Kiara duduk di atas sofa ruang tamu di situ bersama Puan Kairina, ditenung wajah Puan Kairina.
"Kenapa Adik pandang macam tu?" Soal Puan Kairina dengan senyuman manis di bibirnya.
Kiara terdiam seketika sebelum dia mengeluh perlahan.
"Tak ada apa, rindu je" kata Kiara dengan mata yang sudah bergenang air mata.
"Adik, mama ni Lana buat air" Kata Lara yang batu sahaja muncul dari dapur, jug dan cawan yang berada di atas dulang di letak atas meja sebelum dia menuang air itu ke dalam cawan.
"Thanks" ucap Kiara sebelum dia mengambil cawan itu dan diminum perlahan.
"Lana, tolong mama kejap dalam bilik mama ambil kotak putih kecil dalam laci warna hitam boleh?" Soal Puan Kairina kepada Lara, Lara terus mengangguk dan bergerak ke bilik Puan Kairina.
Setelah beberapa seketika Lara pun tiba dengan sebuah kotak berwarna putih.
"Nah" Lara menghulur kotak itu kepada Ouan Kairina sebelum kotak itu bertukar tangan.
"Adik, mama ada nak bagi hadiah dekat adik. Ni sepatutnya dari dulu lagi mama bagi cuma tak sempat, sekarang mama nak guna kesempatan ni untuk bagi dekat adik" Kata Puan Kairina kotak itu dibuka pelahan-lahan sebelum terlihat seutas rantai yang berwarna silver dan tertera nama 'Kiara Alwina' pada rantai itu.
Kiara terus terdiam, Puan Kairina terus memakaikan rantai itu pada leher jinjang Kiara.
Rantai itu disentuh oleh Kiara sebelum dia tersenyum gembira, tubuh Puan Kairina di peluk erat olehnya.
Lara hanya diam memandang kearah Puan Kairina dan Kiara.
"Terima kasih mama, Adik happy sangat! Adik sayang mama" Kata Kiara dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Puan Kairina tersenyum kecil sebelum kotak putih tadi ditutup semula.
Lara yang berada di tepi hanya tersenyum hambar melihat layanan Puan Kairina kepada Kiara.
"Ehh, dah pukul berapa ni mama Adik kena balik" Kata Kiara setelah hampir 30 minit dia berada di sini, jam pun sudah menunjukkan pukul 6:50 petang.
"Adik tak nak tidur sini ke?" Soal Puan Kairina sambil memegang tangan Kiara, Kiara mengigit dinding pipinya sebelum dia berkata.
"Tak boleh, Adik kena balik. Lain kali adik plan elok sikit" Kata Kiara dengan senyuman di bibirnya, Puan Kairina mengangguk sedikit sebelum dia tersenyum ringkas.
Setelah selesai salam bersama Puan Kairina, Kiara dan Lara pun keluar dari rumah itu.
"Siapa hantar aku balik?" Soal Kiara kepelikan, Lara tidak memegang kunci kereta pun.
"Aku pesan grab untuk kau, aku tak boleh hantar kalau suami nampak habislah" Kata Lara dengan senyuman sebelum Kiara mengerutkan Dahinya.
"Hah?" Soal Kiara kepelikan, matanya tajam menikam anak mata Lara Alanna.
"Ish, kau ni! Dah tu grab kau" Kata Lara sebelum dia menunjuk ke arah kereta yang sudah tiba di luar pagar rumah.
Kiara melepaskan tawanya sebelum langkah dibawa bergerak keluar daripada pagar rumah.
"Wey Kiara nanti dah sampai call aku tau" Jerit Lara kerana Kiara sudah agak jauh dengannya.
"Phone aku rosaklah!" Kata Kiara sebelum dia menunjuk ke arah handphone yang sudah rosaknya di dalam beg tangannya.
Memang Kiara ingin pergi ke kedai telephone untuk repair telephonenya kerana ada kedai baiki telephone berdekatan dengan klinik. Macam mana dia tahu? Rumah Tuan Asyraaf pun ada dekat kawasan situ jugak.
tetapi tadi tiba-tiba Lara datang mengajaknya ke rumah Puan Kairina terus lupa dia tentang telephonenya.
"Meh sini aku bawak pergi repair" kata Lara sebelum tangannya dihulurkan kepada Kiara.
"Tak pe ke?" Soal Kiara, risau menyusahkan pula.
Lara cuma menggeleng sebelum huluran Telephone Kiara disambut olehnya.
"Thanks" ucap Kiara sebelum dia berlalu pergi, Lara menggeleng perlahan kepalanya sebelum langkah dibawa menuju masuk ke dalam rumah.
"Lana, bila adik nak datang lagi? Nanti suruhlah dia tidur sini sekali, tak adalah sunyi Mama nanti" Kata puan Kairina dengan terujanya, Lara hanya tersenyum hambar. Sunyi?
_____
"Terima Kasih Pakcik," Kata Kiara sebelum menghulurkan beberapa keping 10 ringgit kepada Pakcik yang memandu kereta ini.
"Sama-sama" Pakcik itu menyambut huluran Kiara sebelum dia tersenyum ringkas.
Perlahan-lahan tubuh dibawa keluar daripada kereta itu, matanya memerhati sekeliling rumah.
"Dah balik rupanya, ehh? Bukan dia kata nak ambil aku dekat klinik ke? Alamak! Lupa" Kata Kiara sebelum dia terus berlari anak masuk ke dalam rumah.
Salam diberi sebelum perlahan-laham tombol pintu dipulas olehnya, harap-harap dia tak marah.
"Kau pergi mana?" Soalan pertama setelah Kiara masuk ke dalam rumah, liurnya di telan pahit apabila melihat wajah tegang lelaki itu.
"S-saya pergi rumah mama" Kata Kiara dengan gugup kerana Fariez memandang tajam ke arahnya.
"Apahal Kau tak bagitahu aku! Kau ingat aku driver kau!!" Tempik Fariez dengan kuat, sabarnya masih cuba dipupuk.
"Saya pergi rumah mama je pun, itu pun awak tak bagi ke?" Kata Kiara dengan nada suara yang tinggi. panas pula hatinya apabila Fariez marahnya, sedangkan memang salahnya kerana tidak memberitahu lelaki itu.
"Atleast bagitahu aku! Kau ni memang suka menyusahkan orang ke? Bazir minyak kereta aku je tunggu kau!" Marah Fariez lagi, Wajah Kiara dijeling tajam. Kiara segera mengerutkan dahinya.
"Yang awak tunggu tu kenapa? Selalunya awak balik je" Kata Kiara dengan berlagak entah kenapa sakit hatinya, egonya masih berada di atas kepala.
Fariez terus mendekati Kiara dengan pandangan tajamnya, wajah gadis itu ditikam tajam.
"Kenapa? Awak boleh tak jangan controll saya? Saya rimas!" Kata Kiara dengan nada suara yang agak tinggi, Fariez terus bertindak ingin menampar wajah Kiara kerana mencabar kesabarannya.
Tanganya naik paras kepalanya sebelum sedaya upaya ditahan dari mendarat di pipi mulus Kiara
Tangannya yang naik itu digenggam kuat, di turunkan semula tangannya daripada menampar wajah wanita itu.
Terus bergenang air mata Kiara kerana ketakutan, dengan air mata Kiara berlari masuk ke dalam biliknya.
Fariez menyandarkan tubuhnya pada belakang sofa, rambutnya diraup kasar kebelakang.
"Ish!"
Kiara di dalam bilik memeluk tubuhnya di atas katil, entah kenapa dia berkata begitu dengan suaminya.
TO BE CONTINUE....

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...