"Hah? Cerai?" Membulat mata Kiara apabila mereka berbicara soal cerai Fariez pula hanya menayangkan wajah bersahajanya.
"Bila?" Soal Kiara polos sambil mencapai minumannya yang berada di atas meja.
"Happy nampak?" Kiara tersengeh kecil sebelum dia meletakkan semula minumannya ke atas meja.
"Kan Aku dah cakap tadi, dua bulan dari sekarang" Kiara mengangguk ringkas sebelum dia mengigit bibir mungilnya.
Selesai sahaja makan mereka berdua pun bergerak menuju ke Rumah Agam Dato' Fahrin .
"Assalamulaikum," laung Fariez sebelum mereka berdua melangkah memasuki pintu rumah Dato' Fahrin.
"Waalaikumsalam," balas Datin Tihanni yang sedang menonton televisyion di ruang tamu.
"Mummy sihat?" Soal Fariez sebelum perlahan-lahan mereka mendekati Datin Tihanni.
"Macam tulah, kaki ni je kadang rasa berdenyut sikit" Kata Datin Tihanni sambil menyambut huluran tangan Fariez untuk meyalamnya.
Kiara pun mendekati Datin Tihanni untuk menyalam, hatinya berdegup kencang membimbangkan riaksi Datin Tihanni.
Tajam mata Datin Tihanni memandang menantunya, tangannya perlahan-lahan dihulurkan kepada Datin Tihanni.
Dengan pantas Datin Tihanni menyambut tangan Kiara dan menyalam gadis itu. Dengan pantas juga Datin Tihanni menarik semula tangannya.
Kiara tersenyum manis kepada Datin Tihanni namun wanita tua itu hanya beriak biasa sebaliknya wajah Kiara hanya di pandang sekilas.
Fariez hanya memandang sepi ke arah mereka berdua, sofa empuk di tepi meja itu didekati sebelum dilabuhkan punggungnya ke atas sofa itu.
"Riz, kenapa datang malam-malam ni?" Soal Datin Tihanni kepada Fariez yang sedang duduk, Kiara di tepinya hanya diabaikan sahaja.
"Saja je nak teman mummy, ni daddy mana?" Soal Fariez sambil matanya melihat ke arah televisyion.
"Adalah pergi main snuker dengan kawan dia," kata Datin Tihanni dengan nada bersahaja, matanya juga dilarikan memandang televisyion.
Kiara tersenyum ringkas sebelum dia terus duduk di atas armchair di ruang tamu itu.
"Mummy naik dululah, bosan pula cerita ni" Datin Tihanni terus bangun dari duduknya dan mengatur langkah menuju ke anak tangga untuk naik ke atas.
Kiara terus mengigit bibirnya kerana Datin Tihanni seperti tidak menyukainya.
"Mummy nak Riz tolong ke?" Pelawa Fariez kerana Datin Tihanni masih tidak berapa boleh
menaiki tangga sendiri akibat jatuh haritu."Tak payah, Mak Yah ada" Mak Yah terus muncul dari dapur ke arah Datin Tihanni untuk memapah ataupun membantu Datin Tihanni naik ke atas.
Terus berkerut wajah Kiara, ini kali pertama dia melihat wajah Mak Yah menjadi pembantu di dalam rumah Dato' Fahrin.
Fariez mengangguk sebelum dia terus mengeluarkan telefon dari poket seluarnya, wajah Kiara di armchair dipandang sekilas.
Kiara terus bangun dari duduknya ingin menuju ke dapur.
"Pergi mana?" Soal Fariez sebelum Kiara membalas.
"Dapur minum air, lepastu saya nak naik atas" terang Kiara sebelum Fariez mengangguk ringkas.
Segelas air diteguk sebelum Kiara mula terfikir akan layanan Datin Tihanni kepadanya, mengapa wanita itu tidak menyukainya?
"Awak Kiara ye?" Soal Mak Yah sambil kaki melangkah menghampiri Kiara.

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...