BAB 11

1.5K 76 0
                                    

Setelah dua minggu Fara di hospital, akhirnya dia dibenarkan pulang. Itu pun selepas puas dia pujuk doktor yang merawat dia. Bosan betul dia di hospital. Sudahlah dia susah nak bergerak. Lagi lah bosan dia di hospital itu. Asyik terperap je dalam wad sendiri.

Tiba saja dirumahnya, terlihat kesemua kawan baik ibunya sudah tiba disitu. Afiq turut berada disitu. Mungkin dia datang bersama umi dan abahnya. Kalau ikutkan hati Fara, mahu saja dia halau Afiq keluar. Tapi dia masih hormatkan ibu bapa Afiq. Puan Bella dan Tuan Adam tak ada masalah dengan dia.

Fara hanya diam termenung di kerusi rodanya. Mendengar perbualan orang tuanya. Sekali sekala dia menyampuk apabila ditanya.

“Fara, Azri ada call atau mesej kamu?” soal Puan Fazlin.

Mendengar pertanyaan itu, membuatkan lidah Fara kelu. Tak tahu nak beri jawapan apa. Semalam dia ada mesej Azri. Tapi hanya makian yang dia dapat. Mungkin Azri masih marahkan dia.

“A…ada,” jawab Fara. Bibir pula mengulum senyuman tawar.

Afiq pula hanya memerhati yang nampak agak gelisah ditanya begitu. Mesti ada sesuatu yang Fara sorokkan.

“Azri ada cakap apa-apa ke?” soal Puan Fazlin lagi.

“Tak ada.”

“Betul ni Fara?” soal Puan Fazlin untuk kepastian.

“Ibu, boleh tak kita jangan cakap pasal Azri?” pinta Fara. Dia malas nak buka cerita tentang Azri.

“Mana boleh. Ibu kena bercakap juga. Majlis perkahwinan Fara ada seminggu lagi. Ibu perlu tahu apa status hubungan kamu dengan Azri. Sama ada nak tangguh dulu atau macam mana. Ibu kena tahu semua tu.”

“Ibu, please…Fara taknak serabutkan kepala Fara lagi.”

“Kenapa? Azri buat hal dengan kamu ke? Sampai kamu tak nak ibu berbincang tentang Fara dengan Azri?”

“Fara dengan Azri okay. Cuma…”

“Cuma apa Fara?” Puan Fazlin lebih pantas menyoal.

“Sayang, cuba bawa bertenang sikit. Biarlah Fara habiskan apa yang dia nak cakap tu.”

“Betul tu, Faz. Cuba bagi peluang dekat Fara dulu.” Puan Ayana pula menyampuk.

“Maaf mengganggu Pak Tengku, Puan Fazlin. Ini ada yang mahu berjumpa bapak dan puan,” kata bibik Santi sebaik tiba disitu.

“Siapa bibik?” soal Tengku Fahrin.

Mata mereka tertumpu pada seorang lelaki muda di belakang bibik Santi. Mata Fara juga melihat lelaki itu. Seperti dia pernah melihat lelaki itu. Kalau tak silap dia itu PA Datin Mazwin. Tapi dia lupa nama lelaki itu.

“Assalamualaikum Tengku, Che Puan. Saya Irfan. PA kepada Datin Mazwin.” Lelaki itu memperkenalkan diri.

Tengku Fahrin dan Puan Fazlin saling berpandangan. Apa pula hajat PA Datin Mazwin ke mari?

“Wah, Datin Mazwin pasang pucuk muda ke sekarang?” Tuan Hafiz memerli. Tuan Adam dan Tuan Emir pula menyorokkan senyum. Bukan mereka tak tahu Datin Mazwin suka pasang scandal sana sini.

Irfan hanya menunduk malu. Bukan pertama kali dia diperli begitu. Kalau bukan sebab dia memerlukan duit, dia pun dah lama berhenti kerja. Tak sanggup selalu di cop sebagai scandal Datin Mazwin. Padahal dia bukan jenis yang macam tu.

“Ada urusan apa awak datang ke sini?” soal Tengku Fahrin.

“Saya datang ke sini untuk menyampaikan sesuatu. Daripada Datin Mazwin dan Tuan Azri sendiri,” kata Irfan.

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now