PERINGATAN: TRIGGER WARNING
Buka saja pintu, Azri melihat ibunya sedang menanti diruang tamu. Pasti ada sesuatu yang ingin dibicarakan. Kalau tidak, mana mungkin ibu akan menunggu kepulangannya. Azri menghela nafas berat dan mengabaikan sahaja ibunya itu.
"Azri, mummy nak cakap sikit dengan you." Seperti yang diduga, ada sesuatu yang akan dikatakan oleh ibunya.
"Apa dia, mummy. Azri penatlah."
"Penat buat apa? Office tu, Azri dah lama tak masuk kerja. Semua kerja mummy yang kena uruskan. Azri pergi mana sebenarnya?"
"Bukan masalah you, mummy. Tak payah nak sibuk hal Azri."
Datin Mazwin menghembus nafas perlahan sebelum dia bangun menghampiri anaknya.
"Tadi Tengku Fahrin datang office. Dia cakap Azri masih ganggu anak dia. Betul ke?" Datin Mazwin menyoal.
"Kalau Azri masih ganggu Fara sekali pun, bukan masalah you. Suka hati Azri lah."
"Azri, mummy dah cakap jangan cari Fara lagi. Perempuan tu tak beri keuntungan pun pada you. Dia cuma akan bawa nasib malang je dalam hidup you!"
"Mummy, jangan masuk campur urusan Azri boleh tak?"
"Mummy kena juga. Sekarang mummy nak tanya, siapa pula perempuan yang bernama Lydia Qairina tu? Apa urusan you dengan dia? Tengku Fahrin cakap you hampir rogol dia. Kenapa perlu buat sampai macam tu sekali? Kalau you rogol dia, silap nanti you boleh masuk penjara tahu tak?"
"Perempuan tu isteri kedua suami Fara. Perempuan tu buat kacau dalam plan Azri. Kalau perempuan tu tak ada, mungkin sekarang Azri dah dapatkan Fara semula."
"Jadi you hampir rogol dia hanya sebab dia rosakkan plan you untuk dapatkan Fara? Dah tak ada perempuan lain ke yang you nak Azri? Ramai lagi perempuan yang bagus untuk you! Kenapa Fara juga yang you nak?"
Abaikan kata-kata ibunya, Azri melangkah ke dapur pula. Malas dia nak dengar bebelan ibunya."Azri, mummy tak habis cakap lagi." Datin Mazwin mengikuti langkah anaknya ke dapur.
"Stop it, mummy."
"Mummy nak Azri berhenti cari Fara lagi. Kalau dia balik pada Azri sekali pun, mummy takkan terima dia sebagai menantu mummy."
"I don't care!" Tengking Azri.
"Kalau Azri cari dia lagi, mummy takkan teragak-agak untuk hapuskan dia."
Azri mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata ibunya. Yakin betul ibunya berkata."What? Mummy nak hapuskan Fara? Really? Apa kata kalau Azri yang hapuskan mummy dulu? Seronok juga. Nanti tak ada orang yang akan ganggu plan Azri." Azri berkata sambil mencapai pisau dapur yang tidak jauh darinya. Bibir menarik senyuman sinis.
"Azri, you jangan nak main-main lah. Pisau tu tajam Azri. Letak balik," kata Datin Mazwin sambil kakinya perlahan mengundur.
"Tajam dapat mengurangkan kesakitan, mummy. Mummy nak cuba?" Gaya Azri tak ubah seperti lelaki psikopat.
Datin Mazwin mengundur lagi sehingga belakangnya terlanggar dinding. Makin pucat mukanya bila Azri mendekat. Tak tahu nak lari ke mana lagi.
Sebaik saja Azri berdiri didepan ibunya, bibir melakar senyuman sinis lagi. Dengan renungan matanya yang tajam. Memang tak ubah seperti orang gila. Pisau itu dia lalukan di setiap lekuk tubuh Datin Mazwin. Makin mengigil Datin Mazwin dibuatnya.
"Azri dah pesan dekat mummy, jangan masuk campur urusan Azri. Tapi mummy degil. Nak hapuskan Fara? Jangan harap," kata Azri kemudian dia menusuk abdomen Datin Mazwin dengan pisau itu. Terbuka luas mulut Datin Mazwin saat menerima tusukan itu.
YOU ARE READING
Takdir Yang Istimewa
Romance1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yan...