BAB 43

1.4K 51 4
                                    

Kelihatan Afiq yang sedang menutup pintu bilik membuatkan Lydia cepat-cepat melangkah menghampiri.

"Awak buat apa dekat sini?" soal Lydia. Berkerut kening Afiq apabila Lydia bertanya begitu.

"Nak tidurlah. Nak buat apa lagi?"

"Tak boleh! Awak tak boleh tidur dekat sini," kata Lydia sambil bersilang tangan ke dada.

"Kenapa?" soal Afiq lagi.

"Tadikan saya dah mesej awak. Malam ni saya nak tidur seorang diri."

"Telefon saya dekat atas katil tu. Manalah saya tahu awak mesej saya," kata Afiq sambil menunjukkan telefonnya yang berada diatas katil.

"Ahh tak kisah. Sekarang awak dah tahu. Awak pergilah tidur dengan Kak Fara."

"Tapi malam ni kan giliran awak," 

"Alah...giliran saya atau bukan, sama je. Awak datang bilik ni semata-mata untuk tidur je," kata Lydia sambil mencebik.

"Lydia, kenapa ni? Saya ada buat salah lagi ke?" soal Afiq sambil menarik dagu Lydia untuk memamdangnya. Padahal hubungan dia dan Lydia dah baik semula. Rasanya dia pun tak ada buat silap.

"Tak adalah. Awak tak ada buat salah. Saya memang izinkan awak tidur dibilik Kak Fara malam ni. Pergilah. Spent time dengan Kak Fara. Pergi pergi," kata Lydia sambil menolak tubuh Afiq agar keluar dari bilik itu.

Bam! Klik! Pintu bilik ditutup dan dikunci dari dalam.

"Mak aih! Kena halau. Siap kunci pintu pula tu," kata Afiq sambil menggelengkan kepala.

Setelah dihalau oleh Lydia tadi, Afiq menuju ke bilik Fara. Masuk saja ke bilik itu, dia melihat Fara sedang duduk bersandar dikepala katil. Afiq pandang Fara. Fara pandang Afiq.

"Apa kau buat dekat sini?" soal Fara. 

"Nak tidurlah. Aku kena halau dengan Lydia. Dia suruh aku tidur dengan kau malam ni," kata Afiq sebelum dia naik ke katil.

"Ehhhh...Tak boleh," tak jadi Afiq nak merebahkan tubuhnya.

"Malam ni kan giliran dia. Kau pergilah tidur dengan dia,"

"Kau pun nak halau aku ke?"

"Bukan nak halau. Tapi kau tak boleh buat dia macam tu. Mungkin dia merajuk dengan kau tu. Kau pujuklah dia,"

"Dia cakap, dia tak merajuk dengan aku. Dia nak aku spent time dengan kau. Aku lagi suka," kata Afiq sambil tersenyum nakal. Tangan pula merayap nakal ke tubuh Fara.

Pap!

"Aduh! Sakitlah." Afiq gosok tangan yang ditampar Fara tadi.

"Kau ni. Takkan tu pun tak faham? Dia sebenarnya nak kau spent time dengan dia,"

"Masalahnya dia tu siap kunci pintu lagi. Memang betul-betul dah halau aku. Jadi biarlah aku luangkan masa dengan kau." Fara tepuk dahi. Makin parah si Lydia ni. Dia tahulah Lydia tu nak Afiq luangkan masa dengan dia. Tapi kalau halau Afiq dan siap kunci pintu tu, macam melampau lah pula.

"Afiq...aku sebagai perempuan, aku faham perasaan Lydia. Dia sebenarnya nak kau luang masa dengan dia. Dah, pergi balik semula ke bilik dia,"

"Kau halau aku jugalah ni?" Afiq menyoal.

"Kalau kau rasa macam tu...betullah tu," jawab Fara selamba.

"Izinkanlah aku tidur sini," pujuk Afiq lagi.

"Tak boleh! Kalau kau taknak keluar, biar aku keluar. Biar aku tidur dengan Lydia. Kau tidur seorang diri dekat sini," kakinya Fara jatuhkan untuk turun dari katil.

"Eh tak payahlah. Biar aku keluar."

Bangun dari katil, Afiq terus keluar dari bilik itu. Pintu bilik Fara dan bilik Lydia Afiq pandang bersilih ganti. Tak faham betul dengan isteri-isterinya. Lydia, tak pernah nak halau dia keluar dari bilik. Mereka bergaduh pun Lydia tetap izinkan dia tidur di dalam bilik. Cuma kehadiran dia akan diabaikan. Dengan Fara, lagilah dia takkan dihalau. Kalau dia lari dari Lydia sekali pun, Fara tetap menerima dia untuk tidur dibilik itu. Akhirnya dia memutuskan untuk tidur di luar bilik. Hamparkan toto. Ambil bantal dan selimut. Tidur.

Pagi itu, Fara dan Lydia ingin keluar dari bilik untuk menyediakan sarapan. Buka saja pintu, mereka berdua terkejut saat melihat Afiq yang tidur di antara bilik mereka berdua. Fara dan Lydia saling berpandang sebelum tepuk dahi masing-masing.

Mereka berdua saling menghampiri. Pandang Afiq yang masih lena dibuai mimpi. Kesian pula mereka tengok Afiq yang terpaksa tidur dilantai.

"Bukan Afiq tidur bilik Kak Fara ke semalam?" soal Lydia dalam nada berbisik. Takut mengganggu lena lelaki itu.

"Afiq cakap Lydia halau dia. Kak Fara halaulah dia balik. Kak Fara ingat dia pergi bilik Lydia semula."

Lydia menggeleng. Dia siap kunci pintu semalam. Afiq memang tak ada masuk bilik dia.

"Tak ada, kak. Lydia memang kunci pintu. Afiq tak ada pun ketuk pintu bilik Lydia selepas dia kena halau tu. Jadi Lydia memang ingat dia tidur bilik akak,"

"Kak Fara pula ingat dia ke bilik Lydia,"
Lydia duduk bertinggung disebelah Afiq. Bahu Afiq dicuit lembut.

"Afiq, bangun." Afiq menggeliat kecil.

"Afiq...bangunlah."

"Hmm," Afiq buka sedikit kelopak matamya. Pandang kedua wajah isteri-isterinya.

"Fara, Lydia. Kenapa?" soal Afiq sambil menggosok matanya.

"Kenapa tidur dekat sini?" soal Lydia pula.

"Boleh pula tanya. Korang berdualah. Halau saya. Saya tidur jelah dekat sini," jawab Afiq.

Lydia dan Fara kemam bibir menahan diri untuk tidak ketawa. Tak tahu kenapa rasa kelakar. Tapi kesian pun ada. Kena halau dengan isteri-isteri sampai kena tidur luar.

"Senyum-senyum." Afiq mengjeling.

"Kau ni kelakar tahu tak. Rumah ni masih ada lagi dua bilik kosong. Kau tidur sini juga tu kenapa? Tidurlah dekat dalam bilik tu,"

"Haah lah. Lupa pula." Afiq sengih setelah menyedari kebodohannya tentang itu.

"Ini kau dah solat subuh ke belum?" soal Fara.

"Belum. Sekarang pukul berapa?"

"Ya Allah, kau ni. Dah lambat tahu tak? Sekarang dah pukul 6.45 pagi. Dah jadi subuh gajah,"

"Ya Allah! Aku nak solat dulu," cepat-cepat Afiq bangun untuk menunaikan solat subuh. Subuh gajah pun subuh gajahlah. Asalkan solat. Terlajak tidur punya pasal.

Lydia dan Fara saling berpandangan lagi sebelum ketawa lagi. Rasa kelakar dengan perangai sendiri. Boleh pula mereka berdua halau suami sampaikan si suami kena tidur luar.

"Ish salah Kak Fara lah ni. Kenapalah akak halau Afiq tu? Lydia nak dia luangkan masa dengan akak,"

"Salah Lydia juga. Lydia pun halau Afiq. Sepatutnya Lydia kena berbaik dengan Afiq tu. Biar dia rapat dengan Lydia. Biar cinta Afiq pada Lydia berputik,"

"Tapi Lydia nak Afiq luangkan lebih banyak masa dengan akak,"

"Hmm dahla. Kita ikut sajalah giliran macam biasa. Nanti jadi macam semalam lagi. Kesian Afiq."

"Yalah, sorry. Lydia janji tak buat macam tu lagi,"

"Jom, kita sediakan sarapan."

"Okay jom!" kemudian Lydia dan Fara berjalan beriringan menuju ke dapur.




















Enjoy dulu sementara masa masih ada. Nanti sedih kemudian. Tapi tak sedih sangat pun. Biasa-biasa je heheheh

Cerita ni berbaki beberapa bab lagi. Dah nak ending huhu...

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now