BAB 21

126 17 2
                                    

CINTA SEKALI LAGI
______________________________

"Awak!! Bagilah tahu saya cepat!!" Jerit Kiara sambil mengikuti langkah Fariez yang baru sahaja pulang dari rumah.

Fariez terus menyebak rambutnya kebelakang dan memandang tajam wajah Kiara.

"Nak apa?" Soal Fariez dengan wajah menyampahnya, dah lah dia terpaksa ponteng kerja tadi sebab nak tengok Kiara punya pasal

"Ceritalah, Apa jadi dengan saya?" Soal Kiara sambil menghentak kecil kaki kecilnya kerana penat ingin mengulang soalan dari tadi.

sebenarnya pada pagi tadi Sewaktu Fariez membawa Kiara pulang, Kiara pun bertanya kepada lelaki itu apa yang berlaku sebenarnya dan apa yang jadi padanya dan kakaknya.

Fariez hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab pertanyaan Kiara dari tadi.

"Awak dah janji kan!!" Kiara terus menayangkan wajah monyoknya kepada Fariez supaya lelaki itu menceritakan apa yang berlaku padanya pagi tadi.

"Mana ada aku janji" balas Fariez ringkas sebelum dia terus menyambung ingin melangkah naik ke atas menggunakan anak tangga.

Kiara mengecilkan matanya sebelum dia tersenyum kecil.

Fariez hanya berjalan menuju ke tangga. Kiara yang berada di tepi tangga itu dia pandang kosong. Terus hilang senyuman di wajah Kiara.

"Apa masalah awak?! Bagitahu jelah! Yang awak nak berahsia dengan saya ni kenapa?" Bengang Kiara apabila Fariez hanya mengabaikannya, semakin panas hatinya apabila Fariez bersikap begini.

Kepalanya yang dipukul pagi tadi masih lagi bengkak dan menyakitkan kepalanya.

Hatinya pula semakin panas apabila Fariez begitu angkuh ingin menceritakan apa yang berlaku padanya.

Apa yang dia tahu petang je dia bangun dah ada atas sofa rumah, entah kakaknya selamat atau tidak pun dia tidak tahu.

Semakin banyak dia bercakap semakin sakit denyutan di kepalanya.

Bahagian bertentangan dari kena pukul di kepala Kiara di pegang seketika bagi menghilangkan sedikit denyutannya.

"Awak!! Cepatlah cerita?!" Jerit Kiara lagi sebelum matanya semakin memberat ingin melihat ke hadapan.

"Awak, s-saya pening!" Kata Kiara dengan suara yang lemah sebelum tubuhnya ingin rebah ke atas lantai

"Kiara?!!"

__

Kelopak matanya yang semakin ringgan cuba dibuka perlahan - lahan olehnya.

Cahaya lampu celling yang menerangi bilik membuatkan Kiara menjadi silau.

Tiba-tiba kepalanya yang berdenyut terasa sakit, Kiara terus mengangkat tangannya ingin mengurut kepalanya sedikit

Apabila Sakit di kepalanya berkurang Kiara pun cuba untuk melihat ke sudut bilik.

Matanya digogok beberapa kali sebelum perlahan-lahan dia melihat sudut bilik itu.

"A-awak, saya dekat mana ni?" Soal Kiara apabila melihat Tubuh Fariez sedang duduk di atas meja kerjanya di dalam bilik itu.

Terus Fariez menoleh memandang wajah Kiara di atas katil dengan laju.

"Dah bangun pun," bisik hati Fariez dengan kosong sebelum dia menoleh memandang kertas kerja di atas mejanya semula.

"Kau dekat bilik aku," kata Fariez tanpa memandang wajah Kiara, terus bertaut kening Kiara memandang tubuh Fariez dari belakang.

"K-kenapa saya dekat sini?" Soal Kiara dengan perlahan, muncul pula rasa ingin tahu di dalam sudut hatinya.

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now