Fara mengelus kucing spesies british shorthair berwarna kelabu di atas ribanya. Teringat pula waktu pertama kali dia berpindah ke rumah ini 4 bulan yang lepas. Teman yang dimaksudkan oleh Afiq adalah kucing ini. Afiq tahu yang dia memang dah lama nak membela kucing. Tapi Tengku Fayyadh pula alahan dengan bulu kucing. Jadi terpaksalah dia melupakan hasratnya. Kucing itu dinamakan sebagai Arjuna. Kucing jantan.
"Kau dah siap ke Fara?" soal Afiq yang baru muncul.Jangan tanya kenapa Afiq masih menggunakan panggilan aku kau walaupun dah tiga bulan berlalu. Panggilan saya awak cuma berlangsung selama seminggu. Afiq sendiri yang tak boleh biasakan. Akhirnya mereka buat keputusan untuk kembali kepada asal.
"Dah..." jawab Fara.
"Aku letak Arjuna dalam rumah dia dulu," ujar Afiq.
Fara mengangguk lalu menyerahkan Arjuna kepada Afiq. Tak lama kemudian, Afiq kembali menghampiri Fara setelah meletakkan Arjuna ke dalam sangkar.
"Jomlah." Afiq menghulurkan tangannya kepada Fara. Perlahan-lahan Fara bangun dengan bantuan Afiq.
Kini, Fara dapat berjalan semula. Namun masih perlu menggunakan bantuan seperti menggunakan tongkat. Tapi hari ni ada Afiq. Jadi Afiq yang akan membantunya untuk berjalan.
Mereka berdua terus berjalan menuju ke kereta. Masuk saja ke dalam kereta, Afiq terus menghidupkan enjin dan bergerak keluar dari perkarangan.
Perjalanan diteruskan menuju ke taman. Hari ni mereka mahu beriadah di taman. Bolehlah Fara berlatih untuk berjalan di taman itu. Selalu dia berlatih di rumah saja. Bila Afiq cuti ni, barulah dia dapat ke sini.
"Perlahan sikit, Afiq. Kaki aku ni bukannya kuat lagi nak jalan laju-laju," bebel Fara pada Afiq.
"Sorry. Dah selalu sangat jalan laju. Sampai lupa kau dekat sebelah."
"Sampai hati kau. Isteri dekat sebelah pun boleh lupa. Kau ada teringat dekat mana-mana awek ke?"
"Eh kau ni. Ke situ pula. Ada kau pun dah cukup untuk aku."
"Yalah tu. Lelaki memang cakap macam tu. Padahal dekat belakang ada perempuan lain."
"Tak baiklah cakap macam tu. Masin mulut kau nanti macam mana?"
"Hmm sorry. Aku tak ada niat nak cakap macam tu dekat kau."
Afiq menggelengkan kepalanya. Malas dia nak panjangkan isu itu. Dengan berhati-hati dia membantu untuk duduk di bangku.
"Aih penatnya," ujar Fara sebaik saja dia melabuhkan punggung. Keluhan kecil dia lepaskan.
Afiq mengeluarkan sapu tangannya lalu mengelap peluh di dahi Fara.
"Kesiannya isteri Afiq Naufal ni. Penat ya?" Bibir Fara pula menguntum senyuman. Sepanjang dia menjadi isteri Afiq, dia memang dilayan seperti ratu.
"Penat tu penat. Tapi kalau ada kau, penat tu hilang. Aku tak sempat nak merasa penat." Afiq ketawa kecil. hatinya tercuit dengan kata-kata Fara.
"Macam-macamlah kau ni. Aku bukan buat apa-apa pun. Aku lap peluh kau je tadi,"
"Aku bukan bercakap tentang tadi je. Kau tu, memamg tak mengizinkan untuk aku rasa penat. Terima kasih, Afiq. Sebab jaga aku,"
"Sama-sama. Memang tanggungjawab aku untuk jaga kau,"
Fara tersenyum lagi. Kali ni lebih manis. Hanya untuk suami tercinta.
"Taufiq, jangan lari. Nanti jatuh."
Fara dan Afiq berpaling apabila mendengar suara itu. Ada anak kecil yang sedang berlari. Di belakang anak kecil itu, ada satu pasangan yang sedang berjalan sambil berpimpin tangan.
YOU ARE READING
Takdir Yang Istimewa
Romance1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yan...