Afiq dan Eriq sama-sama hirup udara Malaysia. Finally, sampai juga diorang ke Malaysia. Rindunya dekat tanah tumpahnya darah mereka ni. Banyak yang dah berubah.
“I miss you, Malaysia. Baru sesaat jejak kaki ke bumi Malaysia. Rasa macam dah taknak balik Perth,” ujar Eriq. Afiq pula ketawa kecil melihat Eriq. Melebih pula si Eriq ni.
“Ada-ada jelah kau. Bukan ke sebelum kita naik flight tadi kau kata kau akan merindui Perth? Kau memang sejenis yang cakap tak serupa bikin, kan?”
“Hujan emas dinegara orang. Hujan batu dinegara sendiri. Walaupun aku rindukan Perth. Tapi aku tetap cintakan Malaysia.”
“Apa kata kau cari isteri cepat-cepat. Nanti kau ada alasan untuk selalu balik Malaysia,”
“Cakap aku pula. Kau tu patutnya kahwin. Aku muda lagi. Baru 24 tahun,”
“Habis aku? Kau lupa ke aku ni sama umur je dengan kau?”
“Tapi sekurangnya aku lahir bulan november. Kau lahir bulan januari kan? So, kau kahwin dulu.”
“Suka hati kau lah.” Afiq berpaling ke depan. Saat itu, bibirnya mengukir senyuman bila melihat dua keluarga yang berada didepan mata. Keluarga dia dan keluarga Eriq.
“Abang Afiq!” jerit Haura. Adik bongsu Eriq. Afiq ketawa kecil. Adik bongsu Eriq tu memang minat betul dengan dia.
Pantas Haura berlari ke arah Afiq. Siap depakan tangan nak peluk Afiq. Namun, Eriq lebih pantas menolak Afiq. Biar Haura peluk dia. Jangan Afiq.
“Eee abang Eriq ni. Haura nak peluk abang Afiq lah.” Haura tolak Eriq menjauh dengan wajah masamnya. Eriq buat tak kisah. Dia peluk Haura semula. Kali ni lebih erat. Haura pula sudah pasrah. Dia tahu abang dia tu kisah pasal dia. Dia dah besar. Mana boleh peluk lelaki lain sesuka hati. Dia pula saja-saja tadi.
Afiq tersenyum lagi. Terhibur dengan kelakuan Eriq dan Haura. Eriq tu ego tinggi. Cakap je tak sayang adik-adik dia. Tapi dialah paling kisah tentang adik-adik dia. Aktiviti adik-adik dia? Semua dipantaunya.
“Umi dengan abah sihat?” soal Afiq sebaik saja dia mencium kekura tangan umi dan abahnya.
“Kami sihat. Afiq tu sihat tak?” soal Puan Bella pada anak sulungnya itu. Afiq tersenyum lebar sebelum menjawab.
“Afiq sihat je, umi. Afiq rindukan umi dengan abah,” luah Afiq. Memang itu yang dia rasakan. Dia terlalu rindukan umi dan abahnya. Selalu je dia video call dengan umi dan abah dia. Tapi video call tu tak sama dengan jumpa depan-depan.
“Kalau rindu kenapa lama sangat tak balik Malaysia?” soal Tuan Adam pula.
“Bukan taknak balik, abah. Afiq banyak kerja dekat sana. Afiq baru je mula kerja dekat sana. Memang banyak benda yang Afiq kena buat.”
“Kamu dapat kerja tu tak sampai setahun lagi Afiq. Selebihnya tu, takkan tak ada masa langsung nak balik Malaysia?” soal Tuan Adam lagi.
Afiq tersenyum saja. Dia tahu umi dan abah rindu padanya. Oleh kerana itulah, abah tanya soalan macam tu. Abah ingat dia sengajalah tu taknak balik. Tapi takkan pula dia nak bagitahu umi dan abah yang dia taknak balik Malaysia sebab kekasih dia?
“Sudahlah tu. Asyik menyoal Afiq je. Kesian dia. Baru je sampai Malaysia dah kena soal itu ini. Biarlah dia balik rumah dulu. Rehat dulu. Baru tanya soalan macam tu,” sampuk Puan Hanan membuatkan Afiq ketawa kecil. Aunty Hanan memang memahaminya.
Waktu kecil dulu, kalau Afiq merajuk dengan umi dia, rumah Aunty Hanan yang ditujunya.
“Thank you, Aunty Hanan. Kalau tidak, memang Afiq kena bermalam dekat airport ni agaknya.” Afiq tayang wajah sugul. Kononnya sedih dengan nasibnya bila umi abah asyik menyoal soalan yang dia sendiri tak boleh nak jawab.
YOU ARE READING
Takdir Yang Istimewa
Romance1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yan...