"Please Kiara, give me a chance," ucap Fariez tetapi tidak membuat hati Kiara tercuit walaupun sedikit.
"Never," Kiara pun menepis pegangan tangan Fariez pada tangannya
"Kiara please," Rayu Fariez kepada Kiara namun gadis itu hanya buat tidak endah dan dia segera mengatur langkah melintasi jalan raya tanpa memandang ke kiri atapun kanan
Pinn!!
"Kiara!!"
Dengan pantas Kiara memejamkan matanya dengan erat, Fariez terus menarik lengan Kiara mendekati tubuhnya.
Tanpa sempat motor itu melanggar Kiara sempat ditarik oleh Fariez dan terus masuk ke dalam dakapan Fariez.
Cekak!
Cekak!
Kiara segera membuka semula matanya apabila melihat dirinya terselamat daripada dilanggar oleh motor yang memandu tadi.
"Kiara? Kau okay tak?" Soal Fariez dengan wajah cemasnya, Kiara hanya mengangguk kecil sebelum dia terus memandang ke arah seseorang di sebalik tiang seberang sedang memerhati mereka.
"Itulah berlagak sangat, kalau kena langgar tadi macam mana?" Bebel Fariez sendirian sebelum Kiara mengerutkan dahinya.
"Awak," panggil Kiara perlahan sambil menepuk-nepuk lengan Fariez.
"Hmm? Aku tak habis cakap lagi!" Kata Fariez lagi dengan wajah yang kosong.
"Awak tengok tu, saya rasa orang tu tangkap gambar kita" kata Kiara dengan perasaan curiga sambil jarinya menunjuk ke arah seorang lelaki yang serba hitam berlegar di kawasan bahu jalan itu.
"Hah?" Terus serius wajah Fariez memandang ke arah lelaki serba hitam itu, matanya dikecilkan sebelum dia tersentak.
"Ye ke? Entah-entah dia tangkap gambar lain tak?," kata Fariez yakin membuatkan Kiara mengerutkan dahinya.
"Tak, saya nampak tadi, dia tangkap gambar kita," Kata Kiara dengan lebih yakin dia tahu tadi lelaki itu betul-betul memandang menyuluh camera ke arah mereka berdua memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang berada di bahu jalan seberang ini.
"Tak adalah Kiara, dah jom kita gerak karang lambat pula," Kata Fariez segera menarik Kiara meninggalkan kawasan tersebut dan terus bergerak menuju ke butik Datin Tihanni.
Kiara menarik nafasnya sebelum dia menghembus nafas tersebut, rasa curiga dalam hatinya cuba untuk di hilangkan.
Dengan perlahan Kiara terus mengatur langkah mengikut langkah Fariez maju ke hadapan.
Perempuan yang disangka lelaki di seberang jalan itu segera mengukirkan senyuman sinis dan menurunkan hoodie di kepalanya.
"Just wait and see," kata perempuan itu sebelum dia terus berlalu pergi dari situ.
Kiara dan Fariez segera masuk ke dalam butik Datin Tihanni secara beriringan, terus rambang mata Kiara melihat baju-baju yang cantik dan modern di dalam butik itu tergantung elok pada rak-rak yang terdapat di situ.
Sebuah patung yang sedang memakai gaun yang sangat cantik dipandang oleh Kiara.
"Cantiknya," bisik Kiara perlahan tanpa berniat ingin menyentuh ataupun mendekat.
Dengan design baju yang cantik semestinya mahal, selangkah demi selangkah Kiara berjalan di sekitar butik sementara Fariez terus menuju ke kaunter pembayaran untuk bertanya kelibat Datin Tihanni.
Kiara teruskan berjalan sambil melihat baju-baju dress yang tergantung di tepi dinding sebelum bahu Kiara terlanggar dengan bahu seseorang.
"Auch" adu gadis itu sebelum Kiara dan gadis itu saling memandang.
YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...