Fara mengeluh perlahan memandang gaun pengantin di depannya. Satu jam yang lalu dia menerima panggilan dari butik pengantin yang mengatakan bahawa baju ditempah khas olehnya ada kesilapan.
Kecuaian dari pihak butik itu sendiri. Dia nak marah tapi kena sabar. Hari perkahwinan dia dah semakin dekat. Kalau nak buat semula memang tak sempat. Gaun pengantin yang sekarang ni bukanlah tak cantik. Cuma bukan design ini yang dia mahukan.
"Cik Tengku...kami betul-betul minta maaf. Kami tak perasan design yang cik Tengku mahukan. Saya tersilap baca nama. Kami ada lagi seorang costumer yang bernama Farahani." Bersungguh-sunguh staff butik pengantin itu menjelaskan situasi sebenar.
"Tak apa. Saya tak marah pun. Cuma saya terkilan sikit je. Tapi saya boleh je pakai yang ni nanti," balas Tengku Farahani sambil tersenyum tawar. Asalkan ada baju untuk majlis dia. Kira okaylah tu.
"Cik Tengku taknak ajak bakal suami datang sini? Mana tahu dia boleh bagi pendapat tentang design yang ni."
"Bakal suami saya kerja. Tapi kalau saya minta kawan saya yang datang sini tak apa ke?" soal Tengku Farahani.
"Boleh je, cik Tengku."
Fara jatuhkan kepala sebelum dia mengeluarkan telefonnya dari beg tangan. Nombor seseorang dia dail.
"Hello, Afiq. Kau dekat mana?"
"Aku? Aku ada dekat rumah aunty Yana. Tapi dah nak balik pun. Kenapa?"
"Boleh tak kau datang dekat butik pengantin? Aku share location."
"Butik pengantin? Buat apa?"
"Banyak tanya pula kau. Datang sajalah."
"Hmm yalah. Send sekarang. Nanti aku pergi sana terus,"
"Okay! Thank you, Afiq." Fara pantas menamatkan panggilan. Lokasi butik pengantin itu dia hantarkan kepada Afiq.
Tidak lama menunggu, Afiq tiba di butik pengantin itu. Lokasi butik pengantin itu tidak jauh dari rumah Tuan Hafiz dan Puan Ayana. Sebab itulah Afiq tidak memerlukan masa yang lama untuk datang ke sini.
"Kenapa kau suruh aku datang sini?" soal Afiq sebaik saja dia masuk ke dalam butik pengantin.
"Cik Tengku, ini ke kawan cik Tengku cakap tadi?" soal pekerja butik itu. Fara mengangguk mengeyakannya.
"Handsome," kata pekerja itu perlahan.
Fara tersenyum bila dia mendengar pekerja itu memuji Afiq. Tak dinafikan, Afiq memang kacak."Afiq, boleh tak kau tolong bagi pendapat untuk aku?" soal Fara.
"Pendapat apa pula ni?" soal Afiq semula.
"Macam ni Encik..." terjeda seketika bicara pekerja itu.
"Afiq. Nama saya Afiq," ujar Afiq. Pekerja itu mengangguk faham.
"Begini, Encik Afiq. Baju yang cik Tengku tempah untuk majlis perkahwinan dia ada kesilapan. Kami akui itu kesilapan daripada pihak kami sendiri. Memadangkan tunang cik Tengku tak dapat datang hari ni, boleh ke Encik Afiq bagi pendapat untuk design gaun ni?"
"Ooo..." Afiq memandang Fara dan gaun pengantin disebelah secara bersilih ganti.
"Tapi kenapa aku?" soal Afiq pada Fara.
"Kau kan kawan aku a.k.a kembar aku. So apa salahnya kalau aku tanya pendapat kau?"
Afiq kecilkan mata memandang Fara. Ada-ada sajalah si Fara ni.
"Kau pergilah cuba gaun ni dulu. Aku tunggu dekat sini," kata Afiq sebelum melabuhkan punggung di sofa.
Fara mengangguk sebelum dia berjalan mengikut langkah pekerja butik itu menuju ke fitting room.
YOU ARE READING
Takdir Yang Istimewa
Romance1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yan...