU ARE READING
Takdir Yang Istimewa
Romance1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yan...