BAB 3

1.7K 85 0
                                    

Fara berjalan mendekati superbike hitam yang diparking elok depan rumah. Siap parking depan pintu. Baik bawa masuk rumah je terus. Tapi siapa punya motosikal ni? Macam dia pernah tengok je.

Fara tepuk-tepuk motosikal itu sambil berfikir. Rasanya dia kenal siapa pemiliknya.

“LV!” nama itu terbit dari bibir Fara.
Dia ingat! Ini LV. Motosikal kesayangan Afiq. Bermakna…Afiq ada dekat sini ke? Dengan pantas Fara berlari masuk ke dalam rumah.

“Ibu! Ibu!” jerit Fara. Satu rumah bergema suara dia.

“Kenapa Fara?” soal Puan Fazlin sebaik saja keluar dari dapur.

“Fara tengok LV ada dekat depan. Afiq datang sini ke?” soal Fara.

“LV? Siapa?” soal Puan Fazlin lagi.

Superbike kesayangan Afiq lah,” jawab Fara.

“Oh ingatkan siapalah tadi. Tapi Afiq tak ada datang sinilah. Atiq kot yang naik. Mungkin dia jumpa Fayyadh,” tipu Puan Fazlin. Sengaja dia menguji anak perempuan tunggal dia tu.

“Tipulah. Afiq takkan benarkan sesiapa naik LV.”

“Rindu aku sangat ke Fara?” soal Afiq yang baru keluar dari dapur. Sengaja dia menyorok didapur bersama Fayyadh. Nak tengok reaksi Fara.

“Afiq!” Fara menjerit teruja.

“Aku ingat kau dah taknak jumpa aku,” luah Fara. Dari semalam dia menunggu Afiq. Mesej dia pun tidak. Ingatkan memang Afiq tak mahu berjumpa dengan dia lagi.

“Mestilah aku nak jumpa kau. Aku kena jumpa kau buat kali terakhir sebelum kau bergelar isteri orang,” kata Afiq membuatkan Fara ketawa kecil.

“Aku jadi isteri orang je. Bukannya meninggal,” balas Fara membuatkan Afiq juga melepaskan tawanya.

“Tetap tak boleh, Fara. Nanti suami kau tu cemburu dengan aku,” kata Afiq lagi. Fara mengangguk setuju. Betul juga kata Afiq tu.

“Aunty, Afiq pinjam Fara sekejap. Nak borak dekat depan,” pinta Afiq pada Puan Fazlin.

“Ambillah. Jangan bawa lari sudah,” jawab Puan Fazlin.

Fara dan Afiq kemudiannya berjalan keluar dan duduk di gazebo luar rumah.

“Sorrylah, aku tak dapat balik masa majlis tunang kau hari tu,” ujar Afiq yang memulakan bicara setelah mereka melabuhkan duduk tadi. 

“Tak apa. Tapi masa kahwin aku nanti kau ada kan?” soal Fara yang berharap agar Afiq ada masa majlis kahwinnya nanti.

“Tak sempat juga. Aku dah kena gerak balik Perth semula,” jawab Afiq membuatkan wajah Fara berubah kecewa. Terjongket sedikit hujung bibir Afiq melihat wajah Fara. Tak boleh nak mengusik sikit.

“Aku gurau sajalah. Aku ada waktu majlis kau tu nanti. Aku memang dah ambil cuti siap-siap untuk kau. Mana boleh majlis kau berlangsung tanpa aku. Aku orang penting dalam majlis tu nanti,” kata Afiq membuatkan Fara kembali ceria.

“Kau ni kan. Aku hampir menangis tadi. Ingatkan kau betul-betul tak dapat datang majlis aku nanti. Aku sedih tahu tak?”

“Mestilah aku ada. Kembar aku nak kahwin kot,” tambah Afiq lagi.

Fara ketawa kecil mendengarnya. Ingatkan Afiq dah lupa bahawa mereka ni kembara tak sedarah.

“Kenapa kau pilih untuk menikah pada tarikh hari lahir kau?” soal Afiq.

“Entah. Senang nak ingat anniversary. Sebab sama dengan tarikh lahir aku,” jawab Fara.

“Masalahnya, 10 januari tu bukan birthday kau seorang je tau. Birthday aku sekali. Takkanlah setiap kali birthday kita, aku terpaksa ingat kau punya anniversary sekali?”

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now