CINTA SEKALI LAGI
_________ _________"S-saya isteri Fariez" Kata Kiara dengan sedikit gugup apabila Wanita itu memandang tajam ke arahnya.
"Gurau je, saya tahu awak isteri Fariez. Daddy dah cerita dah tadi." Aralyn terus senyum sambil tergelak kecil melihat wajah Kiara.
Kiara tersenyum nipis sebelum mengangguk kecil.
"Jom pergi depan," Aralyn terus bergerak meninggalkan Kiara.
Perlahan-lahan Kiara melangkah mendekati meja makan yang berada di depan itu.
Pandangan Datin Tihanni kepadanya sangat mengerunkannya, Kiara terus mendekati Dato' Fahrin dan Datin Tihanni untuk menyalam.
Dato' Fahrin menyalam tangan Kiara dengan senyuman manakala Datin Tihanni dengan muka tak rela dia tu. Ingat helok?
"Kiara, ni kenalkan Isteri abang Riz. Aralyn Rizqa." Kata Dato' Fahrin sebelum tanganya menunjuk ke arah Aralyn yang sedang berdiri di tepi meja.
Aralyn berkerja di luar negara oleh itu mereka membuat keputusan untuk duduk di sana demi menjaga syarikat bapa Aralyn, disebabkan itu Fazran Harraz suaminya iaitu abang kepada Fariez juga kesana dan sambung belajar di luar negara sementara isterinya berkerja.
Dalam hati Kiara muncul beberapa persoalan. Abang di dah kahwin? Mana abang dia?
"Sampai hati kau, kahwin tak bagitahu along dengan akak pun" Kata Aralyn sengaja ingin mengusik adik iparnya itu, Senyuman Fariez terus pudar dipandang wajah Kiara dengan pandangan tajamnya.
Situasi di meja makan tegang seketika apabila Aralyn menyentuh tentang perkahwinan Kiara dan Fariez.
"Eh! Akak! Lamanya tak jumpa akak, akak apa khabar?" Kata Fariez, terkejut dia melihat kakak iparnya disitu.
"Along mana Akak?" Soal Fariez kepelikan tak pula dia melihat kelibat abangnya itu.
"Dekat atas, tengan mandi rasanya kejap lagi turunlah tu" kata Aralyn sebelum dia mengambil pinggan dan diletakkan di atas meja.
Tiba-tiba Harraz turun daripada tangga rumah dan menuju ke meja makan.
"Ehh, Riz kau dah sampai?" Soal Fazran Harraz yang baru sahaja turun daripada tangga.
Semua mata terus tertumpu pada Harraz kerana dia memecahkan kesunyian.
"What?" Soalnya kepelikan terus dituju ke arah isterinya dan duduk di kerusi sebelah Aralyn.
Fariez terus mendekati Harraz dan menyalam tangan abangnya itu.
"Sihat?" Soal Harraz.
"Sihat je, kau macam mana?" Fariez pula menyoal.
"Sama" balas Harraz separah sebelum dia memandang wajah Kiara.
"Sapa tu?" Muncung bibir Harraz memuncung ke arah Kiara yang sedang duduk di kerusi meja makan.
"Isteri Riz, sampai hati dia kan abang! Kahwin tak ajak kita pun" Kata Aralyn berbaur sindiran.
Harraz terus memandang tidak percaya ke arah Kiara.
Kiara hanya tersenyum manis ke arah mereka semua
"Dah lah, jom makan" Kata Datin Tihanni sebelum semua mengambil tempat masing-masing.
"Mummy Mak yah mana? Tak nampak pun?" Kata Harraz secara tiba-tiba menyebabkan Datin Tihanni terus memandangnya.
"Mak Yah jatuh bilik air, jadi anak dia kena pergi tengok sebab tu sekarang rumah ni tak ada pembantu" Kata Datin Tihanni, pagi tadi mereka dapat berita yang Mak Yah ibu kepada Arissa jatuh Bilik air dan Arissa terpaksa balik ke rumah untuk jaga ibunya.

YOU ARE READING
Cinta Sekali Lagi
Romance"𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸 𝗜 𝗻𝗲𝗲𝗱 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗼𝗻𝗰𝗲 𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻" Pengenalan yang sangat singkat berlaku pada malam seorang gadis bernama Kiara Alwina dihalau oleh keluarganya sendiri akibat belaku satu penuduhan. Kiara Alwina, seorang...