BAB 13

153 16 0
                                    

                        CINTA SEKALI LAGI
___________                              __________

Sewaktu perjalanan pulang muka Fariez hanya tegang tanpa reaksi, sesekali Kiara menyerling memandang Fariez wajah lelaki itu berubah selepas mendapat mesej dari seseorang.

Ting!

Ting!

Bunyi notification Fariez kedengaran di telinganya, terus dicapai kasar telephonenya daripada Kiara dan melihat apa yang berbunyi.

Kiara hanya diam sambil bibir dimuncungkan, kalau ye pun nak handphone tak payahlah rampas.

Aplikasi whatsapp dibuka dan diteliti satu persatu pesanan yang dihantar oleh Lara.

Lara
- since U dah bahagia dengan bini U, I rasa we should end up our relationship

Lara
- It's not fair! U dah tak sayang I macam mana U sayang I dulu, dulu U always contact I bila U nak pergi mana-mana but now since dah ada perempuan tu dalam hidup U, U dah tak ingat lansung dekat I.

Lara
- I serious nak end our relationship kita!

Fariez berdecit kecil sebelum dia terus bergerak meninggalkan Kiara yang terpinga-pinga cuba memahamkan situasi.

Kiara terus mengejar langkah Fariez menuju ke kereta.

"Awak! Tadi yang mesej awak tu siapa? Penting sangat ke? Terus berubah muka awak lepas tengok mesej tu, kenapa?" Soal Kiara.

"Tak payah sibuk boleh tak?!" Marah Fariez pula,

matanya menjeling tajam wajah Kiara yang berada di seat sebelahnya,

"Tanya je pun" balas Kiara tanpa nada, dia pula menjeling sisi wajah Fariez yang sedang memandu itu.

"Masalahnya ni semua berpunca daripada kau! Kalau kau tak pergi hospital tu semuanya okey je! Menyusahkan!" Marah Fariez lagi dengan wajah tegangnya, Kiara terus mengerutkan dahinya. Aku? Apa aku buat?

Kiara tidak berani menyoal lagi kerana wajah Fariez sangat tegang, risau jika ditanya ada yang kena cekik kang.

Lepas daripada itu, tiada lagi suara-suara yang berbunyi di dalam kereta.

                                     _____

Kiara menyediakan Ayam Masak Kicap berserta nasi putih di atas meja, inilah kali pertama dia masak di rumah lelaki ini memandangkan Fariez tidak membeli makanan diluar tadi.

"Siap pun!"

Semangat Kiara berkata, dia sudah membayangkan Fariez akan menghabiskan lauk-lauk yang sedap ini.

"Ohh, pinggan!" Teringat Kiara, dia pun terus mengatur langkah menuju ke dapur.

Fariez turun bawah dengan perlahan sambil matanya memerhati meja makan yang terdapat hidangan itu.

"Ehh, awak sini lah makan" ajak Kiara sambil menunjuk ke arah masakannya.

Fariez hanya memandang kosong lauk-lauk di atas meja itu.

"Aku nak keluar" Kata Fariez membuatkan Kiara mengerutkan dahinya.

"Awak nak pergi mana malam-malam macam ni?" Soal Kiara kepelikan,

Fariez hanya beriak kosong sebelum kunci keretanya yang berada di atas rak tepi pintu itu diambil.

"Office" Tipu Fariez padahal dia ingin berjumpa Lara untuk menyelesaikan masalah peribadi mereka berdua.

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now