Special Chapter 3 (SIDE STORY)

1.7K 55 1
                                    

Lydia sekadar menjadi pemerhati Aniq yang sedang bermain bersama Nuryn. Nafas dihela perlahan. Dah 5 bulan berlalu. Tapi dia masih juga tak berikan jawapan pada Aniq. Patut ke dia terima Aniq? Dia akui, Aniq memang lelaki yang baik. Dia bukan nak membanding, tapi cara Aniq layan dia jauh lebih baik dari Afiq. Dia boleh nampak keikhlasan dalam diri Aniq.

Aniq pun nampak seperti seorang yang penyayang. Cara Aniq menjaga Nuryn buat dia tersentuh. Tapi hingga kini, dia masih belum menemukan jawapan untuk lamaran Aniq.

Aniq memandang Lydia dengan ekor matanya. Bukan dia tak perasan yang Lydia sedang tengok dia. Lama pula tu. Kalau berkenan tu cakap.

"Ehem!" Aniq berdehem membuatkan Lydia cepat-cepat mengalihkan pandangan.

"Seronok ke tenung saya?" tanya Aniq tanpa memandang Lydia.

"Awak tanya saya ke?" tanya Lydia kembali.

"Taklah, saya tanya Nuryn ni. Nuryn seronok ke tenung daddy? Daddy handsome sangat ya? Sampai tak berkelip ya mata tu tengok daddy," terkekeh-kekeh Nuryn ketawa seakan faham apa yang ditanya oleh Aniq. Memang betullah kot daddy dia handsome.

Aniq pandang Lydia. Kini anak mata mereka saling bertemu.

"Ada sesuatu ke yang awak nak cakap dengan saya?" Aniq menyoal lagi.

"Eerrrr tak ada," jawab Lydia sebelum dia mengukir senyuman tawar.

"Betul ni?" soal Aniq untuk kepastian.

"Eerrr saya tanya sikit je." Lydia membetulkan duduknya.

"Tanyalah banyak pun. Saya sudi jawab soalan awak,"

"Awak serius ke nak kahwin dengan saya?" soal Lydia.

Aniq tersenyum mendengar soalan Lydia.

"Kenapa? Awak tak percayakan saya?" Soalan berbalas soalan.

"Bukanlah macam tu. Saya cuma perlukan alasan yang kukuh kenapa awak nak kahwin dengan saya,"

"Kahwin ni satu ibadah. Dan hati saya memilih awak untuk sempurnakan ibadah saya," jawab Aniq.

Laju jantung Lydia berdegup mendengar jawapan Aniq. Tak sangka pula ini jawapan yang Aniq berikan.

"Saya tak tahu alasan macam mana yang awak nak tu. Tapi saya ikhlas cintakan awak. Pertama kali saya jatuh hati pada awak adalah 7 tahun lepas. Saya tahu kita masih muda untuk bina rumah tangga. Tapi saya betul-betul ikhlas nak kahwin dengan awak," tambah Aniq lagi.

"Ini bukan soal kahwin muda, Aniq. Awak jangan lupa pula yang saya pernah kahwin dengan Afiq. Kahwin muda atau tidak itu bukan masalah saya,"

"Habis tu, apa masalahnya?"

"Saya boleh percayakan awak ke? Itu masalah saya," kata Lydia.

Aniq tersenyum nipis.

"Baiklah, jangan percayakan saya."

Berkerut dahi Lydia mendengar kata Aniq. Macam tu je Aniq bagi jawapan untuk masalah dia tadi.

"Jangan pernah percayakan saya. Saya cuma manusia biasa. Saya mungkin akan menyakiti hati awak. Saya mungkin akan melakukan kesalahan dan membuat awak terluka. Sebab saya sedar saya tak sempurna," sambung Aniq lagi.

"Kenapa awak cakap macam tu? Bukan ke awak sepatutnya kena tambahkan keyakinan saya?"

"Macam mana pula kalau saya berikan awak harapan palsu? Saya tambahkan keyakinan awak untuk percayakan saya, tapi akhirnya saya tetap menyakiti awak? Orang cakap...jangan terlalu berharap, nanti sakit. Sama juga dengan kepercayaan. Kalau awak terlalu percayakan saya, nanti awak juga yang terluka kalau saya tipu awak."

Terkedu Lydia mendengar jawapan Aniq. Dan jawapan itu sedikit menyentuh hati Lydia.

"Awak bukan bagi ayat ni sebab nak ambil hati saya kan?"

"Awak jatuh hati ke saya bagi ayat macam tadi?" soal Aniq.

Lydia alihkan pandangan. Tak sanggup dia nak bertatap mata dengan Aniq. Aniq pula ketawa kecil. Seronok pula dia tengok wajah Lydia yang mula bertukar merah.

SUDAH MENJADI kebiasaan untuk Lydia bangun di tengah malam untuk mencari Aniq. Sejak usia satu bulan hingga kini, Nuryn akan terjadi dan mahukan Aniq yang dodoikan dia. Bila dibawa untuk tidur dengan Aniq terus dia tak mahu. Nak juga cari mummy dia.

Pintu diketuk terlebih dulu sebelum ia dibuka dari dalam. Terlihat Aniq yang sedang berdiri dengan memakai kain pelikat, berbaju melayu serta berkopiah. Lydia memandang Aniq dari atas ke bawah. Apa hal malam ni bertutup. Selalunya terdedah.

"Awak taknak masuk sekali?" soal Aniq.

"Dah kenapa pula awak nak ajak saya masuk sekali? Gila ke apa?" Lydia menyoal geram.

"Dah tu awak pandang saya macam tu? Macam nak telan,"

"Awak tu, kenapa malam ni bertutup? Selalu terbuka sana sini?" soal Lydia.

"Saya bertutup pun awak persoalankan. Ke awak nak saya buka?" soal Aniq pula sambil mengambil Nuryn dari Lydia.

"Tak adalah macam tu. Cuma pelik tiba-tiba awak bertutup. Selalunya awak seksi,"

"Saya seksi ke?" Aniq menyoal sambil tersenyum nakal.

"Eh dia ni. Mulalah tu nak menggatal." Lydia mendengus geram.

Aniq pula ketawa kecil apabila dapat mengusik Lydia. Siapa suruh jujur sangat? Dia seksi? Memang jarang orang cakap macam tu pada dia.

"Saya baru siap solat isyak tadi. Terbabas tidur lepas maghrib tadi. Penat sangat balik kerja. Kalau ada isteri bolehlah isteri urutkan badan yang lenguh ni," kata Aniq sambil mengerling Lydia dengan ekor mata.

"Kahwinlah," kata Lydia.

"Awak nak kahwin dengan saya ke?" Aniq menyoal Lydia.

"Kahwinlah dengan orang lain,"

"Awak taknak kahwin dengan saya?"

"Hmm taknak," jawab Lydia.

"Awak betul ni taknak kahwin dengan saya?" soal Aniq lagi untuk kepastian.

"Ya, saya taknak kahwin dengan awak. Awak carilah perempuan lain untuk jadikan isteri,"

"Lydia...awak fikirlah balik keputusan awak ni. Awak yakin ke ni?"

"Saya rasa awak dah dapat jawapan tu. Jadi tak payah lagi awak sibuk tanya saya tentang perkahwinan tu,"

"Tapi kenapa Lydia?"

"Sebab saya dah ada orang lain. Hati saya dah ada penghuni. Saya minta maaf,"

"Apa kurangnya saya, Lydia?"

"Awak terlalu sempurna untuk saya,"

"Habis tu awak nak cari seseorang yang ada cacat cela?"

"Saya tak cakap pun,"

"Dah tu?"

"Itu keputusan saya nak memilih sesiapa pun. Awak tak ada hak nak halang,"

Aniq mengangguk faham. Betul kata Lydia. Dia tak ada hak nak halang. Anggap sajalah dia dan Lydia tak ada jodoh.

"Saya nak masuk bilik dulu," kata Lydia sebelum dia melangkah pergi.

Aniq hanya memandang Lydia kosong. Jawapan yang Lydia berikan. Sangat mengecewakan hatinya.

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now