Lydia melangkah menuju ke ruang makan. Namun langkahnya terhenti bila melihat Puan Bella dan Tuan Adam masih berada disitu. Adik bongsu Afiq turut berada disitu. Dia sengaja turun lewat kerana tak mahu berjumpa sesiapa. Dia segan.
"Lydia, jomlah makan sekali." Puan Bella mempelawa.
"Bo...boleh ke?" Lydia bertanya. Manalah tahu kehadirannya tidak diterima disitu.
"Bolehlah. Apa yang tak bolehnya? Marilah, duduk sini."
Lydia tersenyum lalu melabuhkan punggung disebelah Puan Bella.
"Lydia nak makan apa? Ada mee goreng. Lydia nak makan mee goreng?"
"Mana-mana je, aunty. Lydia makan semua," kata Lydia.
Puan Bella mengangguk lalu meletakkan mee goreng itu ke dalam pinggan. Lydia hanya memerhati Puan Bella yang sedang meletakkan mee ke dalam pinggannya. Kenapa Puan Bella begitu baik pada dia?
"Rasanya dah boleh panggil umi. Nanti Lydia akan jadi isteri Afiq. By the way, mee goreng yang umi masak ni, favourite Afiq." Ramah saja Puan Bella bercerita.
Mutiara jernih mula jatuh ke pipi mulus Lydia. Layanan Puan Bella pada dia, buatkan dia rindu pada mamanya.
"Eh? Kenapa Lydia menangis?" soal Puan Bella risau. Tuan Adam turut risau bila air mata Lydia makin lebat turun ke pipi.
"Lydia rindukan mama Lydia," ujar Lydia. Puan Bella mengukir senyuman sebelum dia menarik Lydia ke dalam pelukan.
"Sekarang Lydia ada umi. Umi pun ibu Lydia," kata Puan Bella.
Lydia melepaskan pelukan. Wajah bersih Puan Bella dia pandang teliti.
"Kenapa umi layan masih layan Lydia dengan baik? Sedangkan Lydia dah hancurkan rumah tangga anak dan menantu umi. Umi tak salahkan Lydia ke?" soal Lydia.
"Tak ada siapa yang perlukan disalahkan, Lydia. Umi percaya yang Lydia tak salah. Afiq tak salah, Fara pun tak salah. Keadaan yang memaksa korang bertiga jadi macam ni."
"Tapi Lydia tetap jadi orang ketiga dalam hubungan Afiq dan Kak Fara."
"Lydia, berhenti salahkan diri sendiri. Umi taknak salahkan sesiapa. Sudah, jangan sebut tentang ni lagi. Faham?"
Lydia mengangguk faham. Bibir pula cuba diukir dengan senyuman manis. Lega sikit hatinya bila keluarga Afiq tak menyalahkannya.
Melihat Atiq Naqiudin yang sedang duduk gazebo, Lydia melangkah mendekati. Sejak dia datang ke rumah ini, tidak sekali pun dia berbicara dengan adik bongsu Afiq. Atiq selalu menjauhkan diri daripadanya.
"Hai, Atiq." Lydia menyapa. Atiq hanya mendongak memandangnya sebelum kembali fokus pada telefon bimbitnya.
"Atiq bencikan saya ya?" soal Lydia.
"No," jawab Atiq tanpa memandangnya.
"Tapi kenapa Atiq macam tak suka saya?"
Atiq angkat kepala memandang Lydia lagi."Untuk soalan akak tu, Atiq tak boleh nak jawab. Atiq ada alasan ke untuk menyukai akak yang dah musnahkan rumahtangga along? Tak suka, tetap tak ada alasan juga sebab Atiq tahu akak tak salah pun. Atiq masih confuse. Atiq tak tahu apa yang patut Atiq buat. Atiq harap akak tak terasa dengan cara Atiq macam ni," jelas Atiq.
"Tak apa. Saya faham. Kalau Atiq nak bencikan saya pun tak kisah. Saya layak dibenci sebab dah musnahkan rumah tangga Afiq."
"Umi dah cakap tadi, jangan salahkan diri akak. Abaikan Atiq. Akak fokus pada diri akak je. Atiq takkan ganggu hidup akak pun. Cuma Atiq nak minta maaf kalau layanan Atiq pada akak kurang baik,"
"Hmm it's okay." Lydia tersenyum tawar. Nak sedih? Tak ada guna juga.
Sekurangnya Atiq jujur dengan dia kenapa dia dilayan sebegitu. Dia pun tak salahkan Atiq. Dia sedar silapnya.
"Saya masuk dulu, nak tolong umi." Lydia bangun kemudian meninggalkan Atiq.
Atiq hanya memandang Lydia yang berlalu pergi. Nafas pula dihela perlahan. Dia masih tak boleh nak terima dengan apa yang berlaku. Tapi timbul rasa kesian pada Lydia. Dia tak patut berikan layanan begitu pada Lydia.
Pintu kereta ditutup sebelum Afiq berjalan masuk ke dalam rumah ibunya. Kelibat Lydia pula dicarinya.
"Atiq, Lydia mana?" soal Afiq bila adiknya melintas dihadapannya.
"Entah, dapur kot. Dengan umi," jawab Atiq sebelum dia menuju ke biliknya.
Afiq mengangguk sebelum menuju ke dapur. Terhenti langkahnya bila menangkap suara Lydia yang sibuk bercerita tentang dirinya pada umi.
"Afiq tu memang baik umi. Sebab tu Lydia sukakan dia. Lydia ingat lagi, waktu tu mama Lydia masuk hospital lagi. Afiq temankan Lydia dekat hospital tu. Waktu tu Lydia memang sedih sangat-sangat sebab terlalu risaukan mama. Tapi Afiq berusaha untuk buat Lydia ketawa. Afiq bagi satu teka-teki dekat Lydia,"
"Kenapa gajah dinamakan gajah? Puas Lydia fikir jawapan tapi semua salah. Umi nak tahu apa jawapan yang Afiq bagi?"
"Apa jawapannya?" umi menyoal.
"Sebab kalau harimau, nama dia harimau lah. Harimau takkan jadi gajah. Dan gajah takkan jadi harimau. Lydia tak tahu apa yang kelakar dengan jawapan tu tapi Lydia ketawa. Sebab bagi Lydia jawapan tu mengarut gila. Mana ada orang bagi teka teki macam tu. Walaupun teka-teki tu tak lucu, tapi effort Afiq nak buat Lydia happy tu buatkan Lydia ketawa."
Bibir Afiq mengukir senyuman mendengarnya. Tak sangka Lydia masih ingat teki-teki mengarut dia tu. Afiq berdehem sebelum dia melangkah ke dapur. Lydia dan Puan Bella berpaling bila mendengar suara itu.
"Seronok bercerita. Cerita tentang apa?" soal Afiq.
"Lydia ni cerita tentang..."
"Tentang gajah. Saya cerita tentang gajah. Besar gajah tu umi. Lebih besar dari Lydia," laju Lydia memotong percakapan Puan Bella. Tak mahu Afiq tahu yang dia sedang bercerita tentang lelaki itu.
Afiq pula hanya mengangguk menerima jawapan itu. Biarlah dia dah tahu apa yang diceritakan oleh Lydia tadi.
"Kenapa Afiq datang sini?" soal Puan Bella pada anaknya.
"Afiq nak bagi Lydia ni," beg kertas ditangannya Afiq serahkan kepada Lydia.
"Apa ni?" soal Lydia pula.
"Baju untuk awak pakai waktu nikah nanti. Dalam tu ada shawl dengan bawal sekali. Pilihlah nak pakai yang mana satu," kata Afiq.
"Oh by the way, tadi uncle Emir call saya. Lagi 4 hari kita akan nikah," kata Afiq lagi.
"Kenapa cepat sangat?" soal Lydia.
"Uncle cakap, kebetulan tarikh tu ada kekosongan. Saya pun okay je. Ke awak tak okay?"
"Tak adalah. Saya okay je," kata Lydia pula.
"Afiq..." Panggil Lydia.
"Hmm? Kenapa?"
"Awak taknak batalkan perkahwinan ni?" Lydia menyoal. Afiq dan Puan Bella saling berpandangan. Nafas ditarik dalam sebelum Afiq menjawab soalan itu.
"Persiapan dah buat, kita teruskan sajalah. Fara tu nak sangat saya kahwin dengan awak. Lagi pun, saya pernah berjanji dengan arwah mama awak yang saya akan kahwin dengan awak. Anggap jelah saya sedang tunaikan permintaan terakhir mama awak."
"Mama saya tak cakap pun yang dia nak kita kahwin. Dia cuma minta awak jagakan saya,"
"Saya rasa lagi mudah untuk saya jaga awak kalau awak jadi isteri saya."
"Tapi saya boleh jaga diri saya,"
"Lydia, saya tahu awak tak nak pun semua ni berlaku. Tapi tolonglah, jangan serabutkan kepala saya lagi. Kita teruskan je perkahwinan ni," kata Afiq tegas
Terdiam Lydia bila Afiq mula tinggikan suara. Tahulah dia Afiq tu sedang menahan emosi. Mungkin akibat terlalu stress memikirkan masalah. Kerana setahu dia, Afiq jarang nak tinggikan suara.
YOU ARE READING
Takdir Yang Istimewa
Romance1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yan...