CINTA SEKALI LAGI
__________ __________Pang!!
Satu tamparan hinggap di pipi Fariez yang terduduk di atas lantai itu, Dato' Fahrin tidak dapat mengawal kemarahannya setelah mendapat tahu kes yang berlaku.
"Tak guna punya anak, kau terdesak sangat ke nak rosakkan perempuan?" Tempik Dato' Fahrin dengan kuat Kiara yang sedang menangis di dalam dakapan Puan Zalia itu dikerling.
Kiara tidak sanggup melihat salah faham, Fariez pula hanya diam dan tidak bersuara. itu Kiara pantas mengangkat wajahnya sebelum bersuara.
"Uncle, papa semua ni salah faham! Anak pakcik tak buat apa-apa pun dekat saya, saya cuma takut sebab ada orang kejar saya jadi saya lari. Lepastu saya nampak ada rumah yang masih berlampu saya pun pergilah nak minta pertolongan, dan tak sangka pula akan jadi macam ni," Kata Kiara dengan serba salah, dia tidak tahu sama ada mereka akan percaya atau tidak tetapi memang itu kebenarannya. Berani kerana benar!
"Betul ni Fariez tak apa-apakan kamu?" Soal Dato' Fahrin dengan ragu-ragu, dia tidak tahu mahu percaya ataupun tidak, cuma dia takut jika benar anaknya melakukan perkara tidak senonoh.
"B-betul" Kata Kiara dengan sedikit gugup apabila Dato' Fahrin menikam tepat biji matanya.
"Kau perangkap anak aku ke sebenarnya?" Fitnah Datin Tihanni tidak puas hati dengan Kiara.
"Datin jangan tuduh anak saya!" Balas Puan Zalia tidak boleh dia orang lain memfitnah anak tirinya, dia yakin anaknya tidak bersalah.
"Hani, daripada awak tuduh budak tu lebih baik awak bunuh je dia!" Tegur Dato' Fahrin dengan perangai Datin Tihanni yang suka memfitnah itu.
"Sekarang ni Riz nak kahwin ke dengan perempuan ni?" Soal Datin Tihanni dengan sinisnya kepada anaknya, Fariez mengangkat wajahnya.
"Demi Maruah keluarga Riz akan kahwin dengan dia" putus Fariez membuat membular biji mata Kiara, yang lain turut terkejut dengan keputusan Fariez.
Datin Tihanni mendengus geram, langkah terus dibawa naik ke atas dalam kepala otaknya berfikir. Apa yang dia nak cakap dekat kawan-kawannya? Jiran-jiran?
____
Selepas seminggu berlalu akhirnya hari ini Kiara Alwina dan Fariez Mikael bakal disatukan,
"Mana perempuan ni?" Soal Datin Tihanni kepada suaminya, tubuh Kiara tidak turun-turun dari tadi. Entah apa yang lama sangat tu pun tak tahulah?
"Sabarlah sikit!" Marah Dato' Fahrin isterinya ini seperti tidak sabar-sabar ingin perkahwinan mereka berlansung.
"Ye-ye je dalam bilik tengah siap, entah-entah dah lari" kata Datin Tihanni sebelum dia menjeling sedikit wajah suaminya.
Kelihatan Kiara yang baru lepas bersiap turun dari tangga, mata Dato' Fahrin dan Datin Tianna pun terpandang wajah cantik Kiara.
Walaupun tempahan baju dan MUA last minutes tetap cantik ye, Kiara dengan wajahnya yang putih, kulit yang flawless, hidung mancung dan bentuk muka yang runcing menaikkan lagi seri wajahnya. Makeup sikit je dah boleh cair mata yang melihatnya.
"Tu ada lagi bakal menantu awak tu, tak lari pun" sindir Dato' Fahrin membuatkan Datin Tihanni mendengus geram dengan percakapan suaminya.
"Semua dah ada, kita dah boleh mula ke?" Soal Dato' Fahrin selaku saksi pernikahan ini.
Tuan Asyraaf hanya mengangguk sebelum Fariez turut mengangguk, tetamu yang hadir masing-masing tersenyum melihat wajah cantik Kiara di atas pelamin.
Mereka tidaklah membuat majlis besar-besaran cuma ada keluarga, saudara-mara dan jiran terdekat.
YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Roman d'amour"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...