BAB 8

198 20 2
                                    

                         CINTA SEKALI LAGI
__________                            ___________

Sejak daripada pertemuannya bersama Kiara mereka berdua semakin rapat.

"Mama nak jumpa adik juga," Kata Puan Kairina dengan wajah terujanya.

"Nanti Lana bawak, tapi adik dah kahwin jadi dia kena tanya suami dia dulu," Terang Lara dengan perlahan, wajah ibunya ditatap sayu.

"Adik dah kahwin?" kata Puan Kairina berserta air matanya yang perlahan-lahan keluar dari tubir matanya.

Lara juga termenung, tidak sangka adiknya berkahwin dengan lelaki yang menaruh di hatinya.

Lara tersenyum hambar sebelum tangan Puan Kairina di genggam.

____

Fariez memasuki rumahnya dengan perlahan-lahan, keluhan berat dilepaskan apabila teringatkan layanan Lara kepadanya sejak kebelakangan ini.

'Kenapa U marahkan I?'

'I dah katakan ini semua terpaksa demi keluarga?, apa yang U tak faham lagi?' soal Fariez sendirian lagi, makin lama makin tawar hatinya dengan sikap dan perangai Lara. Ini kali pertama Lara bertindak begini.

"Awak dah balik?" Soal Kiara yang baru sahaja muncul dari biliknya, Fariez segera memandang sosok tubuh Kiara yang capek berjalan itu.

"Ini semua salah kau!" Kata Fariez dengan nada yang tertahan Kiara terus mengerutkan dahinya, segera langkah terus mendekati lelaki itu.

"Apa saya buat? Saya tak faham," soal Kiara dengan wajah peliknya, punggung terus dilabuhkan di sebelah Fariez tetapi ada jarak antara mereka.

"Ini semua salah kau! Disebabkan kau girlfriend aku bencikan aku, disebabkan kau juga dia dah tak nak jumpa aku!" Kata Fariez lagi jelas wajahnya marah dengan Kiara.

Kiara mengerutkan dahinya, Sejak dia kenal lelaki ini tidak pernah pula dia tahu lelaki ini mempunyai teman wanita.

"Kalau kau tak muncul malam tu, mesti aku dah bahagia dengan kekasih aku!" Sambung Fariez lagi terus tubuhnya bangun dari duduknya itu.

Kiara pantas mencapai tangan Fariez sebelum dia memandang wajah itu dengan pandangan sayunya.

"Saya minta maaf, saya betul-betul minta maaf. Orang macam saya memang suka membebankan orang lain," kata Kiara dengan sebak air matanya sudah berkumpul di tubir matanya, Fariez hanya diam tidak bereaksi.

"Kalau betullah awak menyesal kahwin dengan saya, saya rasa lebih baik kita bercerai. Saya pun nak rasa bahagia macam orang lain, sejak kecil saya susah rasa bahagia. Orang sekeliling saya layan saya macam sampah," Kata Kiara dengan sebak, air matanya perlahan-lahan jatuh mengenangkan cara layanan Tuan Asyraaf kepadanya.

"Saya ingat bila saya kahwin dengan awak walaupun bukan atas dasar cinta awak boleh terbitkan rasa sayang awak kepada saya sekurang-kurangnya saya dapat merasa bahagia walaupun sekejap. Tapi apa yang saya fikir sangat mustahil disebaliknya saya lagi mengganggu kebahagian orang lain. Saya minta maaf mungkin salah saya sebab hadir dalam hidup awak" Sambung Kiara lagi sebelum dia melepaskan pegangan tangan Fariez, air matanya yang turun tadi diseka perlahan menggunakan telapak tangannya.

Fariez jelas terkedu mendengar luahan hati Kiara, hidup gadis ini penuh dengan penderitaan jauh jika ingin dibandingkan dengan dirinya.

"Saya nak masuk tidur dulu, terima kasih dengar luahan saya, " Kata Kiara sebelum dia bangun dan menuju ke biliknya. Perlahan-lahan langkahnya dibawa menuju ke biliknya.

Fariez memandang sepi belakang tubuh Kiara, cara Kiara berjalan terlihat seperti dia sedang menara rasa sakit di kakinya.

Fariez melepaskan keluhan kecilnya, terus di raup rambutnya ke belakang.

_____

Deringan telephone Kiara berbunyi mengejutkan Kiara, Kiara terus membuka matanya perlahan-lahan sebelum dia memetikan alarm di telephonenya itu.

Kiara keluar daripada biliknya perlahan-lahan, kepalanya terasa sedikit pening itu diurut seketika.

Fariez yang baru sahaja keluar dari dapur terlanggar tubuh ramping itu, terus hilang imbangan badan Kiara.

Dengan pantas Fariez menyambut tubuh kecil isterinya, mata mereka saling bertembung antara satu sama lain. Degupan jantung mereka laju berdegup.

Kiara cuba untuk mengelak pandangan tersebut, tubuh di bangunkan semula daripada pegangan Fariez

Deheman kecil keluar dari mulut Kiara, masing-masing mengelak dari memandang antara satu sama lain.

Kiara seperti malu kerana luahan hatinya semalam begitu juga dengan Fariez, masing-masing merasa janggal.

"Sorry aku tak nampak kau berdiri dekat situ" Kata Fariez dengan sedikit senyum terbit dibibirnya.

Kiara hanya mengangguk sebelum dia melangkah pergi dari situ.

                                    _____

Fariez membuka komputer ribanya sebelum jarinya menari di atas papan kekuncinya.

"Pengantin baru!" Tegur Haikal yang baru sahaja memasuki bilik kerja Fariez.

Fariez mengerutkan dahinya sebelum dia memandang wajah Haikal yang tersenyum bahagia itu.

"Macam mana kahwin? Tak ajak aku pun, semalam masa kau masuk ofis sekejap tu bukan nak tegur aku!" Kata Haikal muncungan pada bibirnya, dengan laju dia menarik kerusi dihadapan Fariez dan punggung di labuhkam di atas kerusi itu.

"Hmm, kalaulah kau tahu kenapa aku kahwin dengan minah tu mesti kau terkejut" gumam Fariez sendirian, senyuman sinis turut terukit di bibirnya.

"Hah? Apa? Kau cakap apa? Tak dengarlah" rungut Haikal apabila tidak dapat mendengar gumaman Fariez, Fariez menjeling wajah Haikal sebelum dia mengeluh perlahan.

"Tak ada apa-apa" kata Fariez dengan wajah kosongnya, matanya kembali pada skrin komputernya.

"Ye lah tu, wey aku dengar kau tak kahwin dengan Lara? Betul ke? Habis tu kau kahwin dengan siapa? Apahal kau tak kahwin dengan Lara?" Soalan bertubi-tubu keluar dari mulut Haikal menyebabkan Fariez menahan sabarnya, mengapalah dia dikurniakan pembantu yang bising macam Haikal ni?

"Hmm" balas Fariez tanpa memandang wajah tampan Haikal.

"Hah? Habistu kau kahwin dengan siapa? Tak silap aku kau ada sorang je girlfriend" Kata Haikal dengan yakinnya, dia cuma kenal Lara tiada perempuan lain yang Fariez pernah suka kecuali Lara.

"Nantilah aku cerita, ni meeting aku pukul berapa?" Soal Fariez segera mengubah topic perbualan, Haikal terus membuka buku catatan yang telah ditulis jadual bosnya.

"Erm... kau punya meeting kejap lagi, dalam 20 minit lagi" Kata Haikal dengan wajah yakinnya, buku ditutup sebelum dia bangun dari kerusi. Memang itu niatnya ingin masuk bilik bosnya ini namun tertukar pulak topiknya tadi.

Fariez mengangguk sebelum blazer biru tuanya di capai dan bergerak keluar, memang selalu Fariez bergerak 20 minit sebelum meeting.


TO BE CONTINUE....

*terima kasih sudi baca dan vote cerita saya, saya hargai sangat-sangat tak sangka ada yang sudi baca 😘

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now