BAB 47

1.6K 50 0
                                    

Afiq tarik nafas panjang sebelum menghampiri Fara yang sedang menyusun baju ke dalam almari. Tangannya perlahan menarik tangan Fara agar mengikutinya untuk duduk disofa. Fara yang masih bingung hanya mengikuti langkah Afiq.

"Fara..."

"Hmm?"

"Nahh...untuk kau." Satu kotak hadiah Afiq serahkan kepada Fara.

"Apa ni?" soal Fara pada Afiq.

"Bukalah."

Kotak itu sudah beralih ke tangan Fara. Perlahan tangan Fara membuka kotak itu. Di dalamnya ada beberapa keping gambar polaroid dia dan Afiq sejak bayi hingga ke hari perkahwinan mereka. Bibir Fara mengukir senyum. Comel rupanya mereka berdua waktu kecil.

"Kau suka?" Fara mengangguk kecil.

"Suka. Saya dah lama terfikir nak buat macam ni. Tapi abang dah buat dulu. Terima kasih," ujar Fara sambil tersenyum bahagia. Satu persatu gambar itu dia lihat.

"Aku teringat yang kau pernah cakap, kau lebih suka hadiahkan tentang kenangan. Ini salah satu cara untuk kita ingat semula kenangan tentang kita. Cuba kau tengok gambar ni. Kau ingat memori tentang gambar ni?"

Fara melihat gambar yang di tunjukkan oleh Afiq. Gambar mereka ketika berusia 7 tahun. Hari pertama mereka sekolah sebagai murid darjah satu. Gambar yang ditangkap oleh ibunya. Bibir Fara mengukir senyuman sebelum mengangguk.

"Ingat, yang aku menangis sebab taknak pisah kelas dengan kau. Waktu tu nama aku dekat kelas A dan kau pula dekat kelas B. Padahal tu kelas sementara je. Kesian dekat Ibu dengan ayah. Sampai tak berani nak tinggalkan aku dekat sekolah tu. Sebab aku menangis kuat gila. Satu sekolah boleh dengar. Esoknya aku hilang suara. Teruk betul." Afiq ketawa mendengar cerita Fara itu. Dia sendiri tak boleh lupa tentang kejadian tu.

"Cuba kau tengok gambar ni pula. Waktu ni kita tingkatan 5. Gambar ni pula Eriq yang ambil. Eriq dulu suka bawa telefon ke sekolah."

Fara tenung gambar itu lama. Cuba mengimbas kembali memori tentang gambar itu.

"Ini waktu kau mengaku aku ni girlfriend kau sebab taknak kena kacau dengan pelajar tingkatan 3 tu kan? Apa eh nama perempuan tu? Tak ingatlah,"

"Sarah," jawab Afiq.

"Haa Sarah! Oh kau, ingat eh nama ex girlfriend. Ingatkan dah lupa," usik Fara sambil ketawa.

"Sebab nama dia dah selalu sangat dengar. Sebab tu mudah ingat," balas Afiq. Jawapan selamat. Fara pula tayang muka menyampah. Hmm yalah tu.

"Gambar ni, saya takkan lupa sampai bila-bila. Gambar semasa hari pernikahan kita. Hari bahagia kita," ujar Fara sambil tersenyum menatap gambar itu.

"Tapi waktu tu, aku je yang gembira. Kau bukannya suka aku." Sengaja Afiq perli Fara. Fara pula menjeling manja.

"Tak payahlah ungkit tentang tu. Saya bukannya tak suka. Cuma saya keliru dengan perasaan sendiri. Kawan baik, tiba-tiba kena jadi suami. Abang tu membesar dengan saya. Nasib baik abang tu bukan jadi anak susuan ibu je. Kalau tak, mesti kita tak boleh kahwin."

"Ibu memang berjaga-jaga kot taknak susukan aku. Dia takut anak dia jatuh cinta dengan aku bila besar. Nanti tak boleh kahwin. Tak pun, ibu memang berkenan nak jadikan aku menantu sejak aku ada dalam perut umi lagi. Sebab tu ibu sengaja taknak susukan aku,"

"Memandai je abang reka cerita. Entah-entah, ibu taknak pun jadikan abang menantu. Tapi sebab abang buat kerja gila masa tu, terpaksa ibu terima."

"Bila masa pula aku buat kerja gila?" soal Afiq tak puas hati.

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now