Fara termenung memandang gaun pengantin yang berwarna ungu didepannya. Kenapa berat hatinya nak menyarungkan gaun itu ke tubuh? Sepatutnya dia memakai gaun itu sebagai isteri Azri. Bukan sebagai isteri Afiq.
“Puan Tengku, kenapa tak tukar baju lagi? Majlis sanding dah nak mula ni. Nanti Puan Tengku lambat,” kata Cherry. Selaku MUA untuk majlis perkahwinannya hari ni.
“Saya taknak tukar baju,” kata Fara.
“Kenapa pula? Ada yang tak kena ke dengan baju ni?”
“Buat apa saya pakai baju ni? Tak ada guna juga. Majlis perkahwinan saya ibarat tak bermakna. Saya tak boleh nak berjalan untuk masuk ke dewan tu. Saya nak majlis persandingan saya macam orang lain. Saya cacat, Cherry.”
“Puan, janganlah cakap macam tu. Walaupun Puan tak boleh nak berjalan. Tapi Puan masih sempurna. Sempurna dimata orang yang menyayangi dan mencintai puan,”
“Awak tolong bagitahu keluarga saya, yang saya taknak langsungkan majlis persandingan tu.”
“Puan, janganlah macam ni. Keluarga puan mesti nak tengok puan pakai gaun yang cantik ni,” pujuk Cherry lagi.
Bunyi pintu ditolak membuatkan mereka berdua berpaling. Terlihat Afiq yang segak memakai tuxedo sedang berjalan meanghampiri.
“Fara, kenapa tak tukar pakaian lagi?” soal Afiq.
“Puan Tengku taknak tukar pakaian dia, Tuan Afiq.” Afiq memandang Fara kemudian dia mengangguk faham.
“Cherry, boleh awak keluar sekejap? Saya nak cakap sikit dengan isteri saya. Nanti saya panggil awak balik.”
“Baiklah.” Cherry melangkah keluar dan meninggalkan mereka berdua di bilik persalinan itu.
“Kenapa kau taknak tukar gaun tu?” soal Afiq pada Fara.
“Aku taknak kita sanding,” kata Fara.
“Kenapa?”
“Aku cakap aku taknak, aku taknaklah. Kau sibuk nak tahu tu kenapa?”
Afiq menghembus nafasnya sebelum mendekati Fara. Zip baju kurung moden yang dipakai Fara semasa akad nikah tadi dia turunkan. Pantas Fara menepis tangan Afiq.
“Kau nak buat apa?” soal Fara.
“Tukarkan baju untuk kau.” Afiq sambung semula menarik turun zip baju Fara.
“Ish Afiq, janganlah. Aku taknaklah,"
"Kalau susah sangat nak tukar baju, aku boleh bantu. Kau dah buang masa kita tau. Tetamu dah lama tunggu kita,"
"Aku boleh buat sendiri.” Fara menolak tangan Afiq lagi. Tapi Afiq tidak peduli. Dia masih meneruskan untuk mengganti pakaian Fara.
Akhirnya, siap juga Afiq menukarkan baju Fara. Basah pipi Fara dengan air mata kerana dipaksa oleh Afiq. Dia tak sedia jika Afiq melihat tubuh badannya. Walaupun dia tahu Afiq berhak melihatnya.
Afiq menyeka air mata yang mengalir dipipi Fara.
“Tak payahlah kau nak menangis. Aku bukannya nak apa-apakan kau pun,” kata Afiq sebelum meninggalkan Fara sendirian.
Afiq menghampiri Cherry yang setia menanti didepan pintu bilik itu.
“Cherry, tolong touch up sikit isteri saya tu. Dia menangis tadi. Jadi make up dia rosak sikit. Dah siap nanti panggil saya. Saya tunggu dekat sini,”
"Tuan Afiq buat apa dengan Puan Tengku?" soal Cherry polos.
"Buat apa? Saya cuma tolong isteri saya ganti baju," jawab Afiq.
YOU ARE READING
Takdir Yang Istimewa
Romance1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yan...