Pin!!!
Bunyi hon yang kuat membuatkan Kiara terus tersedar dia sedang berada di tengah jalan, dengan pantas kereta Honda City itu berhenti secara mengejut.
Kiara yang berada di tengah jalan itu segera menutup matanya kerana takut apabila jaraknya dengan kereta hanya 10 cm.
Seorang lelaki pantas merobos keluar daripada kereta dan menghampiri Kiara yang sedang memejamkan matanya.
"Cik, cik okey ke?" Lelaki itu terus menyoal dengan cemas kepada Kiara sebelum wajah gadis itu dipandang.
"Ni awak ke Kiara?" Soal Aqil penuh tanda tanya, wajah Kiara yang berdarah dipandang bersama kerutan di dahi sangat familiar seperti gadis yang dia baru jumpa beberapa hari yang lepas.
Perlahan-lahan Kiara mengangkat wajahnya apabila namanya diseru, wajahnya diangkat memandang wajah Aqil dihadapannya dengan wajah lega apabila kereta itu tidak melanggarnya.
"Kiara, muka awak kenapa?" Soal Aqil dengan nada risaunya apabila melihat Darah yang mengalir dari pipi dan bibir Kiara.
Kiara pantas menyentuh pipinya yang berdarah itu sebelum terdengar desikan kecil Kiara mengadu kesakitan, terlupa pula pipinya berdarah kerana terlampau takut dilanggar.
"Hah? Erm... tak ada apa," Kiara terus menarik mukanya dari dilihat daripada Aqil, risau pula jika Aqil mengsyak sesuatu.
"Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Soal Aqil dengan nada curiganya, sepanjang hampir 10 tahun keluarganya tinggal di sini tidak pula dia tahu Kiara juga tinggal sini.
"S-saya melawat rumah kawan," tipu Kiara dengan ragu-ragu tapi Aqil seperti tidak percaya. Matanya Kiara terus berkaca mengenangkan apa yang Fariez dan Lara lakukan padanya.
"Melawat rumah kawan sampai luka?" Soal Aqil dengan perlian kerana wajah Kiara bukan seperti melawat kawan tetapi baru lepas kena pukul memandangkan luka di pipi Kiara masih basah.
"Kiara, jom saya hantar awak pergi klinik," ajak Aqil kerana tidak sampai hati ingin membiar Kiara disitu.
"Tak apa saya okay, terima kasih," tolak Kiara dengan begitu sopan dan lembut membuatkan Aqil terus tersenyum nipis.
"Tapi Kiara, pipi awak masih berdarah tu," kata Aqil kepada Kiara dengan suara yang dia hampir pasrah. Orang nak offer pergi klinik dia tak nak pula.
"Tak apa," kata Kiara tanpa nada kepada Aqil.
"Saya boleh hantarkan," kata Aqil tanpa mengalah walaupun Kiara sudah pun menolak ajakannya.
"Saya kata tak nak kan!" Nada suara Kiara meninggi kerana geram dengan perangai Aqil yang seperti memaksanya, bukan apa cuma Kiara tidak mahu pergi ke klinik kerana jika doktor tanya kenapa dengan pipi dan bibirnya yang lebam apa yang dia ingin jawab?
"Ohh, sorry saya tak bermaksud pun nak paksa awak," pinta Aqil kepada Kiara yang sedang memarahinya, bibirnya diketap sebelum dia memandang Kiara semula.
"Kalau awak tak nak pergi klinik, atleast bagi saya hanyar awak pergi bus stop tak adalah saya risau sangat," kata Aqil sebelum dia memandang Kiara bersama senyuman di bibirnya, Kiara mengangkat wajahnya memandang Wajah Aqil sebelum dia mengerutkan dahinya.
"Ada bus stop ke dekat sini?" Soal Kiara sambil matanya sedikit melilau memandang sekeliling yang dia sendiri tidak tahu dimana.
"Ada, depan tu je," Aqil menunjuk ke arah sebuah stesen bas yang berada agak jauh kehadapan.
"Jom, saya hantar," ajak Aqil sebelum dia bergerak menuju ke pintu kereta belah pemandu manakala Kiara pula bergerak menuju ke pintu kereta belah penumpang.
YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...