Nafas ditarik sedalam-dalamnya seblum dia dihembus. Daun pintu biliknya Afiq tolak perlahan. Mata pula menangkap sosok tubuh Fara yang sedang duduk di birai katil. Dengan berhati-hati dia melangkah menghampiri.
Fara mendongak memandang Afiq yang sedang berjalan menghampiri. Sedaya upaya menahan diri untuk tidak menangis.
"Sekarang giliran aku ke untuk dengar penjelasan kau?" Fara terlebih dahulu bersuara.
Afiq mengambil tempat untuk duduk dilantai. Tangan Fara dicapai sebelum digenggam erat.
"Sebelum aku jelaskan semuanya pada kau, aku nak minta maaf dengan kau. Apa yang aku akan jelaskan nanti, mungkin akan mengecewakan kau."
"Kau cakap sajalah. Siapa perempuan tadi?"
"Lydia Qairina. Dia kekasih aku sebelum aku kahwin dengan kau." Afiq pejam rapat matanya.
"Tak, dia masih kekasih aku sampai ke hari ni. Aku tak pernah putuskan hubungan aku dengan dia selepas aku berkahwin dengan kau. Tapi tadi, dia sendiri yang dah putuskan hubungan kami."
Air mata mula bertakung ditubir mata Fara. Hatinya rasa bagai dihiris-hiris. Sakitnya bila tahu Afiq menyimpan perempuan lain dibelakangnya.
"Kau cakap kau cintakan aku, tapi kenapa kau bercinta dengan dia? Dia siapa pada kau? Dan kenapa kau perlu berhubungan dengan dia sedangkan kau dah kahwin? Kau tipu aku, Afiq!"
"Aku memang cintakan kau. Aku tak pernah cintakan perempuan lain. Aku mungkin sayangkan dia tapi aku tak cintakan dia macam mana aku cintakan kau,"
"Berhentilah bagi ayat cinta kau tu pada aku. Aku geli. Sebab cinta kau bukan ikhlas pun untuk aku," suara Fara kedengaran sebak.
"Aku sama macam kau, Fara. Macam mana kau gunakan Azri untuk lupakan aku, macam tu lah aku gunakan Lydia untuk lupakan kau. Aku cuba untuk lupakan kau dengan bercinta dengan Lydia. Aku tipu dia dengan cinta palsu aku. Bahkan aku pernah berjanji untuk bernikah dengan dia. Semata-mata untuk lupakan kau."
Fara tekup mulut kerana terkejut. Tidak dia sangka bahawa Afiq turut melakukan perkara yang sama demi melupakan cinta mereka.
"Tapi kau dah dapatkam aku. Kau dah dapatkan cinta aku. Kenapa kau masih simpan dia dibelakang aku? Kenapa kau tak putuskan hubungan kau dengan dia?"
"Aku...aku tak sanggup, Fara. Aku tak sanggup nak membiarkan hati dia terluka. Aku tak sanggup nak mungkiri janji aku pada dia,"
"Tapi kau sanggup lukakan hati aku?" soal Fara sinis. Kali dia betul-betul terluka. Kenapa Afiq masih memikirkan soal hati gadis itu sedang dia isteri Afiq yang sah. Sepatutnya Afiq mengutamakan dia bukannya gadis itu.
"Aku tak ada niat, Fara. Aku nak baiki hubungan kita supaya jadi lebih baik sebelum aku jelaskan semuanya pada Lydia. Aku lebih mementingkan hati dan perasaan kau. Aku sedaya upaya nak ambil hati kau,"
"Afiq, hubungan kita dah baik 4 bulan lepas tau. Selama 4 bulan tu, kau buat apa? Waktu tu kau patutnya selesaikan masalah kau dengan Lydia. Kau bercakap seolah-olah aku adalah punca kau tak dapat nak putuskan hubungan dengan dia. Sedangkan aku, tak tahu kewujudan dia dalam hidup kau."
"Kau jangan salah faham. Aku bukan bermaksud macam tu. Aku...buntu. Aku tak tahu apa yang patut aku buat waktu tu. Aku nak jaga hati kau. Tapi dalam masa yang sama aku taknak Lydia terluka,"
"Wah! Kiranya kau taknak menyakiti hati wanita lah ni? Macam tu? Sebab tu kau sembunyikan kewujudan aku sebagai isteri kau pada dia. Dan kau sembunyikan kewujudan dia pada aku?. Tapi pengakhiranya, kau tetap menyakiti hati kami. Niat baik kau, takkan memurnikan perbuatan kau."
YOU ARE READING
Takdir Yang Istimewa
Romance1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yan...