BAB 21

1.5K 69 1
                                    

Perth, Australia.

Lydia menghampiri ibunya yang berbaring di katil. Sejak semalam, ibunya tiada selera untuk makan. Langsung tidak menjamah makanan yang dihidangkan. Disebabkan itu, tubuh ibunya menjadi lemah.

"Mama, Lydia nak keluar sekejap ni. Nak cari barang dapur. Barang dapur dah habis. Mama bolehkan duduk seorang diri dekat rumah? Lydia pergi sekejap je," ujar Lydia pada mamanya.

Puan Zarina mengangguk lemah, membenarkan puterinya untuk keluar rumah sendirian.

"Lydia janji dengan mama, Lydia pergi sekejap je. Kalau apa-apa berlaku, mama cepat-cepat call Lydia tau," pesan Lydia pada mamanya.

"Lydia jangan risaukan mama. Risaukan tentang Lydia tu," kata Puan Zarina lemah. Hampir tidak terdengar suaranya.

"Memanglah Lydia risaukan mama, mama kan tak sihat. Sejak semalam tak makan apa-apa. Mama minum air je. Itu pun minum sikit. Tengok bibir mama tu pun dah kering," kata Lydia risau. Puan Zarina hanya mengukir senyuman buat anaknya.

"Lydia pergi dulu, ma." Sempat Lydia mengucup dahi mamanya sebelum melangkah pergi.

Lydia berjalan dengan penuh senang hati. Sebenarnya, sudah seminggu dia tidak keluar rumah untuk bersiar. Dia tak ada mood. Lagi pula mamanya kurang sihat. Ini pun dia keluar sebab nak membeli barang.

Buk!

Tak sengaja Lydia melanggar bahu seseorang. Pantas Lydia menoleh untuk melihat gerangan yang dilanggarnya tadi.

"I'm sorry, sir." Terkejut Lydia apabila dia melihat gerangan itu.

"Eriq?" ujar Lydia. Eriq juga turut terkejut melihat Lydia.

"Eriq, bila awak balik sini? Afiq mana?" soal Lydia.

Eriq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa dia nak jawab ni?

"Afiq...errr..."

"Kenapa dengan Afiq?" soal Lydia lagi. Nampak gaya dia risaukan Afiq.

"Afiq...dia tak balik sini lagi. Dia ada urusan sikit dekat Malaysia tu. Hal keluarga. Jadi dia akan balik sini lambat sikit," tipu Eriq. Padahal, Afiq takkan kembali ke Perth lagi.

"Ooo ya ke? Patutlah..." kata Lydia dengan suara yang sedikit kecewa. Tadi dia teruja kerana dia fikir Afiq sudah kembali ke Perth.

"Patutlah? Apa yang patutlah?" soal Eriq bingung.

"Patutlah Afiq dah tak call saya dua hari. Rupanya dia sibuk. Mesej saya pun dia tak reply," kata Lydia membuatkan Eriq berkerut kening.

"Awak ada call Afiq?"

"Ada. Dah seminggu juga saya dengan Afiq selalu call setiap malam. Cuma dua hari ni, Afiq tak angkat call saya. Tadi awak cakap dia ada urusan. Jadi saya rasa dia sibuklah tu,"

"Setiap malam call?" soal Eriq terkejut.
Lydia mengangguk mengeyakannya. Memang betul dia dengan Afiq selalu call.

Eriq seakan berfikir sesuatu. Kalau Afiq oncall dengan Lydia setiap malam, bagaimana pula dengan Fara? Fara tahu ke Afiq menelefon Lydia? Afiq sendiri pula, dia belum bagitahu Lydia ke tentang statusnya sekarang?

"Eriq, awak fikir apa?" soal Lydia membuatkan Eriq tersedar dari lamunan.

"Lydia, Afiq ada bagitahu awak sesuatu tak?" soal Eriq.

"Bagitahu sesuatu? Bagitahu apa?" soal Lydia polos.

Eriq berkerut kening lagi. Dengan cara Lydia menyoal tu, nampak macam Lydia tak tahu apa-apa. Jadi Afiq belum menceritakan pada Lydia tentang semua kejadian yang berlaku di Malaysia.  

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now