BAB 42

1.4K 51 4
                                    

Kepala ditoleh memandang Afiq yang sedang fokus dengan telefon bimbitnya. Menghela nafas perlahan sebelum dia memeluk Afiq dan melentokkan kepala didada lelaki itu. 

Hairan pula Afiq rasakan bila Fara memeluknya. Dia letak telefon di tepi kemudian membalas pelukan Fara.

"Kenapa ni? Kau okay tak?" soal Afiq.

"Kau berubah sebab aku ke?" Fara menyoal semula.

"Aku berubah? Maksud kau?" Soal Afiq lagi. Dia tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Fara.

"Afiq yang sekarang, bukan Afiq yang dulu aku kenal. Kau banyak berubah. Dulu kau tak pernah berkasar dengan perempuan. Kau takkan pernah herdik pun insan bernama perempuan. Tapi apa yang kau buat pada Lydia tu, puncanya sebab aku ke?"

"Taklah. Bukan sebab kau. Aku tak sengaja buat Lydia macam tu. Aku dah minta maaf dekat dia. Kau jangan risau."

Fara mendongak memandang Afiq.

"Kau betul ke tak cintakan Lydia?" soal Fara.

"Kau yang nak aku cintakan dia. Aku sedang cuba," jawab Afiq.

"Susah ke?"

"Sangat. Sebab hati aku cuma mampu untuk cintakan kau. Jadi akan memakan masa untuk aku jatuh cinta pada orang lain,"

"Aku ni kejamkan? Paksa suami sendiri kahwin dengan perempuan lain. Paksa suami sendiri untuk cintakan perempuan lain."

"Kau bahagia ke buat semua ni?" soal Afiq. Mata Fara mula berkaca kemudian menggeleng perlahan.

"Aku buat semua ni sebab aku cintakan kau, Afiq. Cintakan memerlukan pengorbanan. Aku sedang korbankan hati aku untuk kebahagiaan kau."

"Untuk kali ke berapa lagi kau nak aku ulang? Hmm? Kebahagiaan aku hanya kau. Cukup kau ada disisi aku selamanya, aku akan bahagia. Ke mana pun kau pergi, aku akan ikut. Asalkan kau ada dengan aku. Cuma kau."

"Afiq jangan cakap macam ni. Kalau Lydia dengar nanti dia sedih. Kau kena belajar untuk hidup bersama Lydia juga," kata Fara sambil tersenyum kelat.

"I see pain in your smile. Kalau kau sakit, kenapa perlu buat macam ni? Boleh tak kau jelaskan pada aku apa alasannya?"

"Kau cubalah buka hati kau untuk Lydia. Bila kau dah sayangkan Lydia, bila kau dah cintakan Lydia. Kau akan faham kenapa aku buat semua ni."

"Kau asyik ulang ayat sama. Aku bosan dengar. Sekali je, jujur dengan aku kenapa kau buat semua ni?"

"Permainan ni akan jadi lebih seronok kalau kau sendiri yang menjumpai jawapannya," kata Fara lagi sambil tersenyum. Afiq tak membalas lagi. Malah dia turut mengalirkan air mata. Ditarik Fara ke dalam pelukan yang hangat itu.

"Aku cintakan kau. Selamanya cinta aku hanya untuk kau," kata Afiq.

Fara senyum lagi. Hangatnya dia rasakan saat Afiq meluahkan rasa cinta itu.




PINTU BILIK dikatup rapat sebelum kaki diatur menuju ke dapur. Tak sengaja Lydia bangun lambat hari ni gara-gara dia tertidur selepas solat subuh tadi. Kelibat Fara dia cari. Bibir mengukir senyum apabila melihat Fara sedang menyusun barangan dapur ke atas rak.

"Kak, buat apa?" soal Lydia.

"Eh Lydia dah bangun?" Fara menyoal semula.

"Lydia tertidur lepas solat subuh tadi, kak. Itu yang terlajak tidur sampai tengah hari. Lydia minta maaf ya?" Fara tersenyum sebelum dia melabuhkan punggung.

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now