BAB 12

1.5K 70 0
                                    

Kaki Afiq laju melangkah ke ruang tamu. Tempat dimana mereka berkumpul tadi. Sampai saja disitu, Afiq terus menyatakan hasratnya.

“Fara, aku nak kahwin dengan kau.”

“Uhuk!” terus tersedak Tuan Hafiz mendengarnya.

“Apa kau cakap ni?” soal Fara bingung. Berkerut keningnya saat ini.

“Aku dah buat keputusan. Aku akan kahwin dengan kau,” ujar Afiq lagi.

“Fazlin, ada popcorn tak? Macam syok je ni.” Tuan Hafiz bertanya. Puan Ayana sudah menjeling suaminya tajam.

“Hafiz, ini bukannya movie. Jangan buat perangai boleh tak?” marah Puan Ayana. Suami dia memang suka buat hal.

Tuan Adam dan Puan Bella turut tiba disitu.

“Kau mengarut apa, Afiq? Kau dah gila ke?” soal Fara yang tak puas hati dengan keputusan Afiq.

“Kau yang nak sangat putuskan persahabatan kitakan. Jadi kau kena ikut syarat yang aku bagi. Kau dengan aku kena jadi suami isteri,” jelas Afiq.

“No! Aku taknak kahwin dengan kau,”

“Fara, Azri dah tinggalkan kau sebab aku. Dia tak sudi jaga kau. Kalau dia tak sudi, biar aku yang jaga kau. Biar aku jadi suami kau,” kata Afiq yakin.

“Aku dah bencikan kau. Kau rasa, aku akan terima ke kalau kau jadi suami aku?”

“Aku tak kisah. Aku akan tetap dengan keputusan aku. Kau suka atau tidak, terpulang. Aku tak peduli.”

“Aku ada keluarga yang boleh jaga aku. Kau tak payah sibuk nak jadi suami akulah,”

“Ayah taknak jaga Fara.” Tengku Fahrin bersuara.

“Ayah!” Terkejut Fara dengan pengakuan ayahnya. Jadi ayah dia nak suruh dia kahwin dengan Afiq ke?

Afiq tersenyum kemenangan. Nampak gaya, ada yang berpihak pada dia. Ayah Tengku Farahani sendiri.

“Nampak macam ayah kau pun dah restu untuk kita berdua kahwin. Jadi, perkahwinan kau takkan batal. Hari yang sepatutnya kau kahwin dengan Azri, kau akan kahwin dengan aku.”

“No way! Aku takkan kahwin dengan kau,”

“Keputusan aku muktamad. Just prepare yourself,” kata Afiq sebelum dia melangkah pergi.

“Jom kita balik,” sempat Afiq berkata kepada umi dan abahnya.

“Aik? Macam tu je ke?” Tuan Adam bertanya. Kalau begini, memang anak dia ekstra gelojoh. Masa dia melamar isteri dia dulu pun tak begini.

“Fazlin, Fahrin…kami balik dulu ye. Nanti kita bincang lagi,” ujar Puan Bella sebelum menarik tangan suaminya untuk pergi.

Fara diam tak terkata. Dia taknak kahwin dengan Afiq. Dia bencikan Afiq. Mana mungkin dia akan menerima Afiq sebagai suami.








DATIN MAZWIN merenung anak lelakinya yang sedang jauh termenung. Entah apa yang difikirkan oleh anaknya. Yang dia rasakan, anaknya itu sedang memikirkan bekas tunang.

“Azri, kenapa termenung tu? Fikirkan Fara lagi ke?” soal Datin Mazwin.

Azri angkat kepala memandang ibunya. Dia mengeluh perlahan sebelum dia membetulkan duduknya.

“Mummy, betul ke apa yang kita buat ni?” soal Azri pula.

“Buat apa?”

“Batalkan perkahwinan antara Azri dengan Fara.”

“Son, mummy nak tanya you. You sanggup ke ada isteri cacat macam perempuan tu?”

“Tapi mummy, takkan tak ada peluang untuk Fara sembuh?”

“Ada ke peluang untuk orang cacat macam dia tu sembuh? Azri, dengar sini mummy nak cakap. Mummy taknak anak mummy susahkam diri untuk jaga dia. Mummy nak you kahwin supaya ada orang jaga you macam mana mummy jaga you. Bukannya mummy nak you kahwin, tapi you kena bersusah payah jaga dia. Anak mummy bukannya pengasuh ke apa. You nak jadi hamba perempuan tu?”

“Tapikan mummy, Azri boleh je upah jururawat peribadi untuk jaga dia.”

“Azri, kenapa you kisahkan sangat pasal perempuan tu? Kenapa nak bazirkan duit untuk perempuan tu?” soal Datin Mazwin lagi.

“Azri sayangkan Fara, mummy.”

“Azri, sayang tu takkan buat you bahagia pun. Lagi menyusahkan hidup Azri adalah. Lebih-lebih lagi perempuan tu adalah Tengku Farahani. Mummy tak sukakan dia.”

“Datin, tuan…” Datin Mazwin dan Azri berpaling apabila ada yang memanggil. Terlihat Irfan yang sedang berdiri berhampiran mereka.

“Ada apa, Irfan?” soal Datin Mazwin.

“Saya dah maklumkan pada pada keluarga Tengku Fahrin yang Datin nak batalkan perkahwinan Tuan Azri.”

“Bagus. Tengku Fahrin ada bagitahu apa-apa ke?” soal Datin Mazwin lagi.

“Ada, Datin. Tengku kata, dia akan batalkan projek kerjasama dengan MS holding.”

“Saya tak kisah. Kita dah ada syarikat yang sudi kerjasama dengan kita. Syarikat dari Singapore. Kalau kita hilang dana dari Tengku Fahrin sekali pun, kita takkan rugi apa-apa.”

Are you sure, mummy?” soal Azri pula.

“Yes, son. Dan mummy nak Azri yang akan handle semuanya nanti. Mummy akan serahkan pada Azri,” kata Datin Mazwin. Azri hanya mengangguk menerima perintah ibunya.





TENGKU FAYYADH menepuk perlahan belakang badan kakaknya. Menenangkan kakaknya yang sedang menangis. Pulang saja dari kolej tadi, agak terkejut dia melihat kakaknya itu tidak berhenti menangis.

“Ibu…tolonglah. Fara taknak kahwin dengan Afiq. Batalkan perkahwinan Fara dengan Afiq,” pinta Fara pada ibunya.

“Ayah…batalkan perkahwinan tu.” kali ini Fara merayu pada ayahnya pula.

"Kenapa Fara taknak kahwin dengan Afiq?" soal Tengku Fahrin.

"Kenapa ayah tanya? Ayah...sebab Afiq, Fara jadi macam ni. Ayah nak Fara kahwin dengan lelaki yang dah buat Fara cacat?"

“Fara, ayah tak pernah nak meminta apa-apa pada Fara. Tapi kali je, ayah minta Fara terima Afiq.”

“Apa yang Afiq tu dah hasut ayah?”

“Afiq tak hasut apa-apa, Fara. Ini memang permintaan ayah.”

“Ayah memang dah taknak jaga Fara ke?” soal Fara sebak.

“Bukan macam tu, sayang. Bukan ayah taknak jaga. Cuma ayah kesiankan Afiq. Dia cuma nak tebus kesalahan dia pada Fara.”

“Fara tak cintakan Afiq, ayah. Fara bencikan dia,”

“Tapi Fara pernah sukakan Afiq kan?” soal Tengku Fahmi yang sejak tadi berdiam diri.

Terbuntang mata Fara mendengarnya. Macam mana abang dia tahu tentang itu? Setahu dia, cuma Tengku Fayyadh dan Haura saja yang tahu. Itu pun dia sebab terkantoi pernah usha Afiq.

Fara memandang Tengku Fayyadh tajam. Tengku Fayyadh pula tersengih menayangkan gigi. Memang dia yang bagitahu keluarganya. Satu keluarga sudah tahu yang Tengku Farahani pernah sukakan Afiq Naufal.

“Fara pernah sukakan Afiq. Apa salahnya kalau Fara sukakan dia sekali lagi,” kata Puan Fazlin pula.

“Hati Fara ni dah bencikan dia, ibu. Macam mana nak suka dia balik? Macam mana Fara nak sayangkan dia?”

“Kahwin dengan Afiq. Ibu percaya Afiq adalah lelaki terbaik untuk Fara. Afiq boleh sayangkan Fara. Dan Fara boleh sayangkan Afiq,” ujar Puan Fazlin lagi.

Tak mampu lagi Fara nak membantah. Satu keluarga mahukan dia untuk berkahwin dengan Afiq. Alasan apa lagi untuk dia menolak. Dia takkan berjaya.

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now