BAB 34

113 10 4
                                    

"Kiara?" soal Puan Zalia sebaik sahaja melihat tubuh Kiara melangkah masuk ke dalam rumah dengan keadaan yang megah akibat berlari tadi.

"assalamualaikum..." ucap Kiara dengan nada suara perlahan, Puan Zalia yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu segera berdiri dan dengan pantas mengatur langkah mendekati Kiara sebelum tubuh itu dipeluk erat.

Kiara turut membalas pelukan ibu tirinya sebelum air matanya mengalir dari tubir mata. Puan Zalia pun meleraikan pelukan mereka sebelum wajah Kiara dipandang.

"sayang, kenapa luka-luka ni?" Puan Zalia terus bertindak memegang wajah Kiara yang lebam di bahagian pipi dan bertampal plaster di pipi sebelah lagi, terus cemas wajah Puan Zalia melihat Kiara.

Kiara menunduk ke bawah tanpa mempunyai rasa ingin memberitahu Puan Zalia perkara sebenar memandangkan hatinya tidak sanggup membocorkan perangai sebenar kakaknya yang kejam.

"Ya Allah kenapalah dengan muka Kiara ni?" Kata Puan Zalia dengan cemas kerana melihat anak tirinya begitu. risau pula hatinya. iya lah siapa sahaja tak risau kalau ahli keluarga sendiri luka teruk?

kelihatan Tuan Asyraaf baru sahaja turun daripada anak tangga terus mendekati Puan Zalia apabila melihat isterinya dihadapan pintu.

"Lia, kenapa ni?" soal tuan Asyraaf sambil mengatur langkah mendekati Puan Zalia, wajahnya bertukar apabila melihat wajah Kiara di hadapan Puan Zalia.

"ehh? Kiara?" soal Tuan Asyraaf sebelum dia terus mendapatkan Kiara dan memeluk tubuh itu, selepas beberapa saat barulah Tuan Asyraaf melepaskan pelukan anak kandungnya itu, wajah Kiara diteliti sebelum riak wajah Tuan Asyraaf berubah.

"kenapa dengan pipi kamu Kiara?" soal Tuan Asyraaf mengulang semula soalan Puan Zalia kepada Kiara tadi jadi balasan Kiara tetap sama, tiada respons malah dia hanya menunduk.

"siapa buat kau ni Kiara? mana laki kau? Apahal dia tak ikut kau datang sini? ke dia yang pukul kau?" soal Tuan Asyraaf keras sebelum pintu luar di intai olehnya dengan wajah bekunya.

"Tak... papa, ibu... Kiara J-Jatuh,"tipu Kiara dengan tubuh yang sedikit terketar-ketar, wajah Tuan Asyraaf membuatkan Kiara berasa sangat gerun. Bagaimanalah Jika Tuan Asyraaf tahu sebenarnya Lara punca dia begini?

"Jatuh apa sampai lebam, luka berplaster ni?" Soal Puan Zalia tidak percaya, dalam hatinya mengatakan bahawa pasti ada sesuatu yang berlaku.

"Erm..." Kiara terus menunduk ke bawah tidak tahu apa yang dia ingin sampaikan, mula terbit rasa menyesal dia datang kesini. Kalaulah dia cuma ikut arahan Fariez tadi...

"Kiara! Bagitahu papa cepat, ni kakak kamu mana? Tak pernah nak jenguk ayah? Kalau dia tahu kamu luka macam ni mesti dia risau," Kata Tuan Asyraaf dengan yakinnya kepada Kiara membuatkan air mata gadis itu mula bertakung di tubir matanya.

Risau? Macam mana nak risau kalau Lara sendiri yang pukulnya?

"Papa, Ibu, Kia okay lagipun dah sapu ubat. Kiara penatlah, kalau Kia naik dulu boleh tak?" Kata Kiara dengan senyuman tawar di bibir, dia sudah tidak ingin disoal tentang wajahnya lagi.

Puan Zalia memandang wajah Kiara sebelum dia menarik nafasnya dalam dan hembus.

"Sekarang ni siapa yang buat kamu Kiara?" Soal Tuan Asyraaf tidak berpuas hati apabila Kiara tidak menjawab soalannya.

"Kiara, Pergi naik sayang, rehat dulu," Kata Puan Zalia dengan lembut membuatkan Kiara terus mengangguk dan melangkah naik ke atas menggunakan anak tangga.

"Awak ni kenapa?" Soal Tuan Asyraaf kegeraman, Kiara masih belum menceritakan lagi hal sebenar kepadanya.

"Biarlah dia rehat, kalau awak tanya dia bukannya dia nak jawab pun," Kata Puan Zalia sebelum dia terus melangkah meninggalkan Tuan Asyraaf seorang diri.

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now