Kiara membuka matanya perlahan-lahan memerhati sekeliling kawasan bilik, terus bertukar reaksi wajahnya apabila melihat dia sedang berada di sebuah bilik atas katil.
lansung tidak dia ingat apa yang terjadi pada dia entah bila? Bagaimana? Dia boleh ada di sini.
Perlahan-lahan seseorang membuka pintu bilik dan mampu menarik perhatian Kiara terus memandang Pintu.
Perlahan-lahan Aqil masuk bersama sekotak kecil peti kecemasan kecil untuk diberikan kepada Kiara, langkahnya terus diatur mendekati Kiara.
"Bangun pun," bisik Aqil perlahan sebelum dia menghampiri Kiara, terus berkaca mata Kiara mendengar kata Aqil, teringat pula sewaktu dia pingsan di rumah beberapa minggu lepas dan Fariez berkata benda yang sama.
Entah kenapa hatinya terusik dengan ayat itu sedangkan ayat itu hanya normal di telinga orang lain.
Pandangnya terus memandang Aqil yang sedang menghampirinya sebelum hamburan soalan dikeluarkan.
"Aqil! Saya dekat mana ni? Kenapa saya dekat sini?" Soal bertubi terus disoal oleh Kiara dengan cemas sebaik sahaja Aqil tiba di hadapan katilnya.
"Awak dekat rumah family saya, awak ada dekat sini sebab awak pingsan tadi," balas Aqil tenang.
"Kenapa saya pingsan?" Soal Kiara polos, entah kenapa soalan itu yang dia hendak tanya, tanpa dia sedar soalan ini pernah ditanyakan kepada Fariez juga sewaktu di pingsan beberapa minggu lepas.
"Manalah saya tahu awak pingsan kenapa," balas Aqil selamba sebelum peti pertolongan cemas di hulurkan kepada Kiara, jelas hampir jatuh air mata Kiara apabila kata-kata Aqil begitu sama seperti kata-kata Fariez padanya.
Perlahan-lahan Kiara menghilangkan rasa sebaknya dengan mengukirkan senyuman segaris.
Sekali lagi Aqil menghulurkan peti pertolongan cemas kemas kepada Kiara dengan wajah hairannya mengapa gadis ini seperti ingin menangis?
Dengan pantas Kiara segera mencapai peti pertolongan cemas itu dan diukirkan senyuman nipis di bibirnya.
"Terima kasih," ucap Kiara dan dia terus menunduk ke bawah untuk tidak membalas pandangan Aqil.
"Awak okay? Kiara?," soal Aqil sambil mengosok belakang lehernya risau pula ingin bertanya tentang Kiara. Takut Kiara berkata dia menyibuk halnya.
"Hah?"
"Maksud saya, awak tak apa ke duduk dekat sini? Suami awak tak marah? Ke awak nak saya cakap dengan dia?" Soal Aqil lagi memahamkan maksud soalannya, Kiara terus mengetap bibirnya sebelum dia terus tersenyum tawar.
"Macam mana kalau saya cakap dia bukan suami saya lagi?" Soal Kiara dengan senyuman tawar, Aqil segera mengerutkan dahinya tanda tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Kiara.
"Hah? Kenapa? K-korang bercerai ke?" Soal Aqil dengan nada ingin tahu, pelbagai soalan mula terbit di dalam sudut hatinya.
"Mana ada, saya gurau je," kata Kiara bersama senyuman yang diselit 1000 kepahitan.
"Ohh..." Aqil terus mengosok belakang lehernya sambil tersenyum kekok dengan gurauan Kiara.
"Awak okay kan kalau kita jadi kawan?" Soal Aqil dengan senyuman di bibir sebelum Kiara turut membalas senyuman tersebut.
Perlahan-lahan Kiara mengangguk anggukkan ringkas sebagai jawapan kepada Aqil, Aqil pula tersenyum lebar apabila Kiara bersetuju untuk berkawan dengannya.
"Kalau awak sudi, ceritalah kenapa dengan awak, jujur saya risau tapi sebagai seorang kawan," jujur Aqil dengan kerisauan terbit di wajahnya, perlahan Kiara mengukirkan senyuman tawar.

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...