Fara melangkah menuruni anak tangga sambil tersenyum. Encik tunang ajak keluar, sebab tu dia happy semacam. Sampai saja di meja makan, Fara terus melabuhkan punggung di sebelah ibunya.
“Amboi kak, senyum-senyum tu kenapa?” soal Tengku Fayyadh.
Makin lebar bibir Fara mengukir senyuman.
“Nak jumpa bakal suami. Mestilah happy,” jawab Fara.
“Mimpi apa semalam si Azri tu tiba-tiba ajak Fara keluar? Selalu hari kerja macam ni, Fara call pun dia tak angkat,” perli Tengku Fahmi. Memang faktanya begitu. Azri takkan keluar berdua dengan Fara kalau hari bekerja. Kerana Azri seorang yang lebih mementingkan kerja.
“Abang ni…Azri ajak Fara keluar pun salah. Tak ajak pun salah.” Fara menjeling abangnya itu.
“Memang Azri selalu macam tu kan,” sambung Tengku Fahmi lagi.
“Fahmi, biarlah kalau Azri nak ajak Fara keluar sekali pun. Mungkin sebab Azri tu dah lama tak jumpa Fara. Sebab itulah dia ajak Fara keluar.” Puan Fazlin menegur anak sulungnya. Tak mahu Fara berkecil hati dengan kata-kata Tengku Fahmi.
Tengku Fahmi sambung menyuapkan roti ke dalam mulut. Malas dia sambung lagi. Kalau ibunya yang menyampuk. Dia takkan menang lagi.
“Akak balik pukul berapa nanti?” soal Tengku Fayyadh.
“Tak pasti. Kenapa?” jawab Fara sebelum dia menyoal Fayyadh semula.
“Yadh ingat nak pinjam kereta akak tengah hari nanti. Tapi kalau akak guna tak apalah,”
“Akak naik grab je hari ni. Sebab balik nanti Azri hantarkan. Kalau Yadh nak guna kereta akak tu, gunalah.”
“Betul ke kak?” soal Tengku Fayyadh dengan mata bersinar-sinar.
“Hmmm. Tapi Yadh isi minyak. Rasanya kereta akak tu dah kurang minyak.”
“Patut laju je akak bagi kereta akak dekat Yadh. Rupanya kereta akak tak ada minyak. Ini malas ni."
“Siapa suruh naik kereta akak? Pandai naik pandailah isi minyak.”
Fayyadh tersenyum penuh makna. Kereta dah dapat. Duit minyak minta ayah.
“Ayah nak duit! Nak isi minyak,” selamba Tengku Fayyadh minta duit dari ayahnya.
Tengku Fahrin buat tak dengar. Asyik minta duit dia je. Bila dia suruh masuk kerja taknak pula.
“Ayahku handsome lagikan segak macam anak bongsu dia. Yadh nak duit please…” Puan Fazlin tersenyum. Geli hati tengok anak dan suaminya.
“Kalau ayah bagi duit minyak hari ni, esok Yadh kena masuk kerja dengan ayah. Boleh?”
“Semalam baki beli mee goreng mamak ada lagi 30 ringgit. Cukuplah tu nak isi minyak. Sebab bukan kereta sendiri, jadi tak boleh isi banyak-banyak,” bebel Tengku Fayyadh sendirian.
“Ayah, tak jadilah minta duit. Tiba-tiba ada duit pula,” kata Tengku Fayyadh membuatkan Tengku Fahrin geleng kepala. Ada saja alasan setiap kali disuruh ke pejabat.
“Berkiralah Yadh ni. Isi jelah bagi penuh. Akak tak marah pun.” Fara kenyit mata pada Tengku Fayyadh. Nak bodek adik kesayangan dia.
“Akak tak marah. Tapi Yadh marah.” Tengku Fayyadh mengjeling kakaknya itu. Sudahlah duit poket dia dah nipis ni.
Usai makan, Fara terus bergerak menuju ke tempat yang dijanjikan untuk berjumpa dengan Azri. Dalam 15 minit juga dia kena sidai dengan Azri. Padahal tadi dia pun dah lambat 10 minit. Rupanya Azri lagi lambat.
YOU ARE READING
Takdir Yang Istimewa
Romance1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yan...