BAB 14

171 13 2
                                    

                       CINTA SEKALI LAGI
__________                            ___________

Keesokan Harinya,

"Wey! Seriuslah tu bini kau?" Soal Haikal dengan wajah ingin tahu, Diikut langkah Fariez kemana sahaja dia pergi.

"Serabutlah aku dengan kau" marah Fariez sambil memandang tajam wajah Haikal.

"Alah kau ni!" Kata Haikal berbaur merajuk.

"Apa kau ni? Berambuslah!" Marah Fariez lagi, Tidak senang dia ingin membuat kerja.

"Cantik wey bini kau, untung kau! kalau aku yang dapat tu memang aku ikat dekat rumah ketat-ketat" Kata Haikal sambil tersenyum ke arah Fariez, Fariez mengerutkan dahinya.

"Apa yang untungnya? Bala adalah" Fariez terus membuat muka menyampahnya, Haikal terus memandang wajah Fariez dengan pandangan tidak percaya.

"Kalau aku jadi kau, aku mesti dah bahagia sekarang. Kau ni je tak reti bersyukur" Sindir Haikal yang sudah geram dengan rakan kerjanya inu.

Fariez terus menjeling wajah Haikal sebelum Haikal tersengih seperti kambing.

"Dah lah, keluar boleh tak? Pintu tu sentiasa terbuka untuk kau!" Sekali lagi Fariez menjeling wajah Haikal.

Haikal terus mencebikkan bibirnya sebelum dia terus bangun dari kerusi itu.

"Hmmp!" Dengan laju terus Haikal melangkah pergi, Fariez mengeleng kepalanya sebelum dia menyambung menyiapkan kerjanya.

                                    _____

"Hello? Daddy? Kenapa call Kiara pagi-pagi ni?" Pelik Kiara dibuatnya, pukul 9:30 lagi Dato' Fahrin sudah menelephonenya.

"Tak ada penting pun cuma, daddy nak ajak Riz dengan Kiara datang malam ni, makan-makan lagipun Abang dengan Kakak Fariez balik ni" Dato' Fahrin berkata dengan perlahan.

Kiara terus mengerutkan dahinya, Fariez ada abang?

"Boleh tak? Ke Kiara sibuk?" Dato' Fahrin terus membuat andaian sendiri.

"Ehh, mana ada Kia busy, ni ada je dekat rumah" Kata Kiara kepada Dato' Fahrin menyebabkan Dato' Fahrin Mengangguk kecil.

"Nanti Kia bagitahu Riz tau, daddy call dia tak dapat"

"Erm... Nanti daddy bagitahu Riz sendiri boleh? Kia bukan apa cuma tak nak kacau Fariez buat kerja kalau daddy memang ada dekat office"

Pasrah saja suara Kiara menolak suruhan Dato' Fahrin.

Lagipun Fariez memang susah nak balas mesej dengannya, selalu je dapat bluetick.

"Hmm, okeylah macam tu nanti Daddy bagitahu Riz," kata Dato' Fahrin sebelum panggilan dimatikan.

Kiara terus tersenyum palsu apabila panggilan dimatikan.

"Aaa, kena jumpa Mummy!!" Rungut Kiara dengan suara kecilnya.

_____

"U jom balik, I penat" Kata Lara kepada seorang lelaki dengan agak merengek.

Haikal yang berada tidak jauh dari situ terus terlihat ke arah pasangan tersebut.

"Lara ke tu?" Langkahnya dibawa menuju ke tepi keretanya.

"Ala, sayang awal lagi ni tak nak pergi mana-mana dulu ke?" Lelaki itu terus merakul pinggang Lara.

"I penat!" Tegas Lara dengan hentakan kecilnya.

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now