BAB 27

98 11 0
                                    

Fariez segera mendekati Kiara yang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki.

Lara di belakang sudah tersenyum berpuas hati, pasti akan ada perbalahan sekejap lagi.

"Lama lagi ke?" Soal Fariez di telinga Kiara membuatkan gadis itu segera menoleh ke belakang.

"Eh? Awak sorry saya lambat, kenalkan ni kawan saya Doktor Aqil Hariz, and Aqil ni Fariez" Pekenal Kiara sebelum kedua lelaki itu segera berjabat tangan mereka.

"Suami Kiara," kata Fariez dengan sedikit perlahan kepada Aqil, Aqil segera mengangguk kecil kepalanya.

"Aku kawan Kiara, kitaorang jumpa masa dekat hospital haritu," Fariez segera memandang wajah Aqil dengan tajam dan teringat pula sewaktu dia melihat Kiara makan di kafe hospital dengan lelaki yang sama.

"Ok lah, Aqil thank You so much sebab tolong Saya bagi kad kesihatan Mama, saya tak sangka rupanya awak selalu rawat mama saya," Kata Kiara dengan senyuman dibibir, Aqil hanya tersenyum ringkas sahaja mendengar kata Kiara.

"my pleasure, By The Way salam takziah kepada awak dan keluarga yang lain," Kata Aqil dengan lembut dan senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Fariez mengerling jam tangannya yang sedang menunjukkan pukul 1;30 petang, Kiara pun segera mengerling jam tangannya juga, wajah Fariez terus di pandang olehnya.

"Aqil kalau tak ada apa-apa saya gerak dulu ye? lain kali kita jumpa lagi," Kata Kiara sebelum mendapat anggukan daripada Aqil, Fariez hanya memerhati sahaja Aqil dan Kiara yang sedang melambai tangan.

"Insyaallah"

Lara menjeling kasar belakang tubuh Fariez dan Kiara sebelum dia terus melangkah keluar daripada kafe dan menuju ke kereta.

Dia fikir Fariez akan marah akan Kiara dan mereka akan bergaduh tetapi tidak pula

-

"Lara cepatlah call kawan kau, dah nak sampai ni," Kata Kiara kerana Lara hanya diam dan menutup telefonnya, sekurang-kurangnya beritahu dahulu yang mereka hampir tiba supaya kawan Lara sudah bersedia di luar rumah.

"Tak angkat," balas Lara sepatah.

Fariez sudah menayangkan wajah bekunya, waktu sekarang sudahpun menunjukkan pukul 2:00 petang, dia pula perlu segera pulang ke rumah untuk menghadiri meeting pada pukul 3:00 petang.

"Tak apa, berhenti je dulu aku cuba tekan loceng rumah," cadang Lara sebelum dia segera turun dari kereta untuk menekan butang loceng rumah kawannya.

Kiara turut turun dari kereta untuk membantu Lara memanggil kawannya.

Ding Dong!

"Qeesya!" Panggil Lara dengan kuat sambil menekan loceng rumah, tengkuknya memanjang memerhati sekeliling rumah

"Tak ada oranglah," Kata Kiara apabila suasana rumah itu hanya sunyi seperti tiada penghuni.

"Habis tu macam mana ni?" Soal Lara sambil tangannya menghubungi nombor kawan baiknya itu.

"Angkatlah!"

Tut!

"Hello?" Sapa Qeesya di dalam talian, masing-masing terus tertumpu pada Lara yang sedang menghubungi kawannya.

"Qees kau dekat mana?" Lara terus menyoal Qeesya keberadaannya di mana? Disebalik talian Qeesya sudah mengerutkan dahinya dengan sikat pelik Lara tiba-tiba tanya di mana.

"Aku dekat Thailand ada family event, kenapa?"

"Alamak! Aku lupa..." Lara terus mengigit bibirnya apabila mendengar jawapan Qeesya sebentar tadi.

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now