Di tengah malam, Lydia terjaga akibat Nuryn menangis. Puas dia pujuk tapi tak juga Nuryn berhenti daripada menangis. Bagi susu tak mahu. Nak kata kembung perut, tapi tidak. Sebab lampin? Tak juga rasanya. Ke hulu ke hilir dia berjalan sambil menepuk perlahan belakang bayi itu.
Tok! Tok! Tok!
Lydia berpaling ke arah pintu itu.
"Siapa pula ketuk pintu tengah malam macam ni? Semua orang dah tidur. Takkan hantu kot?" Lydia bersoal sendiri.
"Nak buka ke tak eh? Kalau hantu macam mana? Kalau baca ayat kursi hantu lari ke tak?"
"Kalau orang jahat macam mana? Ish, seramlah pula. Kalau itu perompak tengah merompak rumah macam mana?"
Kepala digeleng beberapa kali. Cuba mengusir fikiran negatif.
Tok! Tok! Tok!
"Alamak! Dia ketuk lagi," bibir pula dia kemam untuk mengawal rasa takutnya.
"Lydia, Nuryn kenapa tu? Okay tak?" soal suara itu dari luar pintu.
"Aniq!" Cepat-cepat Lydia melangkah menuju ke pintu.
Lydia menghembus nafas lega. Terlihat Aniq yang hanya memakai seluar tidur sedang berdiri di depan pintu. Lydia pandang Aniq dari atas ke bawah. Biar betul Aniq pakai macam ni datang ketuk pintu bilik dia. Ini kalau orang nampak boleh salah faham.
"Nuryn kenapa? Meragam ya?" soal Aniq.
"Entahlah, tak tau kenapa. Bagi susu pun tak nak,"
"Bagi saya Nuryn tu," pinta Aniq. Nuryn yang berada dalam gendongannya dihulurkan kepada Aniq.
"Kenapa dengan anak daddy ni? Lailahaillallah...lailahaillallah..."
Lydia mengecilkan mata memandang Aniq. Anak daddy ya? Bukan main. Sebelum ni elok je bahasakan diri 'uncle Aniq' dengan Nuryn tu. Tiba-tiba pula jadi daddy. Sejak bila?
Lydia tegakkan tubuh apabila Nuryn mula berhenti menangis. Hebat juga skill Aniq. Dia pun selawat juga pada Nuryn tadi. Tapi Nuryn tetap juga menangis. Takkan sebab suara Aniq ni sedap kot? Habis suara dia sumbang ke?
"See? Tengok ni, Nuryn nak daddy dia. Kalaulah kita boleh duduk sebilik, mesti Nuryn suka. Betul tak?"
"Merepek apa awak tengah malam macam ni? Apa hal pula nak duduk sebilik? Mana boleh. Haramlah,"
"Kita buat sampai jadi halal," balas Aniq selamba.
"Awak ni kenapa eh? Sejak semalam, awak bercakap langsung tak bertapis. Tiba-tiba melamar sayalah. Awak nak apa sebenarnya?" soal Lydia sambil menyilangkan tangan ke dada.
"Saya nak kahwin dengan awak," jawab Aniq.
"Kan saya dah cakap..."
"Shhh! Slow sikit. Semua orang dah tidurlah," pantas Aniq menekup mulut Lydia apabila gadis itu mula tinggikan suara.
"Ish apa awak ni? Pegang-pegang pula. Hempuk karang." Lydia menjeling tajam.
"Garang betul awak sekarang. Sebelum ni awak layan saya okay je. Takkan sebab semalam awak berubah jadi garang macam ni,"
"Awak tak ingat ke apa yang awak cakap dekat saya?"
"Hmm tak ingat. Yang mana satu eh?" Aniq dongakkan sedikit kepalanya seakan berfikir sesuatu.
"Awak cakap saya tak patut rapat dengan awak. Awak cakap yang saya kena jaga batas saya sebab saya ni isteri orang. Kita bukan mahram. Tak elok kalau rapat-rapat. Dan awak kena ingat, yang awak tu adik ipar saya. Suami saya Afiq Naufal tu, abang awak."
YOU ARE READING
Takdir Yang Istimewa
Storie d'amore1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yan...