BAB 39

149 10 0
                                    

" Fariez? FARIEZ!" Panggil Dato' Azman Zafir apabila Fariez termenung sahaja ke arah kertas cadangan dia atas meja sejak tadi, apa yang dia cakap lansung tak didengarnya.

Harraz terus bertindak menyiku bahu adiknya yang dari tadi termenung, wajahnya turut berkerut melihat Dato' Azman sudah memanggil Fariez dua kali dengan wajah yang berkerut.

" hah?" Soal Fariez yang baru tersedar.

Harraz disebelah sudah menayangkan wajah malasnya, ada-ada sahaja adiknya ni.

"ya kenapa? Dato'?" Entah apalah yang ada di dalam fikiran Fariez?

"Kamu okay tak ni? Dari tadi saya perasaan kamu macam tak serius je dalam meeting ni," kata Dato' Azman Zafir dengan wajah yang serius.

"Kamu ni boleh teruskan meeting ni ke tak?" Soal Dato' Azman Zafir.

"Maafkan saya Dato', boleh teruskan, saya okay," Fariez terus meyakinkan Dato' Azman Zafir dengan ayatnya, Harraz sudah tersenyum melihat wajah Fariez yang takut apabila di tegur dengan Dato' Azman begitu.

Meeting itu pun diteruskan setelah mendengar kata-kata Fariez tadi.

Setelah beberapa minit berlalu kini waktu yang ditunggu telah pun tiba, meeting mereka pada malam ini telah pun tamat.

"Okay itu sahaja untuk kalini, thank you so much for all your time here," Dato Azman Zafir dan para pekerja yang hadir turut berdiri dan bersalaman dengan Dato' Azman sambil menunduk hormat.

"Terima kasih Dato' sebab sudi datang sini untuk meeting," ucap Fariez pula membalas kata-kata Dato' Azman tadi.

Dato' Azman terus mengangguk kecil sebelum terbit senyuman kecil dari bibirnya

"Sama-sama, kalau tak ada apa-apa saya gerak dulu ye?" Ujar Dato' Azman sebelum yang lain mengangguk ringkas, Dato' Azman segera berangkat keluar daripada bilik mesyuarat.

Para perkerja yang lain terus bangun dan berlalu pergi setelah melihat Dato' Azman Zafir telah pun keluar.

Melihat yang lain sudah pun keluar Fariez turut mengatur langkah keluar daripada bilik meeting namun sempat Harraz menahan.

"Riz, kau kenapa ni?" Soal Harraz segera menahan Fariez daripada melangkah keluar daripada bilik meeting.

"Mana ada apa," balas Fariez dengan malas sedang kan dari tadi Harraz sudah pun melihat Wajah Fariez seperti penuh dengan masalah, kalah perdana menteri

"Kau jangan nak tipu, aku tengok muka kau pun aku boleh tahu kau ada masalah,"

"Penat sikit," kata Fariez dengan wajahnya tanpa sebarang reaksi.

"Penat? Kau-" belum habis Harraz nak bercakap Fariez sudah keluar tanpa menghiraukan Abangnya.

"Eh? Keluar macam tu je? Aku tengah cakap kot ni?" Gumam Harraz sendirian dengan wajah marah.

Punggung terus direbahkan ke atas kerusi pejabatnya sambil dia mengusap perlahan kepalanya yang terasa sedikit pening.

Terlalu banyak perkara yang perlu dia fikirkan dan dia sendiri tidak pernah menghadapi situasi dimana dia perlu membuat keputusan yang akan mengubah nasib hidupnya.

Baru sahaja dia teringat akan waktu dimana malam semalam, dia dan Kiara bertengkar kerana Perjanjian yang mereka pernah adakan dulu.

Berbaki hanya 3 minggu lagi untuk Dia cuba mendapatkan hati Kiara ataupun dia perlu berpisah dengan Kiara secara rela.

Nak buat macam mana janji tetap janji, dia pun tidak mahu memaksa hati dan perasaan Kiara.

Lagi satu, tentang kerjanya pula dia sendiri semakin hilang fokus dalam berkerja apabila memikirkan tempoh yang masih dia ada.

Cinta Sekali LagiWhere stories live. Discover now