CINTA SEKALI LAGI
___________ ___________"Entah-entah perangai mak engkau pun sama macam kau sebab tu kena cerai! Aku dengar mak kau kena cerai? Yang belagak bagus hari tu mak tiri kau kan?" Kata Datin Tihanni dengan sinisnya membuatkan Kiara semakin geram apabila kedua ibunya di hina begitu.
"Mummy jangan hina mak dan ayah saya!" Kata Kiara dengan nada tertahan, dia tidak boleh menahan sabar!
"Kalau aku nak hina jugak? Kau nak buat apa?" Soal Datin Tihanni dengan senyuman bangganya, bangga apabila dapat membuat Kiara sakit hati.
"Jangan disebabkan Keluarga Saya tidak setaraf dengan keluarga mummy, mummy boleh hina sesuka hati. Mummy jangan lupa dekat akhirat kita semua sama je darjat dan pangkatnya," Kata Kiara dengan sedikit sebak, pinggan di tangannya masih dia cuci. Hatinya semakin sakit.
"Kau kurang ajar kan!" Kata Datin Tihanni dengan geram sebelum dia bertidak menarik kuat rambut Kiara yang terurai panjang ke belakang.
Terlangut kepala Kiara apabila di tarik begitu, tubuhnya juga bergerak beberapa langkah kebelakang, tangannya yang licin menyebabkan pinggan di tangannya jatuh ke lantai.
Bunyi serpihan kaca pecah memenuhi ruang dapur tersebut, Pinggan tadi jatuh tepat di kaki kanan Kiara menyebabkan cecair merah keluar dari kakinya.
"Auch!" Kata Kiara matanya dipejam rapat, terasa sakit sangat kakinya. Air matanya hampir mengalir disebabkan sakit yang teramat.
Semakin lama semakin banyak cecair merah yang keluar dari kakinya.
"Assalamualaikum," Laung Fariez segera kakinya melangkah masuk ke dalam rumah, di cari Kiara dan mummy-nya di sekeliling sudut ruang tamu.
"Mummy?" Panggil Fariez dengan cemas apabila melihat tangan Datin Tihanni sedikit luka akibat daripada kaca itu.
Datin Tihanni ingin mencapai pinggan yang hampir jatuh tadi tetapi tidak sempat jadi terdapat beberapa kaca yang terkena tangannya.
"Hoi!! Kau buat apa dekat mummy" Soal Fariez dengan bengang luka kecil ditangan Datin Tihanni cepat-cepat di lihat, padahal luka yang besar di kaki Kiara diabaikan.
"Riz, Dia marahkan mummy tadi, lepastu dia nak baling pinggan tu dekat mummy nasib baik mummy sempat elak!" Tipu Datin Tihanni air mata palsunya juga turun dengan agak deras.
"Mummy tak tahu apa salah mummy" Sambung Datin Tihanni lagi, Kiara yang mendengar temberang itu segera mengerutkan dahinya.
"Tapi tadi mummy yang--" belum sempat Kira menghabiskan ayatnya Fariez sudah memotong.
"Apa masalah kau?! Kau ni kalau tak menyusahkan orang tak boleh ke?" Tempik Fariez dengan Kuat, matanya menikam tepat anak mata Kiara.
"Awak, saya terlepa--" Kali kedua percakapannya dipotong, kakinya yang sakit diabaikan dia perlu memberitahu kebenaran dahulu.
"Serabutlah aku dengan kau ni?!! Kau sini kau!!" Kata Fariez sebelum dia menarik kasar Tangan Kiara dan berjalan menuju ke tangga untuk naik ke atas.
"Awak sakitlah!!" Jerit Kiara kakinya terasa sangat sakit ngilu badannya apabila kaki yang sakit itu menekan lantai.
"Awak!!!" Jatuh air matanya ke pipi apabila Fariez tetap menarik tanganya tercungap-cungap dia mengejar langkah Fariez yang dihadapannya.
Pintu bilik di buka sebelum dia menolak kasar tubuh Kiara masuk ke dalam bilik, terjatuh tubuh Kiara ke atas lantai,
"Sakitlah!!" Berderai-derai air mata Kiara mengalir di pipinya, kakinya yang sudah bengkak dengan beberapa serpihan kaca kecil itu di pegang perlahan
pintu dihempas dengan kuat sehingga terhinjut kedua-dua belah bahu Kiara.
"Kenapa awak buat saya macam ni?!!" Soal Kiara dengan kuat berserta air matanya yang mengalir, sakit di kakinya hanya Allah sahaja yang tahu.
Fariez membuka blazer yang dipakai olehnya sebelum dicampak ketepi blazer itu, tubuh Kiara terus dia dekati.
"Kau sedar tak yang kau cuba untuk paling pinggan tu tadi mak aku?!!" Tempik Fariez dengan kuat memenuhi ruang bilin untuk, Ditarik rambut Kiara yang sedang tunduk itu membuat kiara melanggut memandangnya.
"Awak tak dengar lagi penerangan saya!" Balas Kiara cengkaman rambutnya cuba dilepaskan.
"Kau ni menyusahkan tahu tak?!! Kau siap cepat, makin lama kau dekat sini makin serabut kepala otak aku?!!" Marah Fariez dengan kuat sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu, sekali lagi pintu bilik dihempas.
Bunyi esakkan Kiara memenuhi bilik yang sunyi itu.
Dengan perlahan dia cuba untuk bangun dari duduknya walaupun kaki kanannya sakit terpaksa dia berjalan juga mengemas pakaian-pakaiannya.
Nasib baik cuma kaki kanannya yang berdarah dan luka, kerana sempat kaki Kirinya elak daripada terkena kaca.
Sesekali kedengaran bunyi decitkan Kiara menahan rasa sakit dikakinya.
"Abang Riz!! Kenapa banyak kaca ni?" Soal Arissa yang baru sahaja masuk daripada menyirah pokok bunga dan menyidai kain jemuran
"Kau pergi tanya perempuan tu lah!" Bengang Fariez, marahnya masih belum reda tetapi Arissa sudah mengganggunya.
Kelihatan Kiara turun dari tangga dengan beg bajunya di tangan, Fariez memang tidak bawa beg baju kerana bajunya banyak dan memang ada di rumahnya dan rumah ibu bapanya.
"Ehh? Akak kenapa dengan kaki akak?" Soal Arissa dengan nada prihatinnya, cara Kiara jqlan yang capek sudah menunjukkan yang kakinya sakit.
"Sikit je kena kaca tadi" Kata Kiara dengan senyuman nipis, sakit memang sakit tapi apa dia boleh buat? Harap-harap dekat rumah Fariez adalah first aid kit ke?
"Akak luka tu, tak nak cuci luka dulu ke?" Soal Arissa tidak sanggup dia melihat luka yang masih basah itu.
"Tak payah, biar dia rasa nak sangat cederakan mummy akhirnya dia sendiri yang kena. Cepatlah!" Marah Fariez sebelum dia mengatur langkah keluar dari rumah.
"Kejap, saya nak sapu kaca tu dulu" Kata Kiara seraya itu beg ditangan dilepas ke lantai sebelum dia ingin ke dapur.
"Takpe akak, biar Aris buat. Tu abang dah tunggu dah tu lebih baik akak pergi sekarang." kata Arissa dengan tangan menunjuk ke luar.
"Takpe, saya boleh buat" kata Kiara sambil tersenyum nipis, Arissa sudah menjelingkan matanya.
"Akak ni kenapa? Aris cakap biar Aris buat kan?" Marah Arissa, bukan apa dia pun kesian melihat Kaki Kiara yang sakit itu.
"Sorry" kata Kiara sepatah kepala turut ditundukkan.
"Perempuan! Kau boleh cepat sikit tak?" Jerit Fariez dari luar menyebabkan Kiara terus ingin bergerak ke luar.
"Akak! Jaga diri tau" pesan Arissa sebelum dia melambai tangan ke arah Kiara.
Setelah Kiara hilang dari pandangan Arissa menggeleng perlahan.
"Kalau abang percaya apa yang mummy cakap maksudnya abang bodoh" Kata Arissa geram dia dengan perangai Fariez, namun siapa dia ingin menasihati anak majikannya itu.
TO BE CONTINUE....

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...