CINTA SEKALI LAGI
__________ __________"Awak bangun solat subuh" Kiara mengejut Fariez yang masih tertidur di katil bilik tatamu itu.
Awal pagi tadi Kiara mencari Fariez di ruang tamu namun tak ada, jadi dia mencari Fariez di bilik tetamu pula,
"Awak cepatlah dah nak habis waktu lagi 20 minit je" kata Kiara lagi beberapa minit nak habis waktu lebih baik bangun cepat.
Fariez membuka matanya perlahan, wajah Kiara ditatap tajam dan dijeling sebelum dia bangun menuju ke atas untuk ke bilik air.
Namun langkahnya terhenti semula sebelum dia menoleh menghadap Kiara.
"Kau dah solat ke?" Soal Fariez membuatkan Kiara juga menoleh memandangnya.
"Belum saya tunggu awak" kata Kiara dengan ragu-ragu. Risau jika Fariez akan marahnya lagi.
"Tak payah tunggu aku," balas Fariez dengan datar sebelum dia menyambung langkah ke bilik air.
"T-tapi kenapa saya tak payah tunggu," kata Kiara dengan takut, pandangan Fariez yang tajam membuatkannya lagi takut.
"Aku cakap tak payah tu tak payahlah!!" Marah Fariez sebelum dia terus naik ke atas dengan wajah bengisnya, pintu biliknya juga dihempas dengan kuat.
Terhinjut bahu Kiara dengan hempasan itu, sejadah diambil sebelum dia memulakan solat subuhnya.
Setelah mereka berdua selesai menunaikan solat subuh secara berasingan, Fariez terus menuju ke meja kerjanya, ada sesuatu yang perlu dilakukan oleh nya pagi ini.
"Perempuan!" Panggil Fariez dengan kuat apabila melihat Kiara ingin keluar dari bilik tidurnya.
Dalam hati Kiara sudah binggung, aku ke? Segera tubuh dipusing menghadap suaminya.
"Sekejap lagi aku nak pergi ofis, balik dari ofis aku nak kau kemas barang kau kita balik rumah aku" kata Fariez tanpa memandang wajah Kiara matanya tetap tertumpu pada skrin laptobnya.
"Ohh okey" balas Kiara seraya itu dia melangkah pergi dari bilik itu. Balik rumah lelaki itu? Rumah dimana mereka berdua dituduh melakukan maksiat.
Sewaktu di meja makan Arissa membuat sarapan Nasi Goreng berserta air teh ais. Rajin Arissa, ini yang kita mahukan! Tiber
"Mummy dah makan ke?" Soal Fariez sambil menuruni anak tangga untuk ke meja sarapan
"Belum Mummy tunggu Daddy tak siap-siap lagi," kata Datin Tihanni kepada Fariez, Fariez mengangguk faham sebelum dia melabuhkan punggung di depan Datin Tihanni.
Kiara muncul dari dapur berserta pinggan dan mangkuk untuk digunakan oleh mereka untuk sarapan.
Datin Tihanni memandang Kiara dengan wajah menyampah.
"Aris tolong ambilkan pinggan untuk mummy" Kata Datin Tihanni sambil dikerling sedikit wajah Kiara.
Arissa sebenarnya ialah pembantu rumah sementara kerana ibunya mak yah iaitu pembantu rumah sebenar sakit dan tidak dapat membuat kerja-kerja rumah, jadi hasil pendapatan keluarga Arissa tiada kerana dia masih belajar. Oleh itu, dia merayu pada Datin Tihanni untuk mengambilnya kerja sekurang-kurangnya dapat menanggung kos dia dan ibunya. Datin Tihanni pun setuju tetapi hanya sehingga mak yah sembuh kembali, selepas itu dia ingin Arissa focus kepada pembelajarannya.
"Nak buat apa banyak-banyak? Tu kan Akak dah bawak pinggan tu" Kata Arissa dengan pelik dengan tindakan Datin Tihanni.
"Ambil je lah aku, tak ingin nak makan dari pinggan yang perempuan tu bawak, kotor"
Kata Datin Tihanni membuatkan Kiara menarik dalam nafasnya mencari kesabaran.Arissa mendang Datinn Tihanni dan Kiara silih berganti, kenapa ni?
Kiara tersenyum nipis sebelum dia mengangguk, Arissa terus kedapur untuk mengambil pinggan yang lain.
Pinggan yang Kiara bawa terus diletak di atas meja sebelum dia melabuhkan duduknya di kerusi sebelah Fariez.
Kelihatan Dato' Fahrin turun dari tangga dengan lengkap berpakaian formal.
"How dare U guys start without me?" Soal Dato' Fahrin dengan nada cerianya.
"Mana ada start pun lagi" kata Datin Tihanni dengan wajah seriusnya, Dato' Fahrin segera mengerutkan dahinya kenapa ni?
Terus langkah dibawa menuju ke kerusi yang masih kosong di sebelah Datin Tihanni.
Dato' Fahrin mencapai pinggan dan airnya sebelum matanya tertumpu kepada Kiara,
"So Kiara macam mana tinggal sini? Okey tak?" Soal Dato' Fahrin dengan ceria, Kiara cuma tersenyum nipis masih belum biasa dengan Keluarga Dato' Fahrin
"Fariez ada buli kamu tak?" Soal Dato' Fahrin ingin tahu menyebabkan Fariez mengerutkan dahinya, dalam hatinya sudah risau jika Kiara
Memberitahu bahawa dia mencengkam pipi Kiara dan tidak tidur di dalam biliknya."Ehh, mana ada uncle, erm... F-Fariez tak buli saya pun" kata Kiara dengan sedikit janggal, Dato' Fahrin segera melepaskan tawanya.
"Janganlah panggil uncle kita dah jadi satu family dah. Just call me Daddy" Kata Dato' Fahrin dengan lembut, dia mahu melayan Kiara dengan baik kerana dia tahu yang Datin Tihanni dan Fariez tidak sukakan Kiara.
"Erm... okey d-daddy" kata Kiara dengan sedikit pelik, ye lah tak biasa.
"Ehh, dah lah korang kalau nak sembang. Sembang sendirilah! Kita tunggu dia turun, lepastu dia turun boleh sembang pulak" perli Datin Tihanni dengan bibirnya dijungkitkan keatas.
Punya dok sembang sampai bila Arissa hantar pinggan pun tak sedar.
Kiara pun mengedokkan nasi goreng untuk suaminya, Fariez hanya membiarkan sahaja Kiara menyedokkan nasi untuknya.
Setelah semua selesai makan, kini cuma Kiara dan Arissa sahaja di dapur memandangkan Dato' Fahrin dan Fariez sudah keluar untuk membuat sedikit kerja di ofis, Datin Tihanni pula sedang bersenam di dalam biliknya.
Kiara membasuh pinggan yang tersisa didalam singki dalam masa yang sama dia sedih dengan layanan Datin Tihanni terhadapnya.
Arissa yang melihat Kiara termenung segera mendekati tubuh itu.
"Akak sabar tau" kata Arissa sambil meraih bahu Kiara, Kiara tersenyum nipis sebelum dia mengangguk.
Arissa sudah tahu bagaimana Kiara dan Fariez disatukan, dia sendiri tidak tahu perkara itu. Pagi tadi Dato' Fahrin menyuruhnya menengok-nengokkan Kiara risau jika Datin tihanni dan Kiara bergaduh dari situlah Arissa tahu kisah sebenarnya
"Ehh! Akak! Aris lupa nak siram pokok bunga!" Kata Arissa setelah mengingati tugasanya yang dia terlupa iaitu menyiram pokok bunga.
"Ha cepat pergi siram sana, karang bising pulak mummy tu" Kata Kiara berserta tawa kecilnya, kerana melihat wajah Arissa yang gelabah itu persis kanak-kanak.
Kalaulah dia dapat berjumpa semula dengan adiknya pasti mereka berdua sangat rapat sekarang.
"Kerja kau ni memang termenung je ke?" Tegur satu suara tua yang baru sahaja memasuki dapur.
Kiara segera mengerutkan dahinya sebelum dipandang wajah ibu mertuanya itu. Sejak bila dia termenung?
"Sorry mummy, Kiara tak sengaja" Kata Kiara dia sendiri pun tidak sedar dia sedang termenung, namun terpaksalah dia meminta maaf. Kalau beperang mulut dengan Datin Tihanni sampai esok tak habis.
"Macam manalah mak bapak kau bela kau? Mesti terseksakan, ke diorang culas macam kau?" sinis Datin Tihanni berkata membuat Kiara mengetap giginya.
"Entah-entah perangai mak engkau pun sama macam kau sebab tu kena cerai! Aku dengar mak kau kena cerai? Yang belagak bagus hari tu mak tiri kau kan?" Kata Datin Tihanni dengan sinisnya membuatkan Kiara semakin geram apabila kedua ibunya di hina begitu.
"Mummy jangan hina mak dan ayah saya macam tu" tegas Kiara dengan suara menahan sabar, Datin Tihanni terus mengetap giginya.
"Kurang ajar kau kan!!" Di tarik rambut panjang Kiara ke belakang, pinggan di tangan Kiara pun terlepas.
Prang...!
TO BE CONTINUE...

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...