BAB 2

244 18 1
                                    

                       CINTA SEKALI LAGI
__________                                __________

Kedengaran tangisan Halus Kiara memenuhi ruang rumah itu.

"Kenapa papa tak percaya Kiara? Kenapa papa lebih percayakan gambar bodoh tu?" Bisik hati Kiara dengan perasaan kecewa, marah dan sedih. Papanya memang suka percayakan benda lain dari anak dan isteri sendiri.

"Kiara minta maaf sebab susahkan ibu dengan papa sepajang besarkan Kiara" ucapnya sebelum dia menyandarkan diri ketepi dinding.

Kedengaran bunyi pintu utama itu dibuka dari dalam, Kiara terus menoleh memandang pintu itu, kelibat Tuan Asyraaf keluar bersama beg ditangan lalu dicampaknya ke muka Kiara.

Terkejut Kiara dengan tindakan drastik itu, pipinya luka akibat terkena zip yang ada pada beg itu. Cecair merah pun keluar dari pipinya.

"Kau berambus! Jangan balik!" Halau Tuan Asyraaf pintu dihempas sekali lagi.

Kiara melepaskan keluhan beratnya, hancur hatinya dihalau tanpa mendengar penjelasannya. Tetapi apa dia boleh buat, dia sudah pun dihalau.

Tubuh kembali disandarkan ke dinding, perlahan-lahan matanya terlelap akibat penat sangat, penat dengan apa yang sudah berlaku.

Sudah 10 minit dia terlelap di depan rumah, wajahnya jelas sembab akibat daripada tangisan yang dilepaskan.

Dengan perlahan dia bangun dari duduknya dan keluar dari pagar rumah dia ingin berjalan ke kedai yang berdekatan, tekaknya juga sudah kering.

Di kawasan rumahnya ini perlu berjalan sekitar 3 KM untuk sampai ke kedai runcit berdekatan. Namun apa yang dia boleh buat? Hanya berjalan sahajalah.

Perlahan-perlahan langkah dibawa dengan baju tidonya, tetapi dia tidak membawa beg bajunya itu. Di biar sahaja beg baju itu di depan pintu.

_____
Kereta Porsche masuk ke perkarangan rumah Fariez Mikael, enjin di matikan.

Fariez melepaskan keluhanya sebelum dia membuka pintu kereta dan bergerak ingin masuk ke dalam rumah.

Satu persatu langkah diatur masuk ke dalam rumahnya, berat ujian yang dihadapinya. Nampaknya dia perlu memujuk Lara untuk menikahinya, ataupun dia perlu terima cadangan Ibunya.

Setelah masuk ke dalam rumah Fariez membuka suis lampu dan kesemua sudut rumah terus terlihat.

"Arghh!!" Jerit seorang gadis dengan kuat di luar rumah sambil berlari dengan laju.

Fariez segera menoleh mencari suara itu, semakin kuat kedengaran.

"Awak!! Tolong saya," Kiara terus masuk ke dalam rumah Fariez dan badannya separuh menggeletar kerana ketakutan.

Fariez menjenguk ke keluar, apa yang ada?

"Awak tolong ada orang ikut saya tadi" kata Kiara dengan terketar-ketar, tanganya masih menggenggam erat belakang baju Fariez tubuh juga disembunyikan belakang Fariez

Sekali lagi Fariez menjenguk keluar, kelihatan sekumpulan lelaki berjalan seperti mencari sesuatu, terus dipandang wajah Kiara silih berganti dengan sekumpulan lelaki itu.

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now