CINTA SEKALI LAGI
__________ __________Akhirnya majlis pun tamat, tetamu-tetamu yang hadir sudah pun pulang.
Tuan Asyraaf dan Puan Zalia pun sudah pulang memandangkan Dato' Fahrin mengajak Kiara bermalam di sini buat beberapa hari.
Kiara pergi ke dapur ingin membasuh beberapa lagi pinggan dan mangkuk yang masih tersisa didalam singki dapur disitu.
Lengan baju nikahnya itu dilipat hingga ke paras siku
sedang dia membasuh pinggan ingatanya melayang ke tempat lain.
'Betul ke keputusan aku buat ni?' Fikir Kiara seorang diri, dia ragu-ragu sahaja dengan apa yang dia lakukan sekarang.
Tetapi dia yakin Keluarga Dato' Fahrin adalah keluar yang baik-baik, kerana Dato' Fahrin melayanya dengan baik seperti anaknya.
Teringat dia sewaktu sebelum nikah Dato' Fahrin yang memberi kata-kata semangat kepadanya. Tindakan itu seperti Dato' Fahrin pula bapa kandungnya.
"Lain kali kalau tak reti basuh, tak payah basuh !" Tegur satu suara, Kiara segera menoleh untuk memandang rupa pemilik suara itu.
Terdapat seorang gadis yang agak muda dalam lingkungan umurnya 24 tahun, gadis itu terus mendekati Kiara dan menolak tubuh Kiara menjauhi singki, tempat Kiara tadi digantikan olehnya.
"Maaf, saya tak sengaja" Kata Kiara dia sendiri pun tidak tahu macam mana fikirannya boleh tersasar jauh ni?
Arissa menjeling sebelum dia bersuara.
"Akak pergilah mandi, tak panas ke pakai baju tu dari petang tadi?" Soal Arissa dengan prihatin, pinggan ditangan masih dicuci dan matanya tidak memandang wajah Kiara.
"Boleh saya tanya? Awak siapa?" soal Kiara tidak silapnya semua tetamu sudah pulang memandangkan majlis sudah pun habis.
"Tanyalah suami akak" kata Arissa sebelum dia menutup pili air dan bergerak masuk ke dalam biliknya di dapur itu.
Kiara kepelikan sendiri, dilihat tulisan yang berada di pintu bilik itu 'bilik pembantu'. Tak akan pembantu muda macam tu?
Kiara terus melangkah pergi dan dia menaiki anak tangga rumah itu untuk naik keatas, dari luar bilik kedengaran Fariez seperti bercakap telephone dengan seseorang.
Kiara mengerutkan dahinya sebelum perlahan-lahan tombol pintu bilik di pulas olehnya.
"Biy please! I love U so much" Rayu Fariez dari dalam talian.
Sejak peristiwa haritu Lara lansung tidak menghubungi Fariez masih kecewa hatinya dengan apa yang terjadi.
"Lara, janganlah senyap macam ni!" Kata Fariez lagi, Kiara hanya memandang belakang badan Fariez yang sedang bersandar di dinding balkoni, tanpa berniat ingin menegurnya.
"I janji dengan U, I akan ceraikan dia" Kata Fariez sebelum panggilan telephone itu dimatikan.
Kiara jelas terkedu dengan perkataan yang dikata oleh lelaki itu 'cerai',
'Kalau itu apa yang awak nak saya redha' kata Kiara di dalam hatinya, siapa dia ingin memaksa Fariez menerimanya.
Fariez segera menoleh ke belakang untuk masuk semula ke dalam bilik, apabila matanya tertangkap figura Kiara terus dia menjeling wajah itu.
Fariez berjalan ingin keluar dari bilik itu, dia masih tidak puas hati dengan Kiara
"Erm... awak bilik air dekat mana saya nak mandi" Kata Kiara dengan sedikit nada takutnya, Fariez yang mendengar soalan Kiara terus memberhentikan langkahnya apabila mereka berdua bertembung.
YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...