Prolog

682 23 4
                                    


CINTA SEKALI LAGI
♡♤♢♧ ♡♤♢♧

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ,
saya memulakan cerita saya, peringatan saya menulis hanya untuk suka-suka dan mengisi masa lapang.

Saya bukanlah seorang yang sempurna, di mana-mana pasti ada kekurangan.
Oleh itu, saya ingin memohon maaf jika ada kelahan ejaan pada karya ini ataupun plot/jalan cerita yang tidak menarik.

Tiada paksaan untuk membaca cerita ini, saya harap karya ini dapat memuaskan hati pembaca. Sekian! Selamat membaca!

🚫 KEMATANGAN PEMBACA AMAT DIHARGAI 🚫

____________________________
(18 tahun yang lalu)

"Apa semua ni Kairina?!" Tempik Tuan Asyraaf dengan kuat kepada isterinya. Gambar-gambar Puan Kairina dengan lelaki lain dicampak ke muka Puan Kairina.

"Alana? Alwina? Pergi masuk bilik sayang" arah Puan Kairina dengan lembut dia tidak mahu memberi anak-anaknya melihat situasi sekarang ini.

"Tapi..." kata Alanna dengan serba salah.

"Aku tanya kau ni Kairina apa semua ni? Kau tak payah nak tunjuk baik depan anak-anak ni!" Kata Tuan Asyraaf lagi dengan kuat, makin sakit hatinya apabila Puan Kairina hanya mengabaikan soalannya.

"Ya Allah! Abang sumpah dalam gambar tu bukan saya!" Puan Kairina membela dirinya sendiri daripada tuduhan tersebut, dia sendiri tidak tahu bila masanyq dia keluar ataupun berbuat perkara tak senonoh.

"Sudahlah Kairina aku dah penat nak hadap muka kau, mulai hari ni kau--" belum sempat Tuan Asyraaf ingin melafazkan cerai Puan Kairina sudah memotong.

"Abang!! Please Rina minta maaf, tapi Rina memang tak salah itu semua salah faham, abang tolong jangan lepaskan Rina demi anak-anak abang!" Rayu Puan Kairina dia takut jika mereka bercerai anak-anaknya tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya.

Kiara Alwina yang melihat situasi itu terus mendekati ibunya.

"Ibu, jangan menangis" kata Kiara sambil memeluk tubuh ibunya, Alanna sudah masuk ke dalam bilik dan menekup telingnya, takut dengan jeritan Tuan Asyraaf.

"Sayang, masuk bilik please." Ucap Puan Kairina dengan sebak, wajah anaknya disentuh penuh kasih sayang.

"Tapi papa janganlah marah mama!!" Tempik Kiara kepada Tuan Asyraaf, hati Tuan Asyraaf sudah panas melihat perbuatan Kiara.

"Kau sini kau" Tuan Asyraaf terus mendapatkan Kiara dan menampar pipi budak itu

Pang!

"Abang!!!" Jerit Puan Kairina anaknya yang terteleng ke kiri itu terus didapatkan dan dipeluk.

"Kenapa abang tampar dia? Dia kecil lagi baru 4 tahun, sejak bila abang berani naik tangan ni?" Marah Puan Kairina tidak sampai hatinya melihat anaknya dipukul.

"Ni semua ikut perangai kau lah!! Biadap!" Tempik Tuan Asyraaf dengan sangat kuat, Kiara yang menangis di dalam dakapan ibunya itu turut terkejut.

"Kau sini" Tuan Asyraaf terus bertindak mengambil Kiara dan mendukung Kiara.

"Papa!!! Tak nak!! Mama!!" Raung Kiara air matanya mengalir lesu ke pipinya.

"Kairina kau dengar sini ye, Kairina Aliya Aku ceraikan kau dengan talak satu!" Kata Tuan Asyraaf seraya pergi dari situ bersama Kiara di tangannya.

"Abang!!!" Terduduk Puan Kairina dengan lafaz yang dilafazkan oleh Tuan Asyraaf sebentar tadi

Kiara yang menangis di dalam dukungan Tuan Asyraaf diabaikan disebaliknya dia hanya meneruskan langkahnya menuju ke kereta untuk pergi dari situ bersama Kiara.

____

Setelah beberapa tahun, Kiara kini tinggal bersama Tuan Asyraaf dan Puan Zalia.

Ayahnya megahwini seorang wanita berkerjaya semasa Kiara berumur 12 tahun iaitu 8 tahun selepas Tuan Asyraaf dan Puan Kairina bercerai.

Suatu hari Puan Zalia tiada di rumah akibat out-station selama seminggu, Kiara tinggal berdua sahaja bersama bapanya

"Kiara, kau pergi basuh baju aku, esok aku nak pakai" kata Tuan Asyraaf kepada Kiara yang sedang menonton television.

"Papa basuhlah sendiri" kata Kiara dengan wajah kosongnya, matanya tetap tidak memandang wajah Tuan Asyraaf.

"Oi!! Kau ni biadap kan?!!" Tuan Asyraaf terus menghampiri Kiara dan satu lempangan hinggap di pipi Kiara.

"Apa ni papa?! Sakitlah!" Marah Kiara, pipinya yang merah itu dipegang.

"Kau ni sama je kan peragai macam mak kau! Perangai nak menyakitkan hati aku je!" Kata Tuan Asyraaf dengan sinis, Semakin panas hati Kiara apabila ayahnya mengata ibunya seperti itu.

"Mama tak akan sakitkan hati papa kalau papa tak sakitkan hati mama!!" Lawan Kiara dengan berani dia tidak suka ayahnya menyalahkan ibunya.

"Ehh banyak pulak mulut kau, elok aku biar je lah kau tinggal dengan mak kau tu!" Kata Tuan Asyraaf dengan nada yang kuat, Kiara tersenyum sinis, hampir sahaja dia tertawa.

"Itulah Kiara pun terfikir kenapa Papa tak biar Kiara tinggal dengan mama? Ke sebab papa takut? Takut tak ada peneman, tapi kalau papa nak bagi Kiara dekat mama Kiara okey je, dari hidup dekat sini macam jadi orang gaji tak berbayar" Kata kiara sebelum dia melangkah pergi dari situ, malas mahu berbalas mulut dengan Tuan Asyraaf.

"Aku tak kira kau basuh jugak baju aku, kalau tak aku tak akan bagi engkau makan dah!!" Jerit Tuan Asyraaf dengan kuar menyebabkan Kiara yang berada di dalam bilik mendengar.

"Hmp! Tak nak bagi makan konon, yang selalunya sumbat makanan dalam mulut aku ni pun bukannya kau, tu ha bini kau tu" gumam Kiara perlahan, memang Puan Zalia selalu memasak ataupun membeli makanan nak harapkan Tuan Asyraaf? Lambett lagi....



One day You will realize your frozen heart already melt, if it doen't so I'll keep trying.

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now