BAB 49

3.1K 78 5
                                    

Pukul 3 pagi, Afiq bangun dari tidurnya untuk solat isyak. Tamat saja aktiviti semalam, dia terus masuk ke bilik hotel dan tertidur. Nasib baik juga dia terjaga semula. Kalau tidak, memang terlepas solat isyak dia. Sempat dia sambungkan telefonnya ke pengecas sebelum menuju ke bilik air. Telefon dah habis bateri.

Usai saja dia solat, dia kembali ke katil. Telefon yang bersambung dipengecas dia hidupkan. Terkejut bila dia lihat 100 missed call dari nombor telefon Lydia. Terus membulat matanya saat membaca mesej yang dihantar oleh Lydia yang mengatakan bahwa Fara telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Cepat-cepat Afiq kemaskan barang kemudian dia terus check out dari hotel itu. Dia sepatutnya dengar kata Lydia. Kalau dia tak datang ke Pahang, dia mungkin dapat temankan Fara dalam labour room.



MATA FARA dibuka perlahan. Dia pandang sekiling wad itu. Bibirnya pula mengucapkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas. Dia memandang katil bayi yang berada disebelahnya. Perlahan-lahan dia bangun dan melihat bayinya yang masih tidur nyenyak. Bibir menguntum senyum.

"Anak mama..." ujar Fara perlahan. Mutiara jernah gugur jua ke pipinya. Sebak kerana dia masih berpeluang untuk melihat anaknya.

"Bangunlah, sayang...mama nak susukan awak. Mama tak sempat nak susukan awak lagi." Fara berkata lagi.

"Kak Fara dah sedar?" soal Lydia yang baru keluar dari bilik air. Fara membalas dengan senyuman.

"Kak Fara dah ada nama ke untuk baby?" Fara mengangguk perlahan.

"Nuryn Maleeqa, nama dia." Fara berkata sambil tersenyum.

"Cantik nama dia. Macam tuan dia, comel je. Tengah tidur pun nampak comel. Tapi sayang, muka dia macam Afiq, kak. Hilang sudah kecomelan dia," kata Lydia sebelum dia ketawa kecil. Fara turut tertawa sama.

"Tapi baby, kenapa awak nak keluar awal sangat. Kalau awak keluar hari ni, nanti boleh jadi geng dengan mama dan papa awak. Hari ni hari lahir diaorang. Anniversary pun ya juga. Betapa istemewanya hari ni," kata Lydia sambil mencuit lembut pipi bayi itu.

"Sebolehnya, Kak Fara memang taknak Nuryn lahir tarikh sama dengan kami. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa akak. Dia lahir awal sehari," kata Fara.

"Kenapa kak Fara taknak dia lahir di tarikh yang sama dengan akak?" soal Lydia.

"10 januari, biarlah ia jadi tarikh yang istimewa untuk Kak Fara dengan Afiq je. Biarlah anak akak menjadi istimewa pada hari lain," kata Fara lagi.

"Oh faham," kepalanya dianggukkan beberapa kali.

"Kak, terima kasih tau sebab bertahan. Lydia dah cakap yang akak kuat. Kak Fara mampu untuk melawannya. Demi Nuryn Maleeqa." Fara sekadar tersenyum membalasnya.

"Oh lupa cakap. Afiq ada call Lydia. Dia cakap dia dah on the way balik sini. Lepas tu, umi abah and family akak akan datang petang nanti. Diorang baru sampai Malaysia. Jadi diorang nak rehat dulu sebelum datang sini," jelas Lydia. Fara mengangguk faham.

"Lydia dah makan?" Fara menyoal.

"Belum lagi. Sekejap lagilah Lydia makan,"

"Pergilah makan. Kesian Lydia, temankan akak sejak semalam lagi. Semalam pun Lydia tak sempat nak makan apa-apa,"

"Tak apalah. Nanti pun Lydia boleh makan. Lagi pun Lydia taknak tinggalkan akak seorang diri," kata Lydia lagi.

"Tak apa. Kak Fara okay je duduk seorang diri. Pergilah,"

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now