BAB 9

1.5K 78 2
                                    

Afiq Naufal merenung tubuh Fara yang kaku itu. Sejak semalam, dirinya diselubungi rasa bersalah. Kalaulah dia tak berniat nak kejar kereta itu dan kucing tu tak melintas tiba-tiba. Pasti semua ni takkan  berlaku. Puncanya daripada dia. Dia penyebab Fara lumpuh.

“Maafkan aku, Fara.”

Afiq cuba untuk menahan sesak didada. Bagaimana Fara nak meneruskan hidup selepas ni?

Afiq Naufal genggam penumbuk. Perlahan-lahan dia angkat sebelum dihayunkan ke muka sendiri. Sekuat tenaganya.

“Kau bodoh Afiq! Kau bodoh!”

Matanya dipejam rapat menahan sakit. Tumbuk sendiri pun boleh tahan sakit. Berkali-kali Afiq tumbuk wajah sendiri.

“Kau punca Fara jadi macam ni. Kau punca! Kau memang bodoh, Afiq!”

Afiq layangkan penumbuk ke dada pula. Berkali-kali. Kalau orang lain tengok keadaan dia sekarang, mesti sudah dianggap gila.

“Astaghfiruallahazim, Afiq!” pantas Tengku Fahmi mendekati dan cuba menenangkan Afiq.

Melihat Tengku Fahmi, terus Afiq duduk melutut. Terkejut Tengku Fahmi bila Afiq tiba-tiba melutut didepannya.

“Abang Fahmi…Afiq minta maaf. Afiq tahu Afiq salah. Afiq punca Fara jadi macam ni. Maafkan Afiq. Maafkan Afiq, abang Fahmi,”

Tengku Fahmi garu kepala. Kenapa pula Afiq tiba-tiba meminta maaf padanya. Tengku Fahmi pegang bahu Afiq supaya berdiri semula.

“Kenapa dengan Afiq ni? Afiq okay ke tidak?” soal Tengku Fahmi.

“Afiq tahu abang Fahmi marahkan Afiq. Afiq betul-betul minta maaf,” tak berhenti air mata Afiq mengalir. Lencun sampai ke baju.

“Abang tak faham. Kenapa abang nak kena marah Afiq?” soal Tengku Fahmi kebingungan.

Afiq kesat air mata yang mengalir. Dia pula yang hairan bila Tengku Fahmi bertanya begitu. Bukan ke Tengku Fahmi marahkan dia?

“Abang Fahmi…tak…marahkan Afiq?” soal Afiq teragak-agak.

“Marah? Untuk apa? Kenapa pula abang nak marahkan Afiq?” soal Tengku Fahmi pula.

“Sebab…sebab Afiq Fara jadi macam ni. Abang Fahmi mesti marahkan Afiq,” kata Afiq lagi.

“Bila masa pula abang marahkan Afiq? Abang tak marah pun. Ibu dengan ayah abang pun tak marahkan Afiq. Buat apa pula abang nak marahkan Afiq?”

“Tapi dalam mimpi Afiq…abang Fahmi marahkan Afiq,” kata Afiq perlahan.

Terlepas tawa Tengku Fahmi mendengarnya. Disebabkan mimpi Afiq boleh fikir sebegitu? Sangat tak masuk akal.

“Itukan mimpi. Abang Fahmi tak marahkan Afiq pun.”

Tengku Fahmi menggelengkan kepalanya. Banyak sangat yang difikirkan Afiq Naufal sehingga dia berfikiran seperti itu.

“Be…betul ni abang Fahmi tak marahkan Afiq?” soal Afiq ragu-ragu.

“Tak. Abang Fahmi tak marah. Afiq pergilah balik ke wad Afiq. Rehat dulu. Tenangkan fikiran Afiq tu. Afiq mesti banyak fikir ni.”

Afiq mengangguk perlahan sebelum melangkah lemah keluar dari wad yang menempatkan Fara.

Tengku Fahmi hanya memandang Afiq yang sudah hilang disebalik pintu. Dia mengeluh perlahan sebelum melabuhkan punggung di sofa. Hari ni giliran dia menjaga Fara. Dia memang mengambil cuti selama seminggu untuk menjaga Fara. Nasib baik bulan ni dia tak ada kes yang perlu diuruskan dimahkamah. Yang  ada hanya kes kecil. Perbicaraan yang sepatutnya dijalankan minggu depan pun ditangguhkan. Menjadi peguam tidak begitu mudah baginya. Pernah juga dia terfikir untuk berhenti. Tapi sampai sekarang masih juga dia meneruskan kerja itu.

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now