Dengan berat hati Lydia melangkah masuk ke cafe itu. Debaran didada membuatkan badannya sedikit mengigil. Pagi tadi dia menerima panggilan daripada seseorang yang dia tidak kenali. Rupanya itu isteri Afiq Naufal. Mana dapat nombor telefonnya pun dia tak pasti.
"Errr...Tengku Farahani?" Lydia menyapa terlebih dahulu. Risau pula takut dia tersalah orang. Dia pun ingat samar-samar je wajah isteri Afiq Naufal tu.
"Ya, saya. Jemput duduk Lydia." Lydia mengangguk sebelum dia henyakkan punggung ke kerusi.
"Lydia sihat?" Fara menyoal.
"Err...sihat," takut-takut Lydia membalasnya.
"Lydia nampak takut. Jangan risau. Saya tak makan orang pun," kata Fara. Lydia pula ukir senyuman yang kekok.
"Tengku, kenapa Tengku nak jumpa saya?" soal Lydia.
"Tak perlu panggil saya Tengku. Panggil je Fara. Kalau nak panggil kakak atau kak Fara pun boleh. Saya tengok dari raut wajah Lydia ni, nampak lebih muda."
"Saya lebih muda dari Afiq,"
"Maknanya awak pun lebih muda dari saya. Boleh panggil saya kak Fara je. Ikut mana yang awak selesa. Tapi jangan panggil saya Tengku."
"Okay. Kak Fara." Lydia tersenyum lagi. Kali ni nampak lebih kekok.
"Saya minta maaf kalau saya yang menyebabkan Lydia tak selesa. Saya ajak jumpa ni bukannya nak serang Lydia sebab hadir dalam rumahtangga saya dengan Afiq. Saya cuma nak dengar penjelasan dari Lydia sendiri."
"Kak Fara nak saya jelaskan apa?"
"Bukan penjelasan juga, tapi lebih kepada untuk tahu cerita antara Lydia dengan Afiq. Macam mana korang kenal, sejak bila korang bercinta. Boleh Lydia ceritakan pada saya?"
"Kak, saya taknak sakitkan hati akak. Saya minta maaf dengan kehadiran saya yang tiba-tiba macam ni buatkan akak bermasam muka dengan Afiq. Saya tak ada niat. Saya tak tahu yang Afiq dah kahwin."
"Saya tak salahkan awak, Lydia. Saya cuma nak tahu kisah awak dengan Afiq. Itu pun kalau awak tak keberatan. Kalau..."
"Bukan macam tu. Saya takut kalau saya cerita, makin keruhkan keadaan nanti."
"Jangan risau. Awak takkan buat macam tu. Saya sendiri yang nak tahu. Apa yang berlaku antara saya dengan Afiq lepas ni, saya takkan salahkan awak. Awak boleh pegang kata-kata saya."
"Afiq pun cakap macam tu dekat saya," kata Lydia perlahan.
Terdiam Fara mendengar kata Lydia itu. Mungkin sukar untuk Lydia percayakan sesiapa buat masa sekarang. Lalu Fara tersenyum nipis pada Lydia.
"Betullah tu. Saya boleh je jadi macam Afiq. Hari ni saya cakap macam ni. Esok lusa, mungkin saya akan mungkiri janji saya. Jangan terlalu percayakan saya. Saya tak paksa Lydia ceritakan pada saya."
Lydia merenung Fara lama sebelum dia menghela nafas perlahan.
"Saya kenal Afiq secara tak sengaja." Lydia mula buka cerita.
Terjongket kening Fara bila Lydia mula bercerita. Dia ingatkan Lydia memang takkan buka mulut tentang kisah dia dan Afiq.
"Saya tak sengaja bertemu Afiq waktu di hospital. Waktu tu dia temankan Eriq. Saya pula temankan mama saya. Bila kami berkenalan, baru saya tahu Afiq tu senior saya dekat universiti. Makin lama saya kenal Afiq, saya makin suka pada dia. Cara Afiq layan saya tak macam orang lain. Arwah mama saya tahu saya sukakan Afiq. Mama yang cadangkan untuk saya luahkan perasaan saya pada Afiq."
"Awalnya Afiq tak terima. Dia takut dia tak boleh berikan cinta dia pada saya macam mana saya berikan cinta saya pada dia. Sampailah Afiq berjumpa dengan mama saya sendiri. Mama pula sakit kanser. Dia tahu bila-bila masa je dia akan pergi. Mama yang minta Afiq jagakan saya bila dia tak ada nanti. Dan Afiq pun berjanji dengan mama saya yang dia akan jaga saya, sayang saya macam mama buat pada saya. Dia minta saya percayakan dia yang dia akan tunaikan janji tu. Cuma dia perlukan masa untuk dia bina kerjaya dia."
YOU ARE READING
Takdir Yang Istimewa
Romance1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yan...