BAB 24

129 16 2
                                    

"Assalamualaikum ibu," Kiara memulakan berbicaraan, Fariez hanya menyandarkan tubunya ke sisi meja solek menanti apa yang ingin disampaikan oleh Puan Zalia awal pagi ni.

"Waalaikumsalam Kiara" suara Puan Zalia seperti cemas sahaja membuat Kiara semakin gementar.

"K-kenapa call Kiara ni?"

"Ibu ada sesuatu nak bagitahu Kiara," Kata Puan Zalia bersama sebakan terdengar di hujung talian.

"Apa dia?"

"Mama Kiara, sakit tenat dekat hospital," Hati Kiara terus tersentak apabila mendengar Puan Zalia berkata begitu, bergegar hatinya dengan berita ini. Setitik air mata terus mengalir dari tubir matanya

"M-mama? D-dekat mana? K-kiara datang sekarang" bergetar suara Kiara menahan rasa, air matanya yang hampir sahaja jatuh lagi ditahan sepenuh hatinya.

Puan Zalia memberitahu Kiara lokasi mereka sekarang sebelum Kiara mengangguk kecil dan Panggilan Telefon dimatikan. Wajah Fariez terus dipandang penuh sayu, bibirnya diketap kuat sebelum Fariez bersuara.

"Kenapa dengan mama?" Soal Fariez tanpa nada kepada Kiara yang sedang mengalirkan air mata.

"M-mama sakit t-tenat" membulat mata Fariez apabila menyetahui ibu mertuanya sudah tenat di hospital dengan pantas Fariez mendekati Kiara.

"Kita pergi hospital sekarang awak" ajak Kiara dengan sebakan penuh di dalam dirinya, Fariez terus mencapai Kunci kereta yang berada di atas laci meja.

"Jom," Fariez segera bergerak keluar daripada bilik mereka, langkahnya terhenti apabila dia melihat Kiara yang senang membatu sendirian di tepi katil.

"Kiara, jom," fariez terus bertidak menarik lembut tangan Kiara keluar bersama-sama denganya.


"Mama?!" Kiara terus mendapatkan tubuh ibu kandungnya yang sedang kaku diatas Katil pesakit, Puan Kairina membalas pelukan anaknya dengan tenaga yang masih ada dalam dirnya

"Mama, jangan tinggalkan Kiara mama!! please..." Rayu Kiara membuatkan semua yang berada di dalam bilik wad turut sebak dengan rayuan Kiara.

"Kiara, mama minta maaf tau sebab selama ni mama banyak kecewakan Kiara-" batukkan kecik terlepas dari bibir Puan Kairina, Kiara terus mengalirkan air matanya dengan deras sekali.

"Kiara anak yang sangat baik, mama sayang Kiara" Kiara mengeleng kecil mendengar luahan Puan Kairina.

Dalam hatinya hanya berdoa agar bukan nyawa ibunya yang diambil kalini, dia masih tidak sanggup ingin meninggalkan ibunya.

"kalau mama tak ada tolong mama tengokkan kakak ye," pipi mulus Kiara diusap lembut oleh tangan tua Puan Kairina.

"Tak!! Mama jangan cakap macam tu, Kia sayang mama! Mama tak boleh pergi!" Jerit Kiara dengan air mata mengalir deras ke pipinya.

Tangan puan Kairina naik menyeka lembut air mata Kiara yang semakin mengalir keluar dari tubir matanya.

"Ingat walau apapun yang terjadi dia tetap kakak kamu," Kata Puan Kairina lagi tetapi
Kalini nada suaranya semakin mengecil.

"Mama," cemas Wajah Kiara melihat Puan Kairina seperti sesak nafas.

Puan Kairina menarik dalam nafasnya dalam yang terasa semakin singkat.

"Mama sayang kakak," perlahan-lahan mata Puan Kairina memberat dan akhirnya tertutup buat selamanya.

Tit...

"Mama!" Suara Kiara meraung dengan kuat memenuhi ruang bilik itu.

Bunyi mesin ECG memenuhi ruang bilik membuat masing-masing mengucap takziah.

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now