CINTA SEKALI LAGI
_________ _________Pada keesokan harinya Kiara pun keluar daripada biliknya, dapur dituju untuk melihat beberapa makanan yang boleh dimakan.
Sepanjang dia tinggal di sini tidak pernah dia masak, selalunya mesti Fariez akan membeli makanan dan makan di rumah. Kadang-kadang ada untuk Kiara dan kadang-kadang tiada.
Tempat simpan roti dibuka untuk membuat sandwich perutnya sudah lapar kerana semalam dia tidak makan dan hanya duduk didalam bilik.
Setelah beberapa minit sandwich telurnya pun siap dimasak terus dibawa pinggan yang berisi sandwich ke atas meja makan.
Sedang dia sedap makan, tiba-tiba Fariez turun dari tangga dengan lengkap perpakaian kerjanya.
"Awak" panggil Kiara dengan perlahan kepala menghadap tubuh Fariez yang sedang menuruni tangga sambil bermain telephone.
Fariez hanya meneruskan jalannya tanpa mengendahkan panggilan Kiara.
"Awak!" Panggil Kiara lagi dengan nada yang lebih kuat, dahinya dikerutkan apabila Fariez hanya terukan berjalan tanpa memandang ke arahnya.
"Fine, saya minta maaf saya tahu saya salah. Saya tak sepatutnya cakap awak macam tu semalam. Saya penat waktu tu, saya janji lepas ni saya tak tinggi suara dah" Kata Kiara dengan harapan lelaki itu pusing menghadapnya dan bercakap dengannya.
"Hmm, kalau kau nak pergi mana-mana pergi je tak payah bagitahu aku" Kata Fariez dengan senyuman hambarnya sebelum dia bergerak keluar dari rumah untuk ke menara 'Puncak Impian' iaitu nama syarikat Dato' Fahrin.
"Dia marah aku ke?" Soal Kiara sendirian, rasa bersalah makin tebal dalam dirinya. Kepalanya yang tidak gatal digaru seketika.
Dijongket bahunya sedikit sebelum dia menyambung makan sandwich buatannya.
_____
"Abang dah nak pergi kerja ke?" Soal Datin Tihanni kepada suaminya, Dato' Fahrin hanya mengangguk kecil sebelum dia melangkah mendekati tubuh isterinya.
"Kenapa ni? Nampak resah je?" Soal Dato' Fahrin kepada Datin Tihanni kerana Datin Tihanni nampak cemas dan risau.
"Saya call Riz tadi tapi tak angkat, saya risaulah abang, sejak dia balik rumah haritu tak ada lansung nak contact saya" Kata Datin Tihannu dengan wajah risaunya, Dato' Fahrin terus mengambil tempat di kerusi meja makan.
"Nak risau buat apa? Ada je dekat ofis tu" Kata Dato' Fahrin baru semalam dia berjumpa dengan Fariez untuk berbincang tentang projek yang baru masuk minggu ini.
"Saya bukan apa abang, cuma risau kalau perempuan tu dah buat apa-apa dekat anak saya" Kata Datin Tihanni lagi, wajah suaminya ditatap meraih kepercayaan.
"Apa awak ni Hanni? Biarlah dekat diorang suami isteri awak tak payah nak cakap yang bukan-bukan, sebagai ibu bapa awak doa aje yang baik-baik untuk anak dan menantu awak" Kata Dato' Fahrin dengan wajah seriusnya, Datin Tihanni hanya menjeling sedikit.
"Taknak saya, entah apa rancangan perempuan tu pun entahlah. Malas saya nak layan" Kata Datin Tihanni sebelum dia beredar daripada situ.
Dato' Fahrin hanya menggeleng kepalanya, pelik-pelik perangai isterinya ini.
_____
YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...