Dua hari berlalu, Fariez tidak lagi menjejakkan kakinya ke rumah Tuan Asyraaf, Kiara pula sudah malas ingin mengambil tahu tentang lelaki yang menghancurkan hatinya.
Pagi-pagi lagi Kiara sudah bangun dan dia hanya duduk di dalam bilik melayan perasaan.
Ring!
Ring!
Ring!
Telefon Kiara yang berdering membuatkan perhatian Kiara terus tertumpu kepada Telefonnya yang sedang berada di atas laci meja.
Perlahan-lahan langkah diatur menuju ke meja solek untuk mengangkat telefon.
Punggung dilabuhkan ke atas kerusi itu telefon bimbit dicapai.
DADDY
Kiara terus mengeser ikon hijau pada skrin telefon ke kanan dan telefon ditekap ke telinganya.
"Assalamualaikum Kiara," sapa Tuan Asyraaf memulakan perbicaraan.
"Waalaikumsalam, Daddy. Ada apa Daddy call Kiara pagi-pagi ni?" Soal Kiara dengan senyuman dibibir.
"Daddy ada benda sikit nak bagitahu, Kiara sibuk tak?" Soal Tuan Asyraaf kepada Kiara.
"Eh, tak Kiara tak busy pun, Daddy nak tanya apa?" Kata Kiara dengan suara yang lembut.
"Riz ada bagitahu Kiara apa-apa tak? Pasal event company bulan depan? Daddy dah suruh Fariez bagitahu Kiara tapi tak tahu Kiara dah tahu ke belum,"
"Event? Event apa papa? Kiara tak tahu apa-apa pun?" Pelik Kiara dibuatnya apabila Dato' Fahrin memberitahu perkara yang dia sendiri tidak tahu.
"Lah.... Riz tak bagitahu Kiara lagi ke?" Keluh Dato' Fahrin dengan wajah malas, anaknya itu memang begitu.
"Company Daddy got one of the big tender dari company yang lagi besar jadi Daddy nak ada kan majlis sikitlah untuk celebrate this job," Kata Dato' Fahrin.
"Bukan company daddy dah memang besar ke?" Soal Kiara polos, Dato' Fahrin tidaklah mempuanyai syarikat yang sangat besar tetapi dengan hasil syarikat ini Dato' Fahrin telah berjaya menaikkan nama Puncak Angaksa menjadi salah satu daripada syarikat terbesar di Malaysia.
Kedengaran tawa kecil Dato' Fahrin di dalam talian sebelum dia menyambung berbicara.
"Kiara... Kiara, patutlah Riz tu senang je berbaik dengan kamu, haih," seronok Dato' Fahrin di dalam talian bersama tawa kecil di hujung ayat, Kiara terus mengerutkan dahinya tidak faham apa yang dikatakan oleh Dato' Fahrin.
"Berbaik?" Soal Kiara perlahan namun masih kedengaran ditelinga Dato' Fahrin.
"Ye lah, Riz tu susahlah nak bergaul dengan perempuan selama ni, Daddy tak pernah nampak dia keluar dengan perempuan ke even dengan staff dekat syarikat ni pun dia jarang bercakap," Kata Dato' Fahrin membuatkan Kiara segera tersenyum hambar.
"Mungkin depan Daddy je kot? Belakang Daddy tak tahu," Kata Kiara membuatkan Dato' Fahrin segera tergelak kecil.
Dalam hati Kiara sudah meluat mendengar Fariez tidak pernah bergaul dengan perempuan, kalau macam tu macam mana Fariez boleh kenal Lara?
"Daddy kenal anak Daddy tu, tapi itulah dulu adalah juga seorang perempuan ni Daddy dah lupa nama dia, Dia pernahlah bercinta dengan Riz tapi sekarang tak tahu apa jadi dengan diorang Riz tak pernah cerita pulak," Kata Dato' Fahrin membuatkan Kira segera mengetap bibirnya.

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...